About this Blog

This blog is created as a medium to sharing my thought, my life and to write anything i want...
I will try to add some useful information in this blog...
Let's assume this blog as a medium of learning...

I bear witness that there no other God except Allah, and , I bear witness that Muhammad (pbuh) is a servant of Allah and His Messenger...

Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Thursday, February 23, 2012

Surat kepada Para Setiausaha (diambil dari Mukadimah)

Abdul Hamid wafat pada tahun 132 (750). Orang pertama yang menciptakan gaya bahasa surat-menyurat di dalam sastera Arab. Konon dia guru kanak-kanak sebelum menjabat dalam bidang kesetiausahaan di istana Hisyam ibnu Abdul Malik. Dia memiliki Enam Surat, yang terkenal adalah Surat kepada Para Setiausaha yang dinukilkan Ibnu Khaldun dalam Muqaddimah ini. Dia sempat meneruskan kerjayanya hingga masa pemerintahan Marwan II.

Selepas ini adalah Surat kepada Para Setiausaha yang diambil dari Muqaddimah yang dinukilkan oleh Ibnu Khaldun. Terletaknya surat ini pada muka surat 286 dalam Muqaddimah ini. Moga kita beroleh sedikit pengajaran dan ilmu.



“Amma ba’du. Semoga Allah s.w.t. melindungi kamu, orang yang melaksanakan keahlian kesetiausahaan, dan semoga Dia memelihara anda, dan memberi kejayaan dan petunjuk. Allah azza wa jalla telah menciptakan para nabi dan rasul dan raja-raja yang dimuliakan, dilimpahi ke atas mereka semua- dan raja-raja yang mulia.

            Sesudah mereka, datang pula pebagai jenis manusia, semuanya dijadikan oleh Allah s.w.t. mereka adalah daripada jenis yang bermacam-macam, meskipun mereka pada hakikatnya adalah sama sahaja. Allah s.w.t. memberi mereka dengan keahlian yang pelbagai, melakukan berbagai-bagai usaha, supaya mereka boleh membuat penghidupan dan mendapat rezeki daripadanya.

            Dia memberi kamu, para setiausaha, kesempatan yang baik untuk menjadi seorang manusia yang terpelajar dan berhemah tinggi, memiliki pengetahuan dan pemikiran yang sempurna. Kamu melahirkan apa yang baik bagi khalifah dan membetulkan banyak persoalannya. Melalui nasihat kamu, Allah s.w.t memperbaiki pemerintahan untuk kepentingan umat manusia, dan menjadikan negara itu bertamadun.

            Raja tidak dapat mengetepikan kamu. Hanya kamu sahaja yang dapat menjadikan baginda seorang raja yang cekap. Kedudukan kamu dalam hubungannya dengan raja ialah sebagaimana sepasang telinga yang digunakan untuk mendengar, sepasang mata dengannya untuk melihat, lidah yang melaluinya untuk berbicara; dan tangan yang melaluinya untuk menyentuh.

            Semoga Allah memberikan kamu, dengan sedemikiannya kepuasan daripada suatu kemahiran yang sangat sempurna, yang mana Dia telah membezakan kamu, dan semoga Dia tidak mengambil suatu nikmat besar yang telah dilimpahi-Nya. Tidak ada seorang pun yang memerlukan lebih daripada kamu untuk mengumpulkan semua perkara baik yang terpuji dan dikenangi serta perilaku yang sangat dimuliakan.

            Wahai para setiausaha, sekiranya kamu mahu memenuhi gambaran tentang kamu sebagaimana yang dipaparkandi dalam surat ini. Setiausaha itu menghendaki budi bicaranya sendiri, serta daripada tuannya, yang mempercayainya untuk melaksanakan segala urusan penting , mengharapkan daripadanya, supaya berlemah lembut bila kelembutan itu dikehendaki, dapat memahami apabila pertimbangan itu diperlukan, bersikap berani apabila keberanian itu dimahukan, berasa ragu-ragu apabila keraguan itu dituntut.

            Dia haruslah memilih untuk bersikap sederhana, adil, dan jujur. Dia harus sentiasa menjaga rahsia. Dia hendaklah yakin apabila berada dalam keadaan yang sukar. Dia harus sudah dapat menduga (terlebih dahulu) sesuatu mala petaka yang akan menimpa. Dia harus berupaya meletakkan sesuatu pada tempatnya yang wajar dan kecelakaan pada tempatnya yang sebenar-sebenarnya. Dia sepatutnya telah mempelajari setiap cabang ilmu pengetahuan, dan mendalaminya, dan sekiranya dia tidak mendalaminya hendaklah dia berusaha menguasai apa yang secukupnya.

