Cinta….
Ada
ketikanya manis….
Ada
ketikanya masam….
Ada
ketikanya suka….
Ada
ketikanya benci…..
Cinta
Kadangkala
dianggap anugerah paling berharga
Kadangkala
dianggap perangkap yang paling berbahaya
Kadangkala
ditafsirkan sebagai pendorong hidup
Kadangkala
ditafsirkan sebagai pembawa penyakit
Cinta….
Cinta
itu buta
Cinta
itu suci
Cinta
itu anugerah daripada Illahi
Cinta
itu ikhlas
Cinta
itu selamanya abadi
Cinta
itu pemberian sekeping hati
Cinta….
Inginku
mencoretkan maksud cinta yang mampu mengoyahkan hati seorang wanita….
Inginku
memberikan pengalaman cinta yang tak mampu dilupuskan dari ingatan seorang
wanita
Inginku
ucapkan madah cinta yang mampu menghantui fikiran seorang wanita….
Inginku
berikan sepenuh cintaku hanya untuk seorang wanita yang aku cintai…
Agar
wanita itu menjadi pemilik kekal hatiku….
Tetapi,
Cintaku
bukan untuk kebahagiaan seorang wanita
Cintaku
bukan untuk kegembiraan seorang wanita…
Cintaku
bukan milik seorang wanita…..
Cintaku
sukar dimiliki….
Kerana…..
Cintaku
telah ku berikan kepada Pencipta-Ku…
Cintaku
telah ku berikan kepada kekasih Pencipta-ku….
Cintaku
telah ku wariskan untuk kedua ibu bapa ku….
Cintaku
telah ku simpankan untuk keluargaku….
Maafkan aku wahai wanita,
Kerana
aku tidak mampu menyayangi mu sepenuh hati ku
Kerana
kau terpaksa berkongsi cintaku…
Kerana
kau tidak dapat melalui pengalaman manisnya bercinta….
Kerana
kau tak mungkin menduduki takhta hatiku….
Jika kau ingin merasai cintaku,
sudilah
kau berkongsi cintaku,
sudilah
engkau bersusah payah dengan ku,
sudilah
engkau bertoleransi dengan cemburu mu,
sudilah
engkau mencintai ku hanya kerana Pencipta kita,
sudilah
engkau mencintai aku seperti mana aku mencintai mu,
sudilah
engkau membelanjakan hartamu ke jalan yang diredhai,
sudilah
engkau menjaga keindahan rupa paras dan akhlak mu,
sudilah
engkau berpegang teguh dan saling menasihati antara satu sama lain agar kita
sentiasa di jalan yang lurus,
sudilah
engkau menjadi sebahagian diriku dan sama-sama dengan ku mencintai Pencipta dan
kekasih Pencipta kita, Ibu bapa dan keluarga kita.
Andai engkau menjadi isteri ku, Ingatlah
bahawa,
Bukan
aku tidak mampu mencintai mu sepenuh hatiku,
Bukan
niatku untuk berkongsi cinta ku,
Bukan
niatku untuk merampas kebahagiaan cinta mu,
Bukan
niat ku untuk menghalang mu dari menjadi permaisuri hati ku….
Namun, ingatlah….
Cintaku
bukan cinta buta….
Cintaku
bukan hanya manis di bibir…
Cintaku
bukan sekadar untuk kegembiraan mu seorang….
Cintaku
adalah untuk Pencipta dan kekasih Pencipta ku…..
Ku
harap kau mengerti apa yang ingin ku sampaikan….
Ku
harap kau bersependapat dengan ku…
Ku
harap kau mencintai Pencipta-mu sepenuh hati mu….
Aku
tidak mengharapkan kau mecintai ku sepenuh hatimu…
Bersyukurlah wahai kasihku,
Aku
akan menyimpan satu ruang yang penting untukmu andai kau menjadi isteri ku..
Ruang
yang mampu memberimu manisnya cinta bersyariat
Ruang
yang mampu memberi mu kebahagiaan hidup bersyariat
Ruang
yang ku khususkan kepada mu sebagai penasihat hatiku
Ruang
yang mampu melengkapkan kekurangan ku
Ruang
yang mampu menyokong ku di kala ku memerlukan sokongan
Ruang
untuk ku meluahkan kesedihanku
Ruang
untuk ku berkongsi kegembiraanku
Ruang
untuk ku terhibur dengan gelagatmu
Ruang
untuk ku menyayangi mu
Secara
konklusinya, aku ingin kau memenuhi setiap ruang kosong dalam kehidupanku….
Dan
izinkan juga aku untuk memenuhi setiap ruang kosong dalam kehidupanmu…
Engkaulah
teman hidupku, dan aku adalah teman hidupmu…..
Definisi cinta dari perspektif ku… definisi cinta yang rumit dari
benak minda ku… definisi cintaku yang ku harapkan….nukilan Erti Cinta ini
adalah nukilan ku di kala aku keseorangan…nukilan ini telah ku hasilkan pada 15
Disember 2010 dalam pukul 11.50 pm sehingga pukul 1 pagi…. Nukilan ku ini idea
dari fikiran ku tentang manisnya gula pada petangnya…. Pada mulanya inginku
nukilkan suatu erti cinta yang lucu yang berkaitan dengan gula dan
diabetes..... Namun, kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan
segalanya…. Untuk mengkritik tulisan ku sendiri, aku merasakan aku masih lagi
belum bijak untuk menghuraikan erti cinta….idea yang ingin ku ketengahkan
adalah cinta pada Allah, Rasulullah, ibu bapa dan seterusnya cinta yang ku
simpan untuk keluarga yang bakal aku dirikan… aku cuba untuk menyampaikan
bahawa, seorang wanita mampu untuk memperoleh cinta yang setanding cinta Romeo
dan Juliet, Shah Jahan dan Mumtaz, Beauty and the beast dan kisah-kisah cinta
lain yang acapkali bermain di mulut remaja….aku ingin menerapkan idea cintakan
Allah dan Rasullullah mampu memberikan cinta yang suci…cinta yang mampu
mengalahkan kisah cinta Barat dan mengagungkan kisah cinta antara Muhammad dan
Khadijah, kisah cinta antara Sulaiman dan Puteri Balqis. Aku cuba mencipta suatu definisi cinta yang rumit, tetapi mudah difahami
remaja sekarang….tetapi, aku masih lagi belum mampu untuk berbuat sedemikian…
0 comments:
Post a Comment