About this Blog

This blog is created as a medium to sharing my thought, my life and to write anything i want...
I will try to add some useful information in this blog...
Let's assume this blog as a medium of learning...

I bear witness that there no other God except Allah, and , I bear witness that Muhammad (pbuh) is a servant of Allah and His Messenger...

Thursday, February 23, 2012

Surat kepada Para Setiausaha (diambil dari Mukadimah)

Abdul Hamid wafat pada tahun 132 (750). Orang pertama yang menciptakan gaya bahasa surat-menyurat di dalam sastera Arab. Konon dia guru kanak-kanak sebelum menjabat dalam bidang kesetiausahaan di istana Hisyam ibnu Abdul Malik. Dia memiliki Enam Surat, yang terkenal adalah Surat kepada Para Setiausaha yang dinukilkan Ibnu Khaldun dalam Muqaddimah ini. Dia sempat meneruskan kerjayanya hingga masa pemerintahan Marwan II.

Selepas ini adalah Surat kepada Para Setiausaha yang diambil dari Muqaddimah yang dinukilkan oleh Ibnu Khaldun. Terletaknya surat ini pada muka surat 286 dalam Muqaddimah ini. Moga kita beroleh sedikit pengajaran dan ilmu.



“Amma ba’du. Semoga Allah s.w.t. melindungi kamu, orang yang melaksanakan keahlian kesetiausahaan, dan semoga Dia memelihara anda, dan memberi kejayaan dan petunjuk. Allah azza wa jalla telah menciptakan para nabi dan rasul dan raja-raja yang dimuliakan, dilimpahi ke atas mereka semua- dan raja-raja yang mulia.

            Sesudah mereka, datang pula pebagai jenis manusia, semuanya dijadikan oleh Allah s.w.t. mereka adalah daripada jenis yang bermacam-macam, meskipun mereka pada hakikatnya adalah sama sahaja. Allah s.w.t. memberi mereka dengan keahlian yang pelbagai, melakukan berbagai-bagai usaha, supaya mereka boleh membuat penghidupan dan mendapat rezeki daripadanya.

            Dia memberi kamu, para setiausaha, kesempatan yang baik untuk menjadi seorang manusia yang terpelajar dan berhemah tinggi, memiliki pengetahuan dan pemikiran yang sempurna. Kamu melahirkan apa yang baik bagi khalifah dan membetulkan banyak persoalannya. Melalui nasihat kamu, Allah s.w.t memperbaiki pemerintahan untuk kepentingan umat manusia, dan menjadikan negara itu bertamadun.

            Raja tidak dapat mengetepikan kamu. Hanya kamu sahaja yang dapat menjadikan baginda seorang raja yang cekap. Kedudukan kamu dalam hubungannya dengan raja ialah sebagaimana sepasang telinga yang digunakan untuk mendengar, sepasang mata dengannya untuk melihat, lidah yang melaluinya untuk berbicara; dan tangan yang melaluinya untuk menyentuh.

            Semoga Allah memberikan kamu, dengan sedemikiannya kepuasan daripada suatu kemahiran yang sangat sempurna, yang mana Dia telah membezakan kamu, dan semoga Dia tidak mengambil suatu nikmat besar yang telah dilimpahi-Nya. Tidak ada seorang pun yang memerlukan lebih daripada kamu untuk mengumpulkan semua perkara baik yang terpuji dan dikenangi serta perilaku yang sangat dimuliakan.

            Wahai para setiausaha, sekiranya kamu mahu memenuhi gambaran tentang kamu sebagaimana yang dipaparkandi dalam surat ini. Setiausaha itu menghendaki budi bicaranya sendiri, serta daripada tuannya, yang mempercayainya untuk melaksanakan segala urusan penting , mengharapkan daripadanya, supaya berlemah lembut bila kelembutan itu dikehendaki, dapat memahami apabila pertimbangan itu diperlukan, bersikap berani apabila keberanian itu dimahukan, berasa ragu-ragu apabila keraguan itu dituntut.

            Dia haruslah memilih untuk bersikap sederhana, adil, dan jujur. Dia harus sentiasa menjaga rahsia. Dia hendaklah yakin apabila berada dalam keadaan yang sukar. Dia harus sudah dapat menduga (terlebih dahulu) sesuatu mala petaka yang akan menimpa. Dia harus berupaya meletakkan sesuatu pada tempatnya yang wajar dan kecelakaan pada tempatnya yang sebenar-sebenarnya. Dia sepatutnya telah mempelajari setiap cabang ilmu pengetahuan, dan mendalaminya, dan sekiranya dia tidak mendalaminya hendaklah dia berusaha menguasai apa yang secukupnya.

