Nasib Melayu di Bumi
Melayu
Buku ini adalah karya seorang
penceramah, seorang ahli akademik dan seorang umat Islam. Beliau berdarah
daging keturunan Cina, tetapi semangatnya untuk membela nasib Melayu telah
menarik hatiku. Beliau adalah Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
Saya membeli buku ini pada 28
November yang lepas. Tertarik dengan ringkasan buku tersebut dan juga kerana
kesedaran saya sebagai seorang pemuda berbangsa MELAYU. Mungkin bagi sesetengah
orang, first impression apabila membaca tajuk buku ini adalah “tak lain tak
bukan nak mengutuk melayu la tu”. Kalau macam ni la persepsi masyarakat melayu
sekarang, saya harap kita sama2 berubah dan cuba mencari cara untuk mengubah
diri kita.
Walaupun saya baru membaca sehingga
Bab 3, tetapi, sudah cukup untuk mengajak saya berfikir sejenak. Isi
kandungannya padat, berinformasi dan menyedarkan saya. Bagi pendapat saya
sendiri, buku ini harus dimiliki oleh setiap orang tanpa mengira agama, kaum,
keturunan dan kerjaya.
Beliau banyak berbicara tentang
simpatinya terhadap kaum Melayu. Indahnya pekerti beliau. Itulah Islam.. Akhlak
seperti ini yang dianjurkan dalam Islam. Terdetik di hati saya untuk berbicara
tentang keadaan Melayu sekarang. Beberapa orang Melayu yang betul-betul melayu???
Melayu yang mengamalkan budaya timur yang indah?? Remaja Melayu sekarang masih
bersopan santun????? Remaja melayu sekarang masih sedar akan identity mereka
atau mereka sekarang dalam situasi kekeliruan identiti???
Apabila melihat situasi Melayu dan
remaja Melayu pada masa kini, saya mula melihat Melayu mulai kehilangan
identiti. Masalah kehilangan identiti ini amatlah serius kerana akibatnya
mungkin mampu melenyapkan bangsa Melayu dari dunia ini. Lenyap ditelan zaman.
Semakin hari semakin dilupai. Cuba berfikir sejenak, apakah yang kita rasai
apabila kita tiada lagi identiti untuk dibanggakan????
Melayu mudah lupa. Kata-kata mantan
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, seringkali bermain di minda saya.
Ada ketikanya saya menentang “statement” beliau, ada ketikanya saya menyokong
“statement” beliau. Apabila difikirkan, beliau hanya meluahkan kebimbangan
beliau terhadap nasib Melayu. Tetapi, majority Melayu masih lagi tidak dapat
menangkap maksud itu. Apabila saya semakin matang, menempuhi banyak perkara,
saya mula menyokong kata- kata beliau. Kata-kata beliau bukan bermaksud untuk
memperlekehkan Bangsa Melayu tetapi sebaliknya cuba memprovokasi mentality
Melayu untuk berubah. Untuk membuktikan bahawa kata-kata beliau salah. Tetapi,
bangsa Melayu masih lagi leka diulit mimpi.
Sebelum ini hangat dengan isu
pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Ada sesetengah pihak
menentang usul ini dan memanipulasikan keadaan dengan mengetengahkan hujah
untuk mendaulatkan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi suatu alat untuk menentang
pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Saya tidak nampak pula
relevannya pembelajaran subjek ini dalam bahasa Melayu dan apa kelebihannya
dalam Bahasa Melayu. Saya lebih setuju jika subjek itu diajar dalam Bahasa
Inggeris kerana mampu meningkatkan daya saing kita. Apakah bahasa yang
digunakan di pusat pengajian tinggi untuk mengajar subjek Matematik dan Sains
ini??? Majoritinya diajar dalam Bahasa Inggeris. Fikirlah sejenak. Saya bukan
hendak mengagung- agungkan bahasa Inggeris, tetapi saya lebih suka memandang
jauh ke hadapan berkaitan dengan masalah yang bakal dihadapi oleh para pelajar
kita apabila mula melangkah kaki ke pusat pengajian tinggi.
