Petang yang mulanya redup, kini bertukar wajah.....Petang ini terasa amat sejuk dan nyaman sekali.....Langit itu mulai menjatuhkan air matanya .....Air mata yang begitu bermakna....Air mata yang memberi seribu tafsiran yang berbeza mengikut individu...Air mata itu adalah hujan...Hujan yang turun boleh mendamaikan suasana dan juga menciptakan suasana yang kecoh....
Tapi bagiku hujan itu berjaya menenangkan hatiku yang gundah....indahnya suasana ketika hujan itu....Aku mulai mentafsir maksud hujan itu melalui kamus rasional ku sendiri....Bagi ku, hujan itu umpama air mata yang gugur dari wajah seseorang...Air mata yang mencerminkan keadaan seseorang itu...
Alhamdulillah….petang ni aku sedar…air mata aku yang jatuh tu sedikit sebanyak menyirami hatiku yang kesedihan….seperti mana dalam Al-Quran
(Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu) dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan).
Surah al anfal ayat 11
Air mata ku yang jatuh itu telah menyedarkan hatiku tentang Pencipta ku….tentang musuhku…air mata yang menyedarkan aku bahawa aku telah termakan hasutan musuh ku…air mata yang menyirami hatiku yang kering dari mengingati Penciptaku…air mata yang menasihati hatiku agar kembali kepada Penciptaku…Sesungguhnya Allah telah berfirman dalam surah al-Nahl ayat 65:
Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Dia menghidupkan dengan air hujan itu akan bumi sesudah matinya; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mendengar (peringatan ini dan memahaminya).
Aku ibaratkan hujan itu air mata yang menghidupkan hatiku yang kering…..dan kalau boleh,mulai hari ini,aku ingin mengalirkan air mata yang boleh menghidupkan hatiku….
Alhamdulillah….dapat juga aku mengambil pengajaran dari peristiwa alam ini….
p/s....
sory la lau x paham...nanti lau dapat olah ayat yang ok sikit,nak edit post ni...hehehhehe...saya tengah belajar...mgkin ni cubaan pertama....hehhehehe...kritikan diterima....
2 comments:
kesedihan itu satu nikmat...kita kena gak belajar utk menjadi sedih supaya kita tidak sentiasa hanyut dgn kegembiraan...kesedihan gak mengajar kita utk sentiasa beringat yang tidak semua yg kita lalui ni indah......(>_<)....
kesedihan jugak mengajar kita utk berfikiran rasional sekiranya musibah yg lebih teruk menimpa....betul????
betul tu....kehidupan sungguh mencabar...huhuhuhu
Post a Comment