            Bersandarkan kebijaksanaan yang secara semula jadi ada padanya pendidikan yang sempurna, dan pengalamannya yang luar biasa, dia harus dapat menduga sesuatu yang akan terjadi ke atas dirinya sebelum peristiwa itu berlaku, dan dia harus mengetahui akibat daripada tindakan sebelum sesuatu tindakan itu dilaksanakan. Dia seharusnya sudah membuat persiapan yang sebaik-baiknya untuk menghadapi setiap hal, dan dia harus meletakkan sesuatu setepat-tepatnya, sebagai mana yang lazimnya.

            Dengan demikian, kumpulkan semua setiausaha, bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan pelbagai pengajaran, sama-sama mencapai persefahaman dalam hal ehwal agama. Mulailah dengan pengetahuan tentang Kitab Allah azza wa jalla dan kewajipan-kewajipan agama. Setelah itu, pelajarilah bahasa Arab, kerana ia akan memberikan kamu suatu bentuk pembicaraan yang baik. Selepas itu, pelajarilah bagaimana hendak menulis dengan sebaik-baiknya, kerana ia akan menjadi hiasan dalam di dalam surat-surat kamu. Riwayatkan syair-syair dan biasakan untuk mengungkapkan perlafazan luar biasa dan pemikiran yang terdapat dalam syair-syair itu. Biasakan untuk mengetahui peristiwa-peristiwa politik bangsa Arab dan bukan Arab, dan dongeng-dongeng kedua bangsa tersebut serta biografi yang menyatakan tentang bangsa itu, sebab ia akan membantu usaha yang kamu lakukan. Jangan abaikan untuk mempelajari akauntasi, kerana ia adalah dasar utama dalam urusan cukai tanah.

            Bencilah sikap buruk sangka itu dengan sepenuh hati kamu, baik yang keterlaluan mahupun yang paling sedikitnya, dan segala sesuatu yang buruk dan penuh keji , sebab ialah boleh mendatangkan keaiban dan akan menghancurkan kerjaya kesetiausahaan. Jangan biarkan keahlian kamu itu menjadi sesuatu yang rendah martabatnya. Peliharalah ia daripada umpat caci dan hasut menghasut dan segala macam tindak tanduk orang yang bodoh.

            Berhati-hatilah selalu terhadap sikap sombong, dungu, dan bangga diri, sebab ia akan mencetuskan perasaan permusuhan tanpa (mempunyai sebab untuk) membangkitkan rasa benci. Sayang menyayangi sesama sendiri demi Allah azza wa jalla di dalam kerjaya kamu itu. Nasihati selalu teman-teman kamu supaya mengamalkannya dengan cara yang paling sesuai sebagaimana mereka yang dipandang mulia, adil dan berbakat daripada kalangan orang-orang terdahulunya.

            Sekiranya salah seorang di antara kamu menghadapi hidup kepayahan mengertilah keadaannya dan tenangkan dirinya hinggalah segalanya kembali menjadi baik. Sekiranya salah seorang di antara kamu sudah uzur dan tidak berupaya untuk mencari nafkah hidup dan mengunjungi sahabat-sahabatnya,lawatilah dia dan hormatilah dia serta pelajaran daripada pengalamannya yang berharga, dan pengetahuannya yang matang.

            Hendaklah setiap daripada kamu bersikap ambil perhatian terhadap pembantu-pembantu, yang kelaknya boleh membantu apabila diperlukan, kemudian anak-anaknya atau saudara-saudaranya. Sekiranya sesuatu pujian itu sampai (kepada salah seorang di antara kamu) sewaktu melaksanakan tugasnya yang lain; sebarang celaan ditanggungnya sendiri. Dia haruslah berwaspada terhadap sebarang kesalahan dan kesilapan yang tidak disenganjakan, dan akan berasa terganggu apabila keadaannya sudah berubah.

            Kamu sedari bahawa setiap daripada kamu mempunyai seorang yang memberikan daripadan miliknya sebanyak sebagaimana yang dituntut, dan (setiap kamu) menerimanya dengan kesetiaan, terima kasih, tolak ansur, kesabaran, nasihat yang baik, bijaksana dan menampakkan minat yang ketara terhadap hal-ehwalnya, dan dengan memperlihatkan (maksudnya yang baik) melalui tindakannya apabila tuannya memerlukannya dan bantuannya. Sedarilah terhadap (tanggungjawab kamu)- Allah s.w.t memberikan kamu keberhasilan- di dalam keadaan baik dan buruk, dalam kekurangan sebagaimana juga di dalam kemurahan dan kebaikan, di dalam kebahagian sebagaimana di dalam kecelakaan. Sesiapa sahaja daripada bidang keahlian yang mulia ini, yang memiliki sifat-sifat yang amat baik.