Sebenarnya kita sendiri yang
menjatuhkan Bahasa Melayu itu. Perdebatan tentang pembelajaran Sains dan
Matematik adalah sesuatu yang sia-sia. Hujah yang paling selalu diutarakan
adalah untuk mendaulatkan Bahasa Melayu. Bagaimana kita hendak mendaulatkan
Bahasa Melayu jika bangsa Melayu itu sendiri tidak pernah bangga apabila
bercakap bahasa Melayu? Sebagai contoh kenyatan Sharifah Amani suatu ketika
dahulu yang secara terang-terang cakap “she looks stupid when speaking Malay”. (In 2006 at the 19th Malaysian Film Festival, when accepting her award as
Best Actress she said “I sound, like, stupid, if I speak Malay, so I’ll
speak English”.[11] She
later claimed that she was misquoted when her statement was translated by the
Malay media). Kenyataan
ini saya ambil dari Wikipedia. Kita analisa situasi remaja sekarang yang terdedah kepada perkembangan
teknologi maklumat dan dunia alam maya. Kebanyakan
remaja sekarang lebih suka mencipta tren sendiri contohnya penambahan “w” di
hujung ayat seperti jew, kew, lew, taw dan lain-lain lagi. Adakah ini
Bahasa Melayu? Ayat seperti itu banyak digunakan dalam SMS. Berapa kerat bangsa
Melayu sekarang yang meminati puisi, sajak, pantun dan sastera melayu yang
lain? Remaja kita kebanyakan lupa akan keindahan sastera Melayu yang menjadi
identiti bangsa Melayu suatu ketika dahulu.
Remaja kita sekarang hanyut dalam
buaian keseronokan yang seringkali didendangkan dengan irama dari Barat baik
dari segi cara hidup, pakaian, pergaulan social, ekonomi dan mentaliti. Remaja
kita dijajah mindanya, disuapkan dengan keseronokan cara hidup yang terbuka,
dididik dengan konsep kebebasan yang melampau dari barat. “Freedom has its own
limit” adalah kata-kata yang selalu saya fikirkan. Kita terlampau bebas untuk
bersuara, bebas untuk menentang dan bebas untuk menyebrkan keburukan. Kebebasan
jika disalah guna, padah akibatnya. Tetapi berapa orang saja yang sedar akan
hal ini?
Berbalik kepada pengajaran Sains dan
Matematik. Mengapakah kita bersusah payah menentang agar diajarkan dalam Bahasa
Melayu sedangkan kita tak pernah pula bersusah payah untuk menarik minat
generasi muda mencintai bahasa Melayu? Jika kita lihat sekarang ni, ada sahaja
pelajar melayu yang masih lagi tak dapat menguasai Bahasa Melayu sedangkan ada
pelajar berbangsa India dan Cina Berjaya mendapat A dalam subjek bahasa Melayu
dan yang paling memalukan ada pelajar melayu yang gagal subjek bahasa Melayu.
Kenapa hal sebegini berlaku? Ego. Banggakan diri. Tidak sedarkan diri. Malas.
Mengambil mudah. Inilah antara sebab-sebab mengapa pelajar melayu gagal dalam
subjek bahasa melayu. Masyarakat kita menganggap bahasa Melayu itu mudah kerana
mereka sendiri melayu dan bagi mereka bahasa melayu itu senang sahaja. Persepsi
yang sering bermain di minda masyarakat melayu “Ala, bahasa melayu ja pun.
Kalau tak belajar pun boleh dapat A”, “Aku melayu, tak kan aku tak tau bahasa
aku sendiri”.