            Bersandarkan kebijaksanaan yang secara semula jadi ada padanya pendidikan yang sempurna, dan pengalamannya yang luar biasa, dia harus dapat menduga sesuatu yang akan terjadi ke atas dirinya sebelum peristiwa itu berlaku, dan dia harus mengetahui akibat daripada tindakan sebelum sesuatu tindakan itu dilaksanakan. Dia seharusnya sudah membuat persiapan yang sebaik-baiknya untuk menghadapi setiap hal, dan dia harus meletakkan sesuatu setepat-tepatnya, sebagai mana yang lazimnya.

            Dengan demikian, kumpulkan semua setiausaha, bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan pelbagai pengajaran, sama-sama mencapai persefahaman dalam hal ehwal agama. Mulailah dengan pengetahuan tentang Kitab Allah azza wa jalla dan kewajipan-kewajipan agama. Setelah itu, pelajarilah bahasa Arab, kerana ia akan memberikan kamu suatu bentuk pembicaraan yang baik. Selepas itu, pelajarilah bagaimana hendak menulis dengan sebaik-baiknya, kerana ia akan menjadi hiasan dalam di dalam surat-surat kamu. Riwayatkan syair-syair dan biasakan untuk mengungkapkan perlafazan luar biasa dan pemikiran yang terdapat dalam syair-syair itu. Biasakan untuk mengetahui peristiwa-peristiwa politik bangsa Arab dan bukan Arab, dan dongeng-dongeng kedua bangsa tersebut serta biografi yang menyatakan tentang bangsa itu, sebab ia akan membantu usaha yang kamu lakukan. Jangan abaikan untuk mempelajari akauntasi, kerana ia adalah dasar utama dalam urusan cukai tanah.

            Bencilah sikap buruk sangka itu dengan sepenuh hati kamu, baik yang keterlaluan mahupun yang paling sedikitnya, dan segala sesuatu yang buruk dan penuh keji , sebab ialah boleh mendatangkan keaiban dan akan menghancurkan kerjaya kesetiausahaan. Jangan biarkan keahlian kamu itu menjadi sesuatu yang rendah martabatnya. Peliharalah ia daripada umpat caci dan hasut menghasut dan segala macam tindak tanduk orang yang bodoh.

            Berhati-hatilah selalu terhadap sikap sombong, dungu, dan bangga diri, sebab ia akan mencetuskan perasaan permusuhan tanpa (mempunyai sebab untuk) membangkitkan rasa benci. Sayang menyayangi sesama sendiri demi Allah azza wa jalla di dalam kerjaya kamu itu. Nasihati selalu teman-teman kamu supaya mengamalkannya dengan cara yang paling sesuai sebagaimana mereka yang dipandang mulia, adil dan berbakat daripada kalangan orang-orang terdahulunya.

            Sekiranya salah seorang di antara kamu menghadapi hidup kepayahan mengertilah keadaannya dan tenangkan dirinya hinggalah segalanya kembali menjadi baik. Sekiranya salah seorang di antara kamu sudah uzur dan tidak berupaya untuk mencari nafkah hidup dan mengunjungi sahabat-sahabatnya,lawatilah dia dan hormatilah dia serta pelajaran daripada pengalamannya yang berharga, dan pengetahuannya yang matang.

            Hendaklah setiap daripada kamu bersikap ambil perhatian terhadap pembantu-pembantu, yang kelaknya boleh membantu apabila diperlukan, kemudian anak-anaknya atau saudara-saudaranya. Sekiranya sesuatu pujian itu sampai (kepada salah seorang di antara kamu) sewaktu melaksanakan tugasnya yang lain; sebarang celaan ditanggungnya sendiri. Dia haruslah berwaspada terhadap sebarang kesalahan dan kesilapan yang tidak disenganjakan, dan akan berasa terganggu apabila keadaannya sudah berubah.