            Sekiranya salah seorang di antara kamu dilantik menjawat suatu jawatan, atau apabila sesuatu perkara yang menyentuh insan ciptaan Allah s.w.t. dan keluarganya(yang diberi-nya nafkah) dihadapkan kepada salah seorang di antara kamu, hendaklah dia memikirkan Allah azza wa jalla dan patuh serta taat kepada-Nya. Hendaknya dia berasa kasih serta sayang kepada orang yang lemah, dan berlaku adil terhadap orang yang telah melakukan kesilapan.

            Semua makhluk adalah insan Allah s.w.t. Makhluk yang paling Dia cintai adalah makhluk yang paling kasih serta sayang terhadap keluarganya-Nya. Selanjutnya, dia hendaklah menghakimi dengan adil, dia harus menghormati mereka yang dimuliakan (keluarga Rasulullah s.a.w), membahagi-bahagikan harta rampasan yang diperoleh dalam peperangan melawan orang-orang kafir, serta membina peradaban untuk negerinya. Dia haruslah memperlakukan rakyat dengan sebaik-baiknya, dan tidak menyakiti hati mereka. Hendaknya dia merendah diri dan bersikap lemah lembut di dalam setiap urusannya. Hendaklah dia sentiasa ramah-tamah dalam menangani urusan cukai tanah, dan dalam menyelesaikan pengaduan yang diajukan.

            “Apabila salah seorang di antara kamu berbaik dengan seseorang, maka selidikilah pembawaannya. Apabila sudah diketahui mengenainya- apa yang baik dan apa pula yang buruk, kamu akan dapat melakukan sesuatu yang disenanginya serta berusaha menghindarkannya daripada perkara-perkara tercela yang mahu dilakukannya. Kamu haruslah dapat melakukannya dengan cara yang paling halus dan rapi.

            Kamu mengetahui bahawa seseorang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga binatang dan mengerti akan pekerjaannya, akan berusaha untuk mengetahui sifat binatang yang dijaganya itu. Jika binatang itu cenderung untuk memecut apabila dipacu, dia tidak akan mengarahkannya sewaktu menunggangnya. Jika binatang itu gemar menendang, dia akan berhati-hati terhadap kaki depannya. Jika dia berasa khuatir bahawa binatang itu akan kaget, dia akan berwaspada terhadap kepalanya. Jika binatang itu suka berehat, dia dengan berhati-hati akan berusaha memaksanya untuk berjalan ke mana sahaja binatang itu akan menghalakan arahnya. Sekiranya ia mahu terus bergerak, dia akan menariknya secara perlahan-lahan menuju ke tepi dan kemudian melepaskan tali kekangnya. Deskripsi-deskripsi tentang bagaimana hendak menguruskan akan seekor binatang mengandung hal-hal baik bagi mereka yang  hendak memimpin umat manusia, berbaik dengan mereka, serta mengadakan hubungan yang akrab dengan mereka.

            Setiausaha, dengan pendidikannya yang tinggi, keahliannya yang dipandang mulia, cara bertindaknya yang rapi, serta hubungannya yang sering dengan mereka yang bermusyawarah dengannya dan membincangkan sesuatu perkara dengannya dan belajar daripadanya atau gentar pada kebengisannya, haruslah bersikap bertimbang rasa terhadap sahabat-sahabatnya, untuk memuji mereka, serta melayani keinginan mereka, lebih banyak daripada orang yang mengurusi binatang yang tidak memberikan sebarang jawapan, tidak mengetahui apa yang benar, tidak mengerti apa yang dikatakan padanya, dan hanya menuruti arah yang dikendalikan oleh penunggangnya.

            Ramah-tamahlah – moga-moga Allah menganugerahi kasih sayang-Nya kepada kamu – sewaktu kamu menyelidiki sesuatu hal. Pergunakan sebanyak-banyak pertimbangan dan pemikiran sebanyak yang mungkin. Dengan izin Allah s.w.t., kamu akan terhindar daripada kekerasan, kejengkelan, dan ketidaksopanan daripada orang-orang yang menjadi teman-teman kamu itu. Mereka akan bersetuju dengan kamu, dan insya-Allah, kamu akan mendapatkan persahabatan dan perlindungan daripada mereka, sekiranya Allah s.w.t. menghendakinya.”