Tambahan pula, Bahasa Melayu tidak
diajar setiap hari di sekolah-sekolah. Maksud saya adalah dalam seminggu, hanya
beberapa hari sahaja guru Bahasa Melayu mengajar Bahasa Melayu. Betul tak???tegur
saya kalau saya salah. Macam mana nak memartabatkan Bahasa Melayu kalau macam
ini lah situasinya??? Siapa yang patut dipersalahkan???? Tapi, lain pula
situasi kalau kita menyarankan agar Bahasa Melayu diajar setiap hari. Antara reaksi
yang dapat saya jangkakan, mungkin ada tentangan dari pelajar sendiri, ibu bapa
dan mungkin juga guru. Kenapa saya berkata sedmikian??? Kalau kita ajar Bahasa
Melayu setiap hari, bermaksud, kita kena tambah waktu pembelajaran dan waktu
persekolah mungkin dilanjutkan sehingga pukul 2. Ini pendapat saya lah. Daripada
situasi ni, pelajar mungkin akan merungut “letih”, “tak larat”, dan macam-macam
lagi. Apabila keadaan ini berlaku, secara tidak langsung, ibu bapa turut
merasai tempiasnya. Kemudian, pada mesyuarat tahunan sekolah, ibu bapa akan
membantah tindakan ini.
Siapa yang ingin berkorban untuk
mendaulatkan Bahasa Melayu???? Bukan niat saya untuk mengatakan semua bangsa
Melayu tak sanggup berkorban. Ada segelintir yang berkorban untuk mendaulatkan
bahasa Melayu, tetapi, mentaliti masyarakat melayu masih lagi di tahap yang
membimbangkan. Renungkanlah bagaimana corak pemikiran masyarakat melayu
sekarang.
Melayu sendiri yang memandang rendah
Bahasa Melayu itu sendiri. Ada pelajar melayu sendiri yang tak tahu menulis
dalam melayu. Kadang-kadang pelajar melayu ni main tulis ja tanpa ambil kisah
tentang tatabahasa.(terasa pula kat diri sendiri)…. Ada juga Bangsa Melayu
sendiri yang terbiasa dengan perkataan sebegini “ambik, ambek,” sedangkan
perkataan yang betul adalah “ambil”. Saya tak kisah kalau bahasa tu digunakan
dalam SMS sahaja, tetapi kalau dah sampai terbawa-bawa ke dalam penulisan…
hum…kadang-kadang saya pun terbiasa macam apa yang saya kata kan di atas
tu…huhuhuhuhu…
Entri kali ni lebih kurang untuk
mengingati saya sendiri la…. Ini sahaja lah coretan saya.. sebagai peringatan
kepada saya dan pembaca lain… merenungi kesalahan kita sebelum menuding jari ke
arah orang lain adalah sesuatu yang patut kita praktiskan. Minta maaf jikalau
luahan minda saya ini seperti mengutuk bangsa sendiri…ada juga contoh-contoh
yang saya bagi adalah dari sudut negatif, tetapi saya terpaksa member yang negatif
sebagai bahan untuk menyedarkan kita. Antara contoh-contoh tersebut adalah
pengalaman saya, pemikiran saya dan juga hasil pemahaman daripada karya-karya
orang lain.
Sumber-sumber
rujukan
Pemerhatian terhadap situasi semasa
dan sekeliling.
Pengalaman sendiri.
Nasib Melayu di Bumi Melayu karya
Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Utusan Malaysia, Blog-Blog, facebook.wikipedia....
2 comments:
assalamualaikum....
mintak maaf ....sekadar komentar dari ntah sape2....
melayu memang macam nie dari dlu lg...x menghargai bahasa sendiri...
kalau kita baca balik dalam "Hikayat Abdullah"....melayu memang perangainya macam ni...aku rasa ko kene baca jugak buku y aku sebutkan ni....
thanks for the coment.....ok, saya mungkin akan cuba cari juga buku yang anda syorkan tu...thanks 4 da info ek....:-)
Post a Comment