            Kamu sedari bahawa setiap daripada kamu mempunyai seorang yang memberikan daripadan miliknya sebanyak sebagaimana yang dituntut, dan (setiap kamu) menerimanya dengan kesetiaan, terima kasih, tolak ansur, kesabaran, nasihat yang baik, bijaksana dan menampakkan minat yang ketara terhadap hal-ehwalnya, dan dengan memperlihatkan (maksudnya yang baik) melalui tindakannya apabila tuannya memerlukannya dan bantuannya. Sedarilah terhadap (tanggungjawab kamu)- Allah s.w.t memberikan kamu keberhasilan- di dalam keadaan baik dan buruk, dalam kekurangan sebagaimana juga di dalam kemurahan dan kebaikan, di dalam kebahagian sebagaimana di dalam kecelakaan. Sesiapa sahaja daripada bidang keahlian yang mulia ini, yang memiliki sifat-sifat yang amat baik.

            Sekiranya salah seorang di antara kamu dilantik menjawat suatu jawatan, atau apabila sesuatu perkara yang menyentuh insan ciptaan Allah s.w.t. dan keluarganya(yang diberi-nya nafkah) dihadapkan kepada salah seorang di antara kamu, hendaklah dia memikirkan Allah azza wa jalla dan patuh serta taat kepada-Nya. Hendaknya dia berasa kasih serta sayang kepada orang yang lemah, dan berlaku adil terhadap orang yang telah melakukan kesilapan.

            Semua makhluk adalah insan Allah s.w.t. Makhluk yang paling Dia cintai adalah makhluk yang paling kasih serta sayang terhadap keluarganya-Nya. Selanjutnya, dia hendaklah menghakimi dengan adil, dia harus menghormati mereka yang dimuliakan (keluarga Rasulullah s.a.w), membahagi-bahagikan harta rampasan yang diperoleh dalam peperangan melawan orang-orang kafir, serta membina peradaban untuk negerinya. Dia haruslah memperlakukan rakyat dengan sebaik-baiknya, dan tidak menyakiti hati mereka. Hendaknya dia merendah diri dan bersikap lemah lembut di dalam setiap urusannya. Hendaklah dia sentiasa ramah-tamah dalam menangani urusan cukai tanah, dan dalam menyelesaikan pengaduan yang diajukan.

            “Apabila salah seorang di antara kamu berbaik dengan seseorang, maka selidikilah pembawaannya. Apabila sudah diketahui mengenainya- apa yang baik dan apa pula yang buruk, kamu akan dapat melakukan sesuatu yang disenanginya serta berusaha menghindarkannya daripada perkara-perkara tercela yang mahu dilakukannya. Kamu haruslah dapat melakukannya dengan cara yang paling halus dan rapi.

            Kamu mengetahui bahawa seseorang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga binatang dan mengerti akan pekerjaannya, akan berusaha untuk mengetahui sifat binatang yang dijaganya itu. Jika binatang itu cenderung untuk memecut apabila dipacu, dia tidak akan mengarahkannya sewaktu menunggangnya. Jika binatang itu gemar menendang, dia akan berhati-hati terhadap kaki depannya. Jika dia berasa khuatir bahawa binatang itu akan kaget, dia akan berwaspada terhadap kepalanya. Jika binatang itu suka berehat, dia dengan berhati-hati akan berusaha memaksanya untuk berjalan ke mana sahaja binatang itu akan menghalakan arahnya. Sekiranya ia mahu terus bergerak, dia akan menariknya secara perlahan-lahan menuju ke tepi dan kemudian melepaskan tali kekangnya. Deskripsi-deskripsi tentang bagaimana hendak menguruskan akan seekor binatang mengandung hal-hal baik bagi mereka yang  hendak memimpin umat manusia, berbaik dengan mereka, serta mengadakan hubungan yang akrab dengan mereka.

            Setiausaha, dengan pendidikannya yang tinggi, keahliannya yang dipandang mulia, cara bertindaknya yang rapi, serta hubungannya yang sering dengan mereka yang bermusyawarah dengannya dan membincangkan sesuatu perkara dengannya dan belajar daripadanya atau gentar pada kebengisannya, haruslah bersikap bertimbang rasa terhadap sahabat-sahabatnya, untuk memuji mereka, serta melayani keinginan mereka, lebih banyak daripada orang yang mengurusi binatang yang tidak memberikan sebarang jawapan, tidak mengetahui apa yang benar, tidak mengerti apa yang dikatakan padanya, dan hanya menuruti arah yang dikendalikan oleh penunggangnya.