            Janganlah ada di antara kamu yang keterlaluan dalam bertindak, atau melampaui batas dalam berpakaian, menunggang kuda, makan, minum, rumah, pembantu-pembantu, atau hal-hal lain yang ada hubungannya dengan kedudukannya, kerana, meskipun ada kemuliaan daripada keahlian yang secara khususnya diberikan oleh Allahs.w.t kepada kamu, kamu adalah hamba yang tidak dibenarkan memberikan layanan yang tidak mencapai apa yang diharap-harapkan. Kamu adalah penanggungjawab amanat di mana tidak dibenarkan berkelakuan boros atau terlalu bakhil. Cubalah kamu kekalkan kesopanan kamu dengan secara yang terencana di dalam semua hal yang telah saya sebutkan dan telah diberitahukan. Awasilah pembaziran daripada bersikap boros dan akibat buruk daripada kemewahan. Semuanya itu akan melahirkan kemiskinan dan mendatangkan kehinaan. Mereka yang boros dan suka hidup secara mewah diletakkan dalam keadaan yang memalukan, khususnya sekiranya mereka itu setiausaha dan orang yang terpelajar.

            Segala-galanya itu berulang dengan sendirinya. Sesuatu perkara mengandung petunjuk kepada yang lain. Benarkanlah diri kamu dibimbing pada masa hadapan dengan pengalaman masa silam. Kemudian, pilihlah kaedah melakukan sesuatu pekerjaan yang lebih pasti, lebih tepat, dan yang menjanjikan hasil yang terbaik. Anda harus menyedari bahawa ada sesuatu yang akan menghancurkan pencapaian, yakni iaitu membicarakan tentang banyak hal. Orang yang melakukannya akan dihalangi daripada menggunakan pengetahuannya dan kemampuannya untuk berfikir. Dengan demikian, setiap daripada kamu sewaktu masih berkhidmat harus berusaha untuk berbicara tidak lebih daripada apa yang wajar, seseorang itu harus tepat dalam persoalan yang ditimbulkan dan jawapan yang diberikan, serta harus memberikan renungan terhadap kesemua hujah yang dianjurkan. Setiap pekerjaannya akan dimanfaatkan daripadanya. Ia juga akan menghindarkannya daripada diasyikkan dengan hal lainnya. Dia harus banyak memohon, memohon kepada Allah s.w.t. supaya Dia memberinya keberhasilan, dan membantunya dengan petunjuk-Nya, kerana dia harus berasa takut untuk melakukan sebarang kesalahan yang akan membahaya tubuhnya, dan akan menerbitkan keraguan terhadap kebijaksanaannya serta pendidikannya.

            Apabila salah seorang di antara kamu berpendapat atau mengatakan bahawa kualiti dan kecekapan yang tinggi daripada pekerjaannya adalah sesuatu dihasilkan kecerdikan dan pengetahuannya tentang bagaimana melakukan sesuatu, maka dia telah membangkit kemarahan Allah s.w.t.  Allah s.w.t. akan membiarkan dia dengan dirinya sendiri, dan kemudian barulah dia menyedari bahawa dirinya tidak berkeupayaan untuk melaksanakan tugas itu. Hal ini bukanlah suatu rahsia lagi kepada orang yang menyedarinya.

            Jangan ada salah seorang pun di antara kamu yang mengatakan bahawa dialah yang memiliki pengetahuan paling baik terhadap segala persoalan, atau lebih bijak untuk mengendalikan segala masalah yang sukar, daripada sahabatnya yang sebidang dengannya, dan daripada mereka yang bekerja dengannya. Daripada dua manusia, mereka yang bijaksana menganggap orang berkenaan paling cendekia yang melepaskan dirinya daripada kongkongan sifat bangga diri dan yang memikirkan bahawa sahabat-sahabatnya adalah lebih cendekia dan lebih ahli daripada dirinya. Namun dalam apa hal pun, kedua pihak haruslah memperakui kemurahan Allah azza wa jalla dalam menganugerahi nikmat-Nya.

Jangan ada seorang pun yang membiarkan dirinya ditipu oleh pendapatnya sendiri dan menganggap dirinya terlepas daripada sebarang kesalahan. Dia juga tidak seharusnya berusaha untuk mengatasi kebolehan sahabat-sahabatnya, mereka yang setara dengannya, rakan sekerjanya serta keluarganya. Setiap orang wajib memuji Allah s.w.t., tunduk akan kebesaran-Nya, berasa rendah diri atas kebesaran –Nya, serta melaksanakan apa yang disuruh-Nya.

