Assalammualaikum w.b.t.....
Alhamdulillah…segala pujian kepada Allah yang Esa….Post kali ni mengenai pengenalan kepada Ilmu Fiqh,Usul Fiqh,Tafsir dan Mustalah Hadis….. Saya bukanlah bijak untuk membicarakan soal agama atau cabang2 ilmu agama secara terperinci…Saya cuba ingin berkongsi apa yang telah saya baca….
ILMU FIQH
Fiqh dalam bahasa Arab bererti pengertian,kefahaman dan dalam Islam bermaksud satu cabang ilmu pengetahuan tentang hukum syariat Islam sesuai dengan dalilnya satu persatu, contohnya solat Hari raya hukumnya sunat sesuai dengan dalil/hadis. Riba hukumnya haram sesuai dengan firman Allah dalam KitabNya (Al-Quran) dan sebagainya….Sumber-sumber hukum dari ilmu fiqh adalah Al-Quran dan Sunnah….iaitu sumber rujukan pertama.
ILMU USUL FIQH
Ilmu usul fiqh adalah satu cabang ilmu yang digunakan untuk mengetahui kaedah-kaedah, cara-cara untuk mengintinbatkan (mengeluarkan) hukum-hukum syariat dari dalil-dalilnya..Jika hukum yang ingin dikeluarkan itu tidak dinyatakan secara jelas dalam Al-Quran dan Sunnah,Ilmu usul fiqh akan diguna pakai dengan menggunakan sumber rujukan kedua….Antara sumber-sumber rujukan kedua adalah, Qiyas, Ijma', Istihsan, Maslaha al-Mursalah, Sadd al-Dharai', Istishah and Urf'.
ILMU TAFSIR
Ilmu Tafsir pula adalah pengetahuan tentang hal ehwal yang berkaitan dengan Al-Quran umpamanya sebab-sebab turunnya ayat,erti dan maknanya dalam bahasa Arab,maksud dan tujuan ayat itu yang sesuai dengan kehendak Allah yang menurunkan ayat,mentakwilkan apa yang patut ditakwilkan, hubungan antara satu ayat dengan ayat yang lain,penafsiran ayat yang satu pada yang lain,mana yang nasakh dan mana yang mansukh,mana ayat yang diturunkan di Mekah dan mana yang diturunkan di Madinah dan sebagainya…
ILMU MUSTALAH HADIS
Ilmu Mustalah Hadis adalah ilmu tentang keadaaan Hadis, keadaan matan(teks) Hadis, sanad Hadis, orang yang membawa Hadis itu dan lain-lain yang berkaitan dengan Hadis. Orang2 yang mengetahui ilmu Mustalah Hadis dapat membezakan dengan baik sama ada hadis itu sahih, hasan, daif,munqati atau lain2.
0 comments:
Post a Comment