            Ramah-tamahlah – moga-moga Allah menganugerahi kasih sayang-Nya kepada kamu – sewaktu kamu menyelidiki sesuatu hal. Pergunakan sebanyak-banyak pertimbangan dan pemikiran sebanyak yang mungkin. Dengan izin Allah s.w.t., kamu akan terhindar daripada kekerasan, kejengkelan, dan ketidaksopanan daripada orang-orang yang menjadi teman-teman kamu itu. Mereka akan bersetuju dengan kamu, dan insya-Allah, kamu akan mendapatkan persahabatan dan perlindungan daripada mereka, sekiranya Allah s.w.t. menghendakinya.”

            Janganlah ada di antara kamu yang keterlaluan dalam bertindak, atau melampaui batas dalam berpakaian, menunggang kuda, makan, minum, rumah, pembantu-pembantu, atau hal-hal lain yang ada hubungannya dengan kedudukannya, kerana, meskipun ada kemuliaan daripada keahlian yang secara khususnya diberikan oleh Allahs.w.t kepada kamu, kamu adalah hamba yang tidak dibenarkan memberikan layanan yang tidak mencapai apa yang diharap-harapkan. Kamu adalah penanggungjawab amanat di mana tidak dibenarkan berkelakuan boros atau terlalu bakhil. Cubalah kamu kekalkan kesopanan kamu dengan secara yang terencana di dalam semua hal yang telah saya sebutkan dan telah diberitahukan. Awasilah pembaziran daripada bersikap boros dan akibat buruk daripada kemewahan. Semuanya itu akan melahirkan kemiskinan dan mendatangkan kehinaan. Mereka yang boros dan suka hidup secara mewah diletakkan dalam keadaan yang memalukan, khususnya sekiranya mereka itu setiausaha dan orang yang terpelajar.

            Segala-galanya itu berulang dengan sendirinya. Sesuatu perkara mengandung petunjuk kepada yang lain. Benarkanlah diri kamu dibimbing pada masa hadapan dengan pengalaman masa silam. Kemudian, pilihlah kaedah melakukan sesuatu pekerjaan yang lebih pasti, lebih tepat, dan yang menjanjikan hasil yang terbaik. Anda harus menyedari bahawa ada sesuatu yang akan menghancurkan pencapaian, yakni iaitu membicarakan tentang banyak hal. Orang yang melakukannya akan dihalangi daripada menggunakan pengetahuannya dan kemampuannya untuk berfikir. Dengan demikian, setiap daripada kamu sewaktu masih berkhidmat harus berusaha untuk berbicara tidak lebih daripada apa yang wajar, seseorang itu harus tepat dalam persoalan yang ditimbulkan dan jawapan yang diberikan, serta harus memberikan renungan terhadap kesemua hujah yang dianjurkan. Setiap pekerjaannya akan dimanfaatkan daripadanya. Ia juga akan menghindarkannya daripada diasyikkan dengan hal lainnya. Dia harus banyak memohon, memohon kepada Allah s.w.t. supaya Dia memberinya keberhasilan, dan membantunya dengan petunjuk-Nya, kerana dia harus berasa takut untuk melakukan sebarang kesalahan yang akan membahaya tubuhnya, dan akan menerbitkan keraguan terhadap kebijaksanaannya serta pendidikannya.

            Apabila salah seorang di antara kamu berpendapat atau mengatakan bahawa kualiti dan kecekapan yang tinggi daripada pekerjaannya adalah sesuatu dihasilkan kecerdikan dan pengetahuannya tentang bagaimana melakukan sesuatu, maka dia telah membangkit kemarahan Allah s.w.t.  Allah s.w.t. akan membiarkan dia dengan dirinya sendiri, dan kemudian barulah dia menyedari bahawa dirinya tidak berkeupayaan untuk melaksanakan tugas itu. Hal ini bukanlah suatu rahsia lagi kepada orang yang menyedarinya.

            Jangan ada salah seorang pun di antara kamu yang mengatakan bahawa dialah yang memiliki pengetahuan paling baik terhadap segala persoalan, atau lebih bijak untuk mengendalikan segala masalah yang sukar, daripada sahabatnya yang sebidang dengannya, dan daripada mereka yang bekerja dengannya. Daripada dua manusia, mereka yang bijaksana menganggap orang berkenaan paling cendekia yang melepaskan dirinya daripada kongkongan sifat bangga diri dan yang memikirkan bahawa sahabat-sahabatnya adalah lebih cendekia dan lebih ahli daripada dirinya. Namun dalam apa hal pun, kedua pihak haruslah memperakui kemurahan Allah azza wa jalla dalam menganugerahi nikmat-Nya.

