Monday, May 31, 2010
Peristiwa Kampung Tohor....Negeri Sembilan...
Thursday, May 27, 2010
HUjaN Dan Air MAtA...
Petang yang mulanya redup, kini bertukar wajah.....Petang ini terasa amat sejuk dan nyaman sekali.....Langit itu mulai menjatuhkan air matanya .....Air mata yang begitu bermakna....Air mata yang memberi seribu tafsiran yang berbeza mengikut individu...Air mata itu adalah hujan...Hujan yang turun boleh mendamaikan suasana dan juga menciptakan suasana yang kecoh....
Tapi bagiku hujan itu berjaya menenangkan hatiku yang gundah....indahnya suasana ketika hujan itu....Aku mulai mentafsir maksud hujan itu melalui kamus rasional ku sendiri....Bagi ku, hujan itu umpama air mata yang gugur dari wajah seseorang...Air mata yang mencerminkan keadaan seseorang itu...
Alhamdulillah….petang ni aku sedar…air mata aku yang jatuh tu sedikit sebanyak menyirami hatiku yang kesedihan….seperti mana dalam Al-Quran
(Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu) dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan).
Surah al anfal ayat 11
Air mata ku yang jatuh itu telah menyedarkan hatiku tentang Pencipta ku….tentang musuhku…air mata yang menyedarkan aku bahawa aku telah termakan hasutan musuh ku…air mata yang menyirami hatiku yang kering dari mengingati Penciptaku…air mata yang menasihati hatiku agar kembali kepada Penciptaku…Sesungguhnya Allah telah berfirman dalam surah al-Nahl ayat 65:
Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Dia menghidupkan dengan air hujan itu akan bumi sesudah matinya; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mendengar (peringatan ini dan memahaminya).
Aku ibaratkan hujan itu air mata yang menghidupkan hatiku yang kering…..dan kalau boleh,mulai hari ini,aku ingin mengalirkan air mata yang boleh menghidupkan hatiku….
Alhamdulillah….dapat juga aku mengambil pengajaran dari peristiwa alam ini….
p/s....
sory la lau x paham...nanti lau dapat olah ayat yang ok sikit,nak edit post ni...hehehhehe...saya tengah belajar...mgkin ni cubaan pertama....hehhehehe...kritikan diterima....
26 may 2010...
Tuesday, May 25, 2010
deactivate facebook....
B 450....
25 may 2010...
Sunday, May 23, 2010
23 May 2010
Saturday, May 22, 2010
bicara hatiku (22 may 2010)
Thursday, May 20, 2010
S0M3+!me5
A child who is pure and innocent...
A child who does not has to worry about the life...
A child who does not need to think before act...
A child who always been protected by his family..
A child who is free from sin...
A child who is attributed to a white clothe..
A child who can enter the paradise even though he commits a sin...
A child who is never been alone...
A child whose life is full with joy..
A child whose life is still young....
A man who is able to make a right decision,
A man who can differentiate between good as opposed to bad,
A man who can live on my own,
A man who is prudent in every situations,
A man who can abstain himself from commits sins,
A man whose possessed an extensive knowledge,
A man who can be considered as a leader,
A man whose others can rely on,
A man who is responsible....
Ya Allah....
please guide me....
please give me ur guidance...
please forgive me,my family and all the muslims...
*****************************TO THE READERS********************************
lau ada kesalahan grammar n asa need to be changed,just let me know...aku bukan pandai sngat pon...hahahahahaha...dan sebenarnya, dekat2 last aku dah ilang idea n x eti nak tulis...hahhahaha...lau x ada g sambungan sometimes i thought i am an old man...hahaahaha
Monday, May 17, 2010
kEinDahAn sEpohoN PokoK
dalam perjalanan dari kuala nerang ke alor setar ahad yg lalu,ketika aku melebarkan pandangan ku ke luar jendela bas mara liner....aku melihat pokok dan tumbuh-tumbuhan....lantas aku berfikir...."apa yang specialnya pokok ni ek???"