            Di dalam surat saya ini, biarlah saya merujuk kepada peribahasa lama: “Barang siapa yang mahu menerima nasihat yang baik akan memperoleh kejayaan”. Ini adalah intipati surat dan yang terbaik yang disentuh di dalamnya, selepas rujukan tentang Tuhan sebagaimana yang terkandung. Dengan demikian saya telah meletakkan ia di bahagian akhir, dan saya tutup surat ini dengannya. Semoga Allah s.w.t. memelihara kita dan juga anda, seluruh pelajar dan setiausaha, sebagaimana Dia memelihara orang yang sebagaimana yang Dia ketahui, Dia akan membuatkan mereka berasa bahagia dan memberikan petunjuk-Nya yang benar Dia dapat melakukannya. Ia adalah di tangan-Nya.”

            “Wassalammualaikum warahmatullahi wa barakatuh dan semoga Allah s.w.t mencucuri belas dan rahmat-Nya ke atas kamu.”

Wednesday, November 23, 2011

Sepetang Bersama Honey Lemon Tea (1)

Tempat : Bookerz Lounge Cafe, IIUM Gombak
Masa    : 5.10 petang sehingga 6.30 petang
Tema    : An Evening with Book and Honey Lemon Tea.
Perbelanjaan: RM 1.80/ a cup of Honey Lemon Tea.


 Hari ini, sekali lagi langkah kaki ini menuju mencari secawan teh untuk mengurai kekusutan di minda dan teknologi ditinggalkan...
Sudah hampir 3 atau 4 hari saya tidur lewat pagi, dalam pukul 3 hingga ke 4 pagi. Menyiapkan tugasan yang tertangguh.... Kemudian, kelas seawal 8 - 9 pagi dan berterusan hingga ke malam.. Padahal, saya dinasihatkan agar berehat... Tetapi, entah kenapa diri ini terasa begitu aktif sekali.. Walaupun saya hanya sempat tidur, 2-3 jam sahaja, namun, saya masih dapat mengharungi hari seharian saya dengan penuh bersemangat... Ya, inilah keadaan saya semasa saya mengambil 21 credit hour sem lepas... walaupun agak banyak dan sibuk dengan meeting dan pelbagai hal lagi. Namun, saya berasa tenang menyedari aset yang tak mungkin saya miliki walaupun berapa tinggi harga yang saya tawarkan, tetapi, aset ini datangnya diketahui, lenyapnya tak disedari... Aset yang saya maksudkan adalah MASA yang dikurniakan oleh ALLAH untuk setiap hambaNya, namun hanya segelintir sahaja yang menyedari... Bahkan, saya juga adakalanya tergolong dalam golongan yang lalai... Moga diteguhkan hati kita untuk menggunakan sebaik-baiknya aset yang telah dikurniakan oleh Pencipta kita..Amin...


Hari ini, saya sekali lagi menyambung pembacaan saya dengan Bab yang ketiga. Apa yang diceritakan oleh penulis adalah tentang penjajahan Jepun di Singapura, dan bagaimana kemakmuran dan kemewahan hilang dalam sekelip mata... Bagaimana suatu kaum yang diagungkan kerana keberaniannya sebenarnya hanya pengecut... Apa yang dimaksudkan adalah tentera British yang hanya manis bermain kata2....

Ketika membaca keadaan pada zaman itu, saya agak tertarik apabila membaca tentang kisah Lee Kuan Yew berganding bahu dengan rakan nya dalam perusahaan membuat gam dan menjualnya ketika beliau menjadi broker.. Pada masa itu, ketika membaca keadaan bagaimana mereka set up bisnes dan akhirnya terpaksa berhenti akbat kekurangan permintaan, saya terpaku sejenak.. Memikirkan sebuah hdis yang sering digunakan yang mengatakan 9/10 dari rezeki datangnya dari perniagaan... Maaf kerana saya tidak tahu tentang kedudukan hadith tersebut.... Lantas saya berfikir kenapa ianya sedemikian???  Apa yang dapat saya fahami, apabila seseorang itu terlibat dalam perniagaan, dia akan sentiasa ditimpa masalah dan sebagainya... Daripada rentetan peristiwa itu, dia akan lebih analytical dalam sesuatu perkara... Dengan menghadapi cabaran dunia yang mencabar, otak seorang peniaga sentiasa berfungsi untuk menyelesaikan masalah... Tambahan pula, peniaga dapat mengenalpasti peluang2 yang tersedia dan secara tidak langsung mendidiknya menjadi seorang yang kreatif.... selain itu, dengan keterlibatan dalam bidang perniagaan dapat melatih sifat sabar dalam diri dan secara tidak langsungya dapat meningkatkan keimanan terhadap Maha Esa.