Jangan ada seorang pun yang membiarkan dirinya ditipu oleh pendapatnya sendiri dan menganggap dirinya terlepas daripada sebarang kesalahan. Dia juga tidak seharusnya berusaha untuk mengatasi kebolehan sahabat-sahabatnya, mereka yang setara dengannya, rakan sekerjanya serta keluarganya. Setiap orang wajib memuji Allah s.w.t., tunduk akan kebesaran-Nya, berasa rendah diri atas kebesaran –Nya, serta melaksanakan apa yang disuruh-Nya.

            Di dalam surat saya ini, biarlah saya merujuk kepada peribahasa lama: “Barang siapa yang mahu menerima nasihat yang baik akan memperoleh kejayaan”. Ini adalah intipati surat dan yang terbaik yang disentuh di dalamnya, selepas rujukan tentang Tuhan sebagaimana yang terkandung. Dengan demikian saya telah meletakkan ia di bahagian akhir, dan saya tutup surat ini dengannya. Semoga Allah s.w.t. memelihara kita dan juga anda, seluruh pelajar dan setiausaha, sebagaimana Dia memelihara orang yang sebagaimana yang Dia ketahui, Dia akan membuatkan mereka berasa bahagia dan memberikan petunjuk-Nya yang benar Dia dapat melakukannya. Ia adalah di tangan-Nya.”

            “Wassalammualaikum warahmatullahi wa barakatuh dan semoga Allah s.w.t mencucuri belas dan rahmat-Nya ke atas kamu.”

Friday, April 1, 2011

How You Want To Be Remembered?

Assalammualaikum......
Alhamdulillah coz i am still breathing... and before i write down about today sermon, i would like to say" Selamat hari Lahir" to my sister who are currently celebrating her birthday, today on 1 april... hope she is celebrating it and enjoy it... u deserve diz happiness sis...
hum, today's sermon was quite inspiring, though... it was given by a muslim from Canada...i did not pay attention while hearing his name..my bad...my mistake... i should pay attention during that time.... The sermon delivered by him quite inspiring one... for me personally, i love all the reminder that he reminds us through the sermon,..

Hum, he did mention about one question. A question that he was asked by his teacher while doing Master in Psychology in California. He shared the question with us. The question that always motivated us... The question is " How you want to be remembered? What legacies you want to hand down to the future generation?" Which, basiccally, ( i sum up ek) your contribution to your ad-Din, society, the creation of Allah, and everything.. You know this question in its implicit meaning right, so, I hope u will try to find the answer and ponder about this question frequently. I hope, I will think about it more frequent than you do, coz the ears of whom are speaking, uttering something is near than those ears who are listening....

As for me, sometimes. or back then, i did asking myself about my contribution to the society. At first i was quite puzzled....there is many things i want to contribute, but it is not in order... juz like puzzle maybe, everything is scattered. u have to take one, and trying to solve it by its order... Linking one with another, trial and error..  Soon, i realized that, i should start it by easy thing....hehehe... that's why i am blogging.... since i am not good in keeping the hard copy... Sort of a mess...for me... I noticed that, internet has been a important daily life medium of communication.... Em, apart from that, my ultimate goal is, i am trying to understand the knowledge in order to find LOVE.... i dont wanna share about what kind of LOVE that i am seeking.. U all, fikir la sendiri...hehehehehe.....

Blogging.... one of other ways for me to contribute to the society.... One day, what i have written would become history.... by the way, this blog also meant for me to remember back about me, who am I, what iam trying to do....As i mention on the top of my blog, that i am intend to make this blog as a medium of learning... which i always hope some will benefit from my writing, my thought, and everything...

Ok, then, the khatib(the one who gives sermon), he did mention on the story of Abraham, and the story during Khalid al-Walid, and a boy whom only believe on Allah....it was quite a story, which i am forgot bout the story, since i read bout it years before...

There are some question that the khatib share with us, which he hoped that the question is heart-to-heart . hum, let me list down the questions, luckily i wrote in in my handphone...utilize things around u..hehehehe

1)  The objective of our existence? (which i should say, the reason why we were created, the reason why we living in this world and etc)

2) Who are your friend? (basically, for me, this question reflects my surrounding, my environment and with whom i communicate, interact, and others thing that u can think of)

3) Are you really pleased with your relationship with your Creator (Allah)? (Hum, as for me, i am longing to be as the great four caliphs, Umar abd aziz, and hope i am able to follow the sunnah of the prophet... em for time being, i am not satisfied with my relationship with my God... And i also hope that i will never pleased with it as i will increase it until the end of the life...., maksudnya, saya harap saya sentiasa fikir semua yang saya buat tu tak cukup lagi...)