aku ingin menjadi seperti pokok dan tumbuh-tumbuhan.....yang sanggup bersusah payah untuk kehidupan manusia dan makhluk lain....
aku ingin mencontohi sifat pokok yang tidak mementingkan diri, yang sanggup bersusah untuk makhluk lain....yang memberi tanpa mengharapkan balasan...pokok itu tabah walaupun sering disakiti...
kagum aku bila memikirkan keindahan ciptaan Allah....
kagum memikirkan tentang pokok...
pokok dan tumbuhan mengambil karbon dioksida untuk menghasilkan oksigen....alangkah baiknya pokok itu sanggup menahan terik matahari untuk melengkapkan proses fotosintesis....sanggup berpanaskan matahri untuk menyediakan tempat teduh untuk kita berehat..bersusah payah dan menyeksakan dirinya untuk kebaikan dan keselesaan makhluk lain...tetapi,manusia?????
tabah sungguh pokok itu.....walaupun keseorangan, namun tetap meneruskan hidupnya....walaupun sering dilukai,namun pokok itu tidak pula membalas dengan keburukkan,bahkan dibalasnya dengan kebaikan...manusia sering melukai pokok dan tumbuhan...(macam kita pi tebang pokok tu,tapi tebang x habis,tebang sekerat ja,pastu biakan or juz saja2 toreh pokok tu.....)walaupun kita buat macam tu, pokok tu masih lagi tabah meneruskan hidupnya....
sungguh setia betul pokok itu...berdiri teguh di situ....ingin ku contohi sikap kesetiaan pokok itu...
seringkali kita melihat manusia mencari pokok sebagai tempat berteduh dari panas terik matahari,kemudian apabila mereka merasa keadaan tidak lagi panas,mereka akan beredar meninggalkan pokok itu keseorangan...begitulah sikap kita...
apabila kita perlukan,kita akan mencari,apabila kita dah dapat apa yg kita nak,kita akan tinggalkan...
tapi,apa yg inginku tekankan,pokok itu sentiasa berada disitu apabila kita memerlukannya....sentiasa setia untuk menolong dan menemani kita walupun kita sering melupakannya....sentiasa ada disaat kita memerlukannya....sebenarny
kita sedia maklum bahawa Allah itu sentiasa ada untuk yg mencari-Nya....sentiasa membantu hambaNya...bila kita amati kejadian atau fenomena alam dan berfikir dengan betul,kita akan mennyedari tentang kehadiran ALLAH...
ingin ku didik hati ku dengan sifat dari sepohon pokok....
ingin ku semaikan nilai-nilai murni yg dimiliki oeh sepohon pokok....
ingin ku tabah seperti sepohon pokok....
inginku mengadu kesedihanku kepada Allah...kerana Allah jua mempunyai kuasa ke atas hati manusia...
ingin ku contohi sifat sepohon pokok yg tidak menyimpan dendam dan benci....
inginku balas kekejaman dengan kebaikan...
tetapi,mampukah aku untuk berbuat demikian...
hatiku tidaklah setabah sepohon pokok...
hatiku tidaklah semurni sepohon pokok ...
hatiku tidaklah seindah budi pekerti sepohon pokok....
namun,
apa yang pasti, aku akan mencuba untuk mencontohi sifat sepohon pokok itu...
Ya Allah,
ampunilah dosa kami,kedua ibu bapa kami dan kauim muslimin sekalian,
berkatilah kami...
bukakanlah pintu hati kami ke jalan Mu yg Engkau redhai....
tetapkanlah hati kami dengan kalam-Mu(Al-Quran) dan sunnah Rasul-Mu....
kami bermohon padaMu...hanya Engkau lah tempat kami meminta dan mengadu...
AMIN......
Friday, May 14, 2010
aktiviti ku sebelum mid term Intermediate Accounting
Wednesday, May 12, 2010
kuiz oh kuiz....
Tuesday, May 11, 2010
WaHaI Ha+iKu........
