Assalammualaikum..
Hari ini kita akan berbicara tentang perkahwinan.
Lately ni selalu ja dapat invitaton untuk ke walimah rakan2.
kawan time sekolah rendah.
sekolah menengah,
universiti
tempat kerjja.
Memang naluri setiap manusia diciptakan bersama nafsu.
Kekadang terasa juga nak berpasangan.
Bagi kebanyakkan manusia yang masih single.
yang kekadang tertekan saat orang lain menemui jodoh mereka.
mungkin kita mahupun jodoh kita masih belum bersedia untuk mengalas tangungjawab.
mungkin seorang lelaki masih lagi belum mampu menjadi imam.
mungkin seorang perempuan masih lagi belum mampu untuk mentaati suaminya.
atau mungkin Tuhan ingin berikan yang terbaik.
Kekadang kita rasa tertekan juga tengok orang happy ja berkahwin.
yang tu kita nampak.
yang kita tak nampak?
saat mereka bercinta dulukala dan hari mereka yang mendatang.
kita tak pernah tahu kisah mereka.
betul tak?
jangan bersedih.
sebaliknya, doakan agar mereka bahagia.
kerana saat itu sahaja kita mampu tersenyum buat mereka.
Kita pula, jangan la dok bersedih ja.
ada benda lain kita boleh buat.
persiap kan diri kita untuk menjadi suami atau isteri yang terbaik.
kerana masih banyak yang boleh kita pelajari.
Titipkan doa agar kita mendapat pasangan yang baik2.
tapi sebelum tu,
kita kena la cuba jadi yang terbaik.
ya tak?
Contoh cuba belajar setia.
cuba belajar jaga diri
cuba kawal nafsu.
kekadang, dalam kensunyian, benda camni yang kita boleh belajar.
kalau kita x belajar, bila kahwin nanti mesti dunia pundah randah.
persefahaman tu penting juga dalam alam rumah tangga ni.
lau x da persefahaman.
hum.
tarik muncung ja selalu.
Perkahwinan ni bukan sahaja sekadar penyatuan dua jiwa.
bahkan lebih menyeluruh.
penghubung tali silaturrahim
antara dua keluarga.
Tu ja kot buat masa sekarang.
ngantuk dah..
hehehe
Harap sedikit sebanyak,
bermanfaat la tulisan ni.