Sejak akhir-akhir ini negara kita
dering dihidangkan dengan pelbagai cerita mengenai keruntuhan moral dalam
kalangan remaja yang semakin menjadi-jadi pada masa kini. Cerita ini seringkali
diperutarakan oleh media elektroik dan media cetak. Boleh dikatakan ini ialah
isu semasa yang hangat serta menjadi tumpuan media cetak dan elektronik.
Masalah ini seringkali terpampang di muka hadapan akhbar-akhbar utama di negara
kita.hal ini telah mewujudkan masalah antara ibu bapa dan guru yang saling
menuding jari antara satu sama lain mengenai masalah keruntuhan moral yang
melanda remaja kita yang semakin menjadi-jadi.
Dewasa kini, kita melihat keruntuhan
moral dalam kalangan remaja dari segi pemakaian mereka yang seringkalai
dipertikaikan kerana kebanyakkan remaja masa kini seringkali mengambil idola
mereka dalam kalangan artis-artis dari luar negara dan artis dari muzik
underground yang telah lama bertapak di negara kita. Apabila kita melihat cara
pemakaian mereka kita pasti akan teringat dengan satu perumpamaan melayu
“seperti rumput di tepi jalan” yang bermaksud kehidupan yang susah kerana
mereka seringkali memakai seluar yang terkoyak bagi lelaki dan perempuan pula
sering memakai pakaian yang singkat dan mendedahkan aurat. Cara pemakaian
melambangkan budi pekerti seseorang sama ada dia seorang yang elok budi pekerti
atau buruk budi pekerti melalui pandangan masyarakat.
Baru-baru ini kita telah dikejutkan
dengan satu gejala gangsterisme atau samseng yang sudah tersebar dengan
cepatnya dalam kalangan remaja. Sepertimana kita ketahui, seorang remaja yang
berusia 14 tahun telah dipuku sehingga ceder parah oleh sekumpulan pelajar yang
berumur 16 tahun kerana enggan menyerahkan wang sebanyak RM 5 ringgit kepada
mereka. Apabila kita melihat dari segi logic akal, wajarkah dia dipukul seteruk
itu hanya kerana not kertas yang bernilai RM 5 ringgit? Gejala ini menular
kepada kalangan remaja melalui slot-slot rancangan television yang banyak
menayangkan rancangan yang mempamerkan banyak aksi-aksi berlawan, bertumbuk dan
sebagainya.
Keruntuhan moral remaja seterusnya
pula dari segi percakapan seharian yang dituturkan oleh remaja. Para remaja zaman kini
seringkali menggunakan bahasa yang agak kasar dan perkataan yang tidak sopan
dalam kalangan mereka sendiri. Pada zaman teknologi ini, telefon bimbit menjadi
satu alat komunikasi yang mempengaruhi remaja melalui system pesanan ringkas
atau SMS. Para remaja sering mencampurkan bahasa seperti “kita nak pergi mana
after this class”. Dan sekarang isu mengenai percakapan yang menggunakan bahasa
yang seringkali merka gunakan apabila menghantar sms boleh dianggap satu isu
yang boleh mengancam penggunaan bahasa melayu yang sedia ada. Sepertimana
kata-kata hilmat yang berbunyi “hilang bahasa, lenyaplah bangsa”.
Gejala ini boleh diatasi jika ibu
bapa tidak melepaskan tanggung jawab mendidik anak-anak mereka hanya kepada
guru semata-mata. Sebaliknya, ibu bapa perlulah mengawasi kegiatan luar
anak-anak secara menyeluruh agar mereka tidak akan terjebak dengan kegiatan
yang boleh merosakkan mentaliti dan sikap anak masing-masing. Dalam hal ini,
ibu bapa tidak sepatutnya mengharapkan guru sahaja kerana mereka mempunya
beberapa tanggungjawab lain yang perlu dijalankan di sekolah. Seelok.eloknya
ibu bapa perlu meluangkan masa dengan anak-anak mereka dan sentiasa mengambil
berat tentang pelajaran mereka.
Dalam hal ini, pihak sekolah juga
memainkan peranan yang penting dalam membendung gejala ini dari berleluasa.
Pihak sekolah mestilah menggunakan pendekatan mesra pelajar bagi menarik minat
mereka untuk ke sekolah. Peningkatan kes ponteng dan gejala gangterisme dalam
kalangan pelajar sekolah adalah disebabkan oleh perubahan psikologi mereka.
Daam hal ini, guru hendaklah bersifat terbuka dan tidak terus menghukum pelajar
secara terburu-bur. Dan di sini saya ingin mengemukakan penyataan wakil dari
University of Oxford yang mengatakan “Teacher is the second person after their
parents who very important to set up their live in the future” dalam
pertandingan debat yang diadakan di Putra World Trade Centre.
Kerajaan juga memainkan peranan yang
penting dalam menghalang gejala ini daripada merebak dengan menapis rancangan
yang tidak sesuai dengan keadaan masyarakat di negara ini. Cara ini dapat
mengurangkan gejala seperti ini dari merebak. Kerajaan haruslah
mempertingkatkan kesedaran melalui kempen kesedaran yang selalu diadakan setiap
tahun. Kerajaan tidak seharusnya lepas tangan mengenai isu ini. Kerajaan
seharusnya bermula dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah bak kata
peribahas kita “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Remaja hari ini
merupakan asset yang tidak ternilai kepada negara. Jatuh bangunnya sesebuah
negara pada masa hadapan bergantung kepada generasi muda yang dianggap sebagai
pemangkin pemerintahan negara pada masa akan dating. Oleh itu, remaja pada hari
ini haruslah memperlrngkapkan diri masing-masing dengan ilmu pengetahuan yang
tinggi agar dapat bersaing dengan masyarakat luar. Selain itu, pembinaan
sahsiah yang tinggi harus juga sentiasa dipupuk dari semasa ke semasa agar apa
yang dihasratkan nanti akan dapat dicapai dengan jayanya. Seperti kata-kata
orang bijak pandai “umat yang maju bermula dari individu yang berilmu”
Inilah karangan Bahasa Melayu saya
semasa berada di tingkatan 4. Bertarikh 17 februari 2005 (khamis). Malam ini,
senganja saya cari balik benda-benda lama dan terjumpalah buku latihan saya.
Semasa tengah menulis balik karangan ni, ada juga rasa lucu. Ya lah, karangan 5
tahun lepas. Saya pun tak faham sangat apa yang saya tulis. Pandangan saya
sendiri terhadap karya saya ni, saya banyak mengulang-ulang ayat, susunan yang
kacau-bilau, tatabahasa yang agak salah…hehehehhe…. Em, karangan ni saya
senganja nak upload dan harap jangan copy sebiji-biji sebab tak berapa betul
sangat. Kalau sekadar nak olah idea yang saya ketengahkan kepada terjemahan
yang lebih baik, saya ok ja…hehhehhehhe… ah, dalam karangan ni saya tulis dalam
kalangan wlaupun dalam karangan asal (dalam buku) saya tulis di kalangan. Saya
ubah sebab nak biasakan diri coz yang betul adalah dalam kalangan, bukan, di
kalangan… enjoy urself.
0 comments:
Post a Comment