Wahai hatiku…..
Mengapakah kau bersedih??
Mengapakah kau berputus asa???
Mengapakah kau menangis???
Mengapakah kau kesunyian???
Adakah kau terguris???
Adakah kau terluka???
Adakah kau kesakitan??
Adakah kau keseorangan???
Wahai hatiku…
Janganlah kau terus bersedih kerana kau diguris…
Janganlah kau biarkan kesedihan itu membunuh mu….
Janganlah kau terus berputus asa kerana dilukai..
Janganlah kau melayan perasaan itu…
Janganlah kau terus menangis kerana kesakitan…
Janganlah kau terus berasa sunyi kerana keseorangan…
Wahai hatiku….
Aku ingin memahami mu….
Aku ingin menceriakan mu…
Aku ingin mengubati kesakitan mu…
Aku ingin menemani mu…
Namun…
Kau terlalu abstrak untuk dimengerti…
Kau terlalu subjektif untuk didefinisikan…
Kau terlalu sukar difahami…
Kau terlalu mudah tewas dalam godaan dan cabaran….
Ingatlah pesanan ini wahai hatiku…
Kau harus tabah dalam setiap ujian…
Kau harus bijak menangani setiap cabaran…
Kau harus bersabar dengan segala cubaan..
Kau harus bersikap tenang dalam apa jua keadaan…
Ingatlah nasihat ini wahai hatiku…
Banyakkanlah kau meningati Allah…
Dekatkanlah hatimu dengan agamamu….
Bersabarlah wahai hatiku…
Sesungguhnya kesedihan itu lambat laun akan membunuhmu…
Sesungguhnya kesedihan itu bisa menjauhkanmu dari jalan Illahi…
Sesungguhnya kesedihan itu hanya sementara……
Sesungguhnya kesedihan itu hanya mengundang sifat putus asa…
Sesungguhnya kesedihan itu bisa melemahkan iman mu….
Renungkanlah wahai hatiku….
Kesedihan itu diciptakan hanya untuk menguji mu….
Kesedihan itu hanyalah sebagai “benchmark” untuk menguji iman mu…
Kesedihan itu adalah ujian yang pasti ditempuhi oleh setiap makhluk…
Kesedihan itu dapat membuat kau lebih tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan…
Kesedihan itu banyak mengajar mu erti kehidupan….
Kesedihan itu mematangkan mu….
Nasihat untuk hatiku…
Wahai hatiku,banyakkan lah kau mengingati Penciptamu….
Wahai hatiku, isilah masa mu yg terluang dengan berfikir….
Wahai hatiku, tenteramkanlah dirimu dengan Al-Quran….
Wahai hatiku, janganlah kau terus buta dengan kesenangan dunia….
Wahai hatiku, bersabarlah dengan apa jua cabaran yang mendatang…
wahai hatiku, janganlah kau kotorkan dirimu dengan mengikut musuh mu yang nyata…
wahai hatiku, kuatkanlah benteng pertahanan mu dari serangan musuhmu yg nyata…
wahai hatiku, sesungguhnya kau tahu cara untuk melawan musuhmu…
Fahamilah ayat ini wahai hatiku……
28. (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.
Surah ar-rad ayat 28
46. maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.
Surah Al-Hajj ayat 46
Wahai hatiku…
Aku harap kau sentiasa sihat…..
Aku ingin mengingatkan bahawa kau tidak keseorangan. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama mu.. Mindaku selalu bersama mu kerana minda dan hati saling membantu antara satu sama lain.…
Jiwaku menemani mu…. Usahlah kau bersedih lagi wahai hatiku…
Usahlah kau tangisi lagi segala ujian yang ditempuhi….
Usahlah kau rindui apa yg bukan milikmu….
Biarkan ia pergi wahai hatiku kerana itu adalah ketetapan Allah…
Usahlah kau kenang ia lagi….
Sesungguhnya Allah tahu apa yang baik bagimu….
Semoga kau sentiasa sihat wahai hatiku….