About this Blog

This blog is created as a medium to sharing my thought, my life and to write anything i want...
I will try to add some useful information in this blog...
Let's assume this blog as a medium of learning...

I bear witness that there no other God except Allah, and , I bear witness that Muhammad (pbuh) is a servant of Allah and His Messenger...

Friday, November 16, 2012

Patut dipandang secara Spesifik atau Umum?

Assalammualaikum.

Warning. Ni pendapat saya.. dan saya mengaku, saya bukan orang yang mahir dalam bidang agama.. cuma terdetik untuk menulis tentang. and saya open untuk teguran kalau ada salah silap...

Baru2 ni ada join program facilitator dekat sebuah skolah menengah.. tapi, saya jadi komiti..bukan fasi ek..sebab kalau saya jadi fasi, i dunno what will happen to my group... will they able to digest my thinking?? i wonder.. takut nanti ada yang tersalah faham lak..

saya terdetik nak menulis tentang pemikiran budak sekolah ni la...modul masa tu macam nak menerangkan tentang Islam dengan menggunakan ilustrasi pokok sebagai analogi..

basically, diorang lukis akar, batang, ranting dan daun pokok... so, ada yang relatekan macam ni.

contoh 1: akar = islam, batang = iman, ranting= ibadat, daun or buah = amal

contoh 2: akar = iman, batang = islam, ranting = ibadat, daun or buah = amal

so, saya jadikan argument, kenapa letakkan Islam tu sebagai akar? sedangkan Islam tu menyeluruh, merangkumi semua aspek, Islam tu satu agama yang sempurna. kenapa perlu diletakkan sebagai akar mahupun batang pokok.???

saya rasa ada yang kurang faham ngan argument saya tu... so, saya pun tinggalkan diorang bersama argument saya tu..

pendapat saya pula, saya lebih prefer macam ni... before tu, kita tengok dulu gambar pokok.


lawa kan pokok ni... so, saya akan terangkan pandangan saya...

akar = bagi saya, akar adalah aqidah. iaitu sepenuh kepercayaan bahawa Allah sahaja tuhan yang layak disembah.. Tiada tuhan selain Allah..

batang pokok  pula saya andaikan sebagai rukun2 iman. yang enam tu.
 
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar
 
 sebab Allah maha berkuasa, Dia mampu mencipta malaikat, Al- Quran dipelihara kesuciannya, Para Rasul diutuskan untuk memberi peringatan, Pengetahuan tentang hari kiamat milik Allah sahaja. 
 
dari batang tu, ke ranting2 pulak, ranting2 tu saya ibaratkan sebagai rukun2 Islam.
 
(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat

kadang2, kedudukan rukun iman dan rukun islam tu, saya lebih suka kategorikan dengan batang pokok.. tapi, nanti, untuk ranting, saya mungkin akan pergi broader lagi macam fardhu ain dan fardhu kifayah... tapi, saya nak make it simple, so, bagi 

ranting2 saya andaikan ianya sebagai amal ibadat yang mana skopnya perlu dilihat secara meluas.

kemudian, daun2 dan buah tu, saya andaikan sebagai akhlak... umumnya, buah mampu mengenyangkan, daun lak menukarkan karbon dioksida kepada oksigen. koklusinya, buah dan daun2 memberi manfaat.. macam tu juga akhlak kita.. akhlak kita patutnya memberi manfaat kepada orang lain... macam na akhlak Rasulullah s.a.w....

so, mana saya letakkan ISLAM?????

Saya gambarkan ISLAM tu adalah pokok macam gambar di atas.. Sempurna kan...  Nampak indahkan?? Kehijauan daunnya...Pelbagai warna buahnya yang boleh dianalogikan dengan pelbagai kaum, bangsa dan warna..

yang saya tulis kat atas ni, saya x terang pun kat student2 tu.. sebab, diorang ada abg dan akak fasi untuk terangkan, so, saya x nak kacau keja diorang.

cuma, saya ada cakap, kalau diorang letakkan ISLAM kat akar, kalau kita cantas ranting, ada nampak cacat x kat ISLAM tu???? x kan??? Sebab bagi yang letakkan ISLAM sebagai akar, nampak ISLAM tu macam tersembunyi... Macam saya tulis kat atas tu, daun n ranting tu ibadat dan akhlak.

contoh:
seorang umat islam minum arak di khalayak atau mencuri. perilaku dia kan memburukkan nama ISLAM kan???

so, macam contoh diatas, perilaku individu merosakkan nama ISLAM kan.. sebab tu saya lebih selesa membayangkan Islam tu sebagai sebuah pokok.

tapi, x sure la sama ada mereka dapat tangkap or tak...huhuhuhu..

Apa yang saya nak sampaikan, saya sebenarnya nak mereka memandang ISLAM itu secara UMUM, bukan secara SPESIFIK... Rata2 orang memandang secara spesifik, tanpa menyedari bahawa perilaku mereka juga membawa imej ISLAM....

Risau sebab sekarang, ramai Muslim yang kadang2 x menjaga akhlak, perilaku... Sedangkan, ramai tahu bahwa antara tugasan Rasulullah adalah mengajar tentang akhlak.
 
Sama- samalah kita berpeganglah teguh pada Al- Quran dan Sunnah..
Moga Allah membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya..
maaf kalau ada tak faham.. sama2 kita mohon doa agar kita faham..amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...