Namun, hanya segelintir sahaja dari kaum saya yang sanggup hidup susah dan sudi dilanda pelbagai masalah... Mereka lebih kepada risk averse person daripada menjadi risk taker person. Dan sikap mereka agak ketara dari hari ke hari... Namun, masih lagi kurang yang sedar akan nasib anak2 mereka yang mungkin menjadi melukut di tepi gantang... Mereka mungkin tidak lagi memainkan peranan dalam kehidupan bermasyarakat.... Kehadiran dan ketiadaan mereka tidak di ambil kisah...

Setakat ini sahaja coretan saya yang tidak seberapa...Semoga bertemu lagi...


p/s:::::  Alhamdulillah... Berjaya juga saya meluangkan masa untuk apa yang telah saya rangkakan dalam minda kurniaan Illahi.... Namun, seringkali fikiran saya diterjah, dapatkah saya meneruskan aktiviti ini sehingga dapat menjadi hobi saya atau sekadar hangat2 tahi ayam... itulah yang saya takuti..... Moga Allah sentiasa membantu saya...Amin....

Monday, November 21, 2011

Sepetang Bersama Honey Lemon Tea....

There will be a time for me with honey lemon tea..hoping i am able to spare that time...#recovering mode#
My FB status on Nov 17 at 11.06 am

Tempat : Bookerz Lounge Cafe, IIUM Gombak
Masa    : 5.10 petang sehingga 6.30 petang
Tema    : An Evening with Book and Honey Lemon Tea.
Perbelanjaan: RM 1.80/ a cup of Honey Lemon Tea.


Assalamualaikum... Sudah tiba masanya untuk saya mengemas kini blog saya ni ek... Seperti mana tertulis diatas, status saya tu, saya berangan la sebelum ni yang saya nak luangkan masa saya bersama buku dan Honey Lemon Tea. Secara ringkasnya, apa yang berbaik difikiran saya ketika itu adalah untuk menangani tekanan dari setiap penjuru. Dengan tugasannya, mesyuaratnya, kelasnya dan saya macam tak memberi perhatian dalam kelas dan lain2. Mungkin sebab letih.. Pada 16 Nov, selepas ja habis kelas econometrics, saya ke HKL untuk check keadaan saya yang selalu sakit kepala kebelakangan ini.. Jumpa doc, doc cakap, saya maybe stress dan dia nasihatkan saya supaya get enough rest and try tangani stress. Saya pun sedar yang saya tak ada masa untuk diri sendiri, lantas, saya memasang azam untuk meluangkan masa untuk diri saya, iaitu setiap hari isnin, selasa dan khamis di lokasi seperti di atas untuk menghirup secawan teh madu berperisa lemon dan ditemani sebuah buku. Dan yang PALING PENTING, SAYA MEMATIKAN TELEFON BIMBIT SAYA PADA WAKTU SEPERTI YANG TELAH DINYATAKAN....

Jadi, kalau ada yang menghubungi saya tetapi saya x dapat dihubungi, pandai2 lah pergi
cari saya dekat tempat di atas. Tanpa membuang masa, saya nak cerita tentang
sepetang di Bookerz Lounge. I am willing to pay a high price for a cup of tea given
the place is not crowded and always in calm situation... Cafe tu memang jarang orang lepak sebab
mahal, tetapi, itu adalah peluang kepada saya untuk merasai ketenangan di dalam hiruk pikuk kampus.
Menemani saya pada waktu itu adalah, secawan teh, dan sebuah buku tulisan Lee Kuan Yew yang bertajuk Kisah Singapura.
Kenapa saya memilih buku ini untuk dibaca? Jawapannya adalah, saya ingin mengetahui kenapa terjadinya perpecahan antara Singapura dan Tanah Melayu. Di samping itu juga, saya ingin mengetahui, bagaimana sebuah pulau yang diberi nama Singapura mampu menjadi sebuah negara yang telah mengejutkan mata dunia dalam pelbagai aspek. Bagaimana sebuah negara yang tidak mempunyai hasil pertanian yang besar bisa mengalahkan Malaysia yang kaya dengan sumber semulajadinya.... Dan saya akui, saya agak tertarik dengan negara Singapura... Selain dari itu, saya juga tertarik dengan Negara Matahari Terbit.