4)  Are you proud of your religion and yourself? (as for me, I am proud of being Muslim, and I am proud of believing in Allah, i do proud of being me as His servant.)

All these question, i wanted to share with my readers, as i want all of us to ponder and thinks about our ultimate goal....

The air conditioner in the lab is killing me... truly, i hate air conditioner.... coz it makes me frozen... even during lecture, i cant stand for air conditioner and wonder why many people love it, while i hate it.. For those who always been at my room, if u all notice that i did not switch on my fan, it means that i am cold...hahahahaha....

When it come for performing the prayer, the imam, which is the khatib himself, remind us "Pray as this is your last prayer" which has touched my heart... and my tears were split out, even it was little.... I am proud that today, I am able to pray in the first line(saf)... i always trying to be in the first line, but, u know, my iman, increasing and decreasing... 

Ok, i have not start study yet...which i need to read about religion, about the basic in christianity and judaism...then Public finance??? many things to read...salah diri sendiri juga x pandai manage masa.....

i hope u all dapat manfaat dari entry ni...

See u soon in next entry or see you when i see you.....

Friday, March 18, 2011

Traits of A Leader....

Assalammualaikum....
Today, i have something to share.... I found it while i was searching for a book that can help me in finishing my assignment.... I was looking at the historical shelves in the library this evening... Hum, why should i go for historical area when my assignment is all about the economy related thing? hehehhe.... i am actually searching for islamic perspective..... kinda difficult though.... i have not start it yet...soon, maybe.... with a lot of reading materials with the time constraint... am i able to make it? i will try my best....

so, what i am going to share is about the personality that should be possessed by someone who intends to be a leader... I found these traits accidentally in that historical area... ok, without further a due, i will share what i have found...(am i a emcee?) hahahhaha

It stated there, that Al- Farabi was intended of having a Al- Madinatul Fadhillah, and this nation should be governed by a person who has the following traits:

1) perfection in physical organs
2)great understanding
3)visualization of all that is said
4) a perfectly retentive memory
5) power to get at the root of things with the least argument
6) love in seeking, acquiring knowledge (i change it from its original translation, since it brings the same idea as i write her)
7) shunning of playfulness
8) control over desire: from excess in eating, drinking and sexual intercourse.
9)love of truth and hatred of lying
10)loved of justice and hatred of force and tyranny
11) never afraid of doing/making/seeking justice
12)possession of enough wealth.

these are the traits outlined by Al- Farabi... In addition of this, i will also include the opinion of Ibnu Khaldun... He said that a leader should has these criteria:

1) knowledgable
2) able to being just, practice justice
3) has the ability of wealth
4)perfection in physical condition

something like that la....em, i translated it from a book title of "Khalifah Umar bin Abdul Aziz. written by K.H. Firdaus....em, i think, i should write it in malay somehow....



Al- Farabi yang bercita-cita adanya suatu "Negara Utama"(Al- Madinatul Fadhillah) mengemukakan syarat bagi orang yang boleh mengendalikan negara utama itu, antara lain seperti di bawah ini:

1) sempurna anggota badannya
2) besar pengertiannya
3) bagus tanggapannya
4) sempurna ingatannya
5) cekap dan bijak berbicara
6) mencintai ilmu pengetahuan
7)tidak hidup mewah dan berfoya-foya
8) tidak keterlaluan dalam makan minum dan hubungan kelamin
9) cinta akan kebenaran dan membenci kebohongan
10) cinta akan keadilan dan benci akan kezaliman
11) sanggup menegakkan keadilan
12) mampu dalam penghidupan.

Syarat2 dari Ibnu Khaldun pula adalah:

1)Berilmu pengetahuan
2) bersikap adil
3) berkemampuan
4) sihat panca indera dan fiziknya dari sesuatu cacat yang boleh mempengaruhi cara berfikir dan bertindak....

em, tu saja kot....lagipun, saya ada juga nak ulas sikit, tapi asa macam x perlu lak...hehehhe...coz saya x baca habis pun buku tu....

btw, my post titled Mudharabah seems to be an important topic, Insya Allah, i will try to spend time to write more bout it....

see u soon....:-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...