Langit Biru
Ciptaan-Nya
yang tak bertiang.
Ciptaan-Nya
yang tak berpasak.
Ciptaan-Nya
yang tak dapat ditandingi.
Ciptaan-Nya
yang tak diketahui penghuninya.
Ciptaan-Nya
yang tiada sempadan bagi setiap mata yang memandang.
Ciptaan-Nya
yang dipanggil langit biru.
Tenang,
Damai,
Luas,
Indah,
Kehebatan
Pencipta itu tidak diluahkan dengan perasaan,
Hanya
keimanan sahaja yang dapat meluahkannya.
Tarikh:
17 Januari 2012
Masa: 08.53 pagi
Tempat:
AK 5116 (Air Asia from Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu)
Disiapkan:
09.11 pagi
0 comments:
Post a Comment