Saya ada membaca sebuah buku, yang mana saya lupa namanya. Di dalam buku itu ada menyatakan yang perpecahan antara Singapura dan Malaysia adalah kerana kesukaran dalam mengukur tahap ekonomi dan sumbangan daripada dua kawasan ini kepada KDNK Tanah Melayu ketika itu. Saya akan cuba cari tentang ini jika ada kelapangan..

Hari ini, saya membaca dari muka awal sehingga penghujung Bab 2. Secara ringkasnya,
menceritakan tentang Singapura secara umumnya dan juga sedikit sebanyak latar belakang
penulis itu sendiri. Dan apa yang saya pelajari, pada zaman kanak-kanaknya, Lee Kuan Yew
tidak tahu bertutur dan membaca bahasa Mandarin. Tentang latar belakang keluarganya.
Bagi saya, latar belakang keluarganya bukan lah agenda utama saya, jadi saya hanya 
membaca sekadar mengetahui. 


Saya menjangkakan saya berhenti menyelak lembaran buku itu pada pukul 6.10, kerana pada pukul 6 lebih2, saya harus berjumpa dengan seseorang untuk memulangkan benda yang saya pinjam... Em, kelas saya habis pukul 5 petang, kecuali pada hari rabu, kelas yang paling last habis, pukul 7 malam. Rasanya, setakat itu sahaja lah update dari saya..

semoga bertemu lagi...



p/s:::::  Alhamdulillah... Berjaya juga saya meluangkan masa untuk apa yang telah saya rangkakan dalam minda kurniaan Illahi.... Namun, seringkali fikiran saya diterjah, dapatkah saya meneruskan aktiviti ini sehingga dapat menjadi hobi saya atau sekadar hangat2 tahi ayam... itulah yang saya takuti..... Moga Allah sentiasa membantu saya...Amin....

Sunday, November 20, 2011

~~~pictures of memories~~~


 i dont know camna nama saya leh ada kat situ..btw, besday saya dah lepas time tu...mybe sbb sya merungut yang diorang x ingt besday saya kot..btw, saya mmg rahsiakan besday saya...:-)

hahaha....saya mmg suka ngacau orang..patutnya kek ni belongs kat orang lain, tapi saya yang lebih2...:-)

i am gonna miss this moment..:-) S vs M

 thanks guys...
 beraya di rumah fawaz
training mclead kat fraser hill..

dekat2 taman fawaz
dri atas dah hensem, bila sampai ke selipar, dah kurang nsem..huhuhu

comel seketika dirumah acap...

jumping around rumah orang di kawasan taman fawaz..

honestly aku x tau ni rumah sapa..main masuk ja...kawan diorang, tapi aku x kenal.:-)
aku nampak nsem weh...serius mengoda senyuman aku..hahaha

fraser hill, apreciation la untuk sister 2 orng ni..diorng tolong ambik gambar kitorang sbelum2 tu.

 fraser hill
 rumah fawaz
 peja akad nikah...bak kata fiqah, hafizullah abu bakar nampak tinggi dalam gambar ni...serius aku like gambar ni...sebab aku tinggi..:-)
 melompat tak tentu arah masa sesi photography
 bila la disnap gambar aku ngah melepak kat KAED sampai ke subuh ni ek? btw, beside me is ain.
 aku betul2 x sedar..huhuh
duit untuk melamar???hahahhha

beraya di rumah prof nik
 ni masa dalam kelas tingkatan 4 ka 3 x tau..huhuhu.
7 orang jejaka tampan..:-)
 yang ni aku tak ingat aku tingkatan bapa masa participate dalam pertandingan ni...
aku yang disable.
 orang asli??? yes, i am genuine...
 i city
 seriously, aku rasa rambut aku menawan..kan???
raya 2010 if i am not mistaken..kat rumah diana... not to forget, atuk dia yang banyak berceloteh...


thats all..simple update...menyibukkan diri takut tertidur...nnti tkut x bngun subuh..huhuhu..looking back at the past and smiling alone.. memories should not be forgotten..:-)

~ Medicine~

Salam...Hi....
it's been a while ek since my last update...
As the tittle suggests i am taking medicine...


Sebab tu la jarang update...btw, selain tu, jarang update coz adapter rosak...lama gak hdup tanpa laptop ni.hehehe
hum...the time is 2.24 a.m... masih lagi berjaga..bajet dok oversea la lak kan..hahaha
aku mmg teringin nak dok oversea pon..hehehehhe

actually, nak kena siapkan keja/asignments...
tapi, kepala otak stuck, so aku reading ja la blog sesapa aku nak baca...
and at the same time buka blog aku yang berserawang..huhuhuhu...
sebenarnya, i am in the recovering mode....
nak buat comeback balik ni..hehehe

lepas ja habis cuti tu, aku agak x ok...
headache teruk gila...mmg sakit la...aku nak tido ja 24/7...
macam x nak bangun dah..huhuhu...
kan bagus lau boleh...

sebelum cuti, aku bz ngan midterm yang berderet-deret macam gerabak keta api...
lepas satu, satu lagi, lepas tu satu lagi....gila ah...
dengan unplanned prog lagi....
seriously, aku x suka big prog yang buat last minute....last skali, aku gak teruk...
untuk prog fire drill ali, aku patutnya in charge, tapi, klu aku in charge, maksdnya aku kna ponteng klas...
eventhough aku mmg kata aku leh join hari tu... tetapi, disebabkan minggu tu amatlah hectic....
setiap malam kena gi meeting, syura, n lain2, sampai x sempat nak fokus untuk exam...
physical condition pon makin lemah...ya la..skip makan selalu sangat...
dalam awal bulan november tu, aku mmg gila letih..and plus demam, sakit badan,skip makan, berjaga sampai lewat..
mmg gila jahat aku..aniaya badan sendiri... nak buat camna... banyak sangat aku nak cba setelkan..
last2 x dapat setelkan juga..huhuhuh..

so, berbalik kepada prog fire drill, aku mnta orang lain gntikan aku, walaupun aku tahu yang tndakan aku tu akan mnjatuhkan reputasi dan kredibiliti aku....
tetapi, i have to make a call..... so, my call was risking my reputation and credibility...
serious at that time i need a little space to breath... kalau x, aku dah explode...
even sekarang pon, situation x under control lg, tp, aku ngah tackle 1 by 1...:-)

so, 16 hb lepas, habis ja kelas econometrics, naik bas g HKL...
check kenapa headache sgat2...
sepatutnya masa aku demam, i should jumpa doc coz ada simptom yang sama selalu berlaku everytime aku demam...it does make me worried...
tapi, biasa la...x ambik kisah... dats y, i am trying untuk berubah....
nak cuba jaga kesihatan sikit lepas ni...

so, lepas jumpa doc and check sikit2, doc cakap la yang aku ni overwork n stress la juga...
aku ingat aku dah control dah...since aku ada update dalam fb yang aku x sedar yang aku stress, after that, aku ingat i am okay la...
tetapi, rupa2nya belum lagi..bertambah teruk ada la...basically, affect my midterm...ahahha...macam na aku nak score ek lau midterm kantoi??
so, i was advised untuk rehat more tetapi, macam ni la, aku tetap berjaga untuk cuba siapkan something...

basically, update ni merapu ja...ikut suka ja apa yang aku nak tulis... hah, satu lagi, ada ka patut, instructor klas skill soh jadi komiti event hari jumaat, sabtu, n ahad...  gila ka apa..gtau hari rabu...hari khamis buat simple briefing... jumaat starts..gila ka apa...dia kata kalau x pi, maksudnya kedatangan kosong untuk 3 hari...
sekali lagi, aku kena make a call... so, aku biarkan kosong kedatangan aku tu untuk aku have some space untuk akunya discussion, asgmnts n mmbaca sikit..lantak la ngan kedatangan tu...
kalau aku g, x pasal tambah masalah...watever happens aku tanggung...

so, ubat pon kekadang aku x sempat nak makan...sebab aku kuar bilik lupa bawa ubat..kekadang la...huhuhu....and satu lagi, aku ngah planning time untuk aku ngan honey lemon tea...hehehhee...sesapa nak tau tentang aku ngan honey lemon tea tu, leh la tunggu untuk next update...
p/s: aku ngah berusaha untuk siapkan somthing....harap dapat siapkan cepat...
pastu, aku ngah cari time nak balik kacau n cubit2 pipi si nur fatin adriana...aku suka dak kecik ni....umo dia brapa hari ek??yg sre x sampai sebulan g..heehhehe
aku nak kena pikiaq plan comeback ni... 
and there is something i need to discuss with my parent regarding my future...

thats all bebelan yang ntah apa2....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...