About this Blog

This blog is created as a medium to sharing my thought, my life and to write anything i want...
I will try to add some useful information in this blog...
Let's assume this blog as a medium of learning...

I bear witness that there no other God except Allah, and , I bear witness that Muhammad (pbuh) is a servant of Allah and His Messenger...

Monday, December 6, 2010

“Masalah keruntuhan moral dalam kalangan remaja dan cara-cara mengatasinya”




Sejak akhir-akhir ini negara kita dering dihidangkan dengan pelbagai cerita mengenai keruntuhan moral dalam kalangan remaja yang semakin menjadi-jadi pada masa kini. Cerita ini seringkali diperutarakan oleh media elektroik dan media cetak. Boleh dikatakan ini ialah isu semasa yang hangat serta menjadi tumpuan media cetak dan elektronik. Masalah ini seringkali terpampang di muka hadapan akhbar-akhbar utama di negara kita.hal ini telah mewujudkan masalah antara ibu bapa dan guru yang saling menuding jari antara satu sama lain mengenai masalah keruntuhan moral yang melanda remaja kita yang semakin menjadi-jadi.

Dewasa kini, kita melihat keruntuhan moral dalam kalangan remaja dari segi pemakaian mereka yang seringkalai dipertikaikan kerana kebanyakkan remaja masa kini seringkali mengambil idola mereka dalam kalangan artis-artis dari luar negara dan artis dari muzik underground yang telah lama bertapak di negara kita. Apabila kita melihat cara pemakaian mereka kita pasti akan teringat dengan satu perumpamaan melayu “seperti rumput di tepi jalan” yang bermaksud kehidupan yang susah kerana mereka seringkali memakai seluar yang terkoyak bagi lelaki dan perempuan pula sering memakai pakaian yang singkat dan mendedahkan aurat. Cara pemakaian melambangkan budi pekerti seseorang sama ada dia seorang yang elok budi pekerti atau buruk budi pekerti melalui pandangan masyarakat.

Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan satu gejala gangsterisme atau samseng yang sudah tersebar dengan cepatnya dalam kalangan remaja. Sepertimana kita ketahui, seorang remaja yang berusia 14 tahun telah dipuku sehingga ceder parah oleh sekumpulan pelajar yang berumur 16 tahun kerana enggan menyerahkan wang sebanyak RM 5 ringgit kepada mereka. Apabila kita melihat dari segi logic akal, wajarkah dia dipukul seteruk itu hanya kerana not kertas yang bernilai RM 5 ringgit? Gejala ini menular kepada kalangan remaja melalui slot-slot rancangan television yang banyak menayangkan rancangan yang mempamerkan banyak aksi-aksi berlawan, bertumbuk dan sebagainya.

Keruntuhan moral remaja seterusnya pula dari segi percakapan seharian yang dituturkan  oleh remaja. Para remaja zaman kini seringkali menggunakan bahasa yang agak kasar dan perkataan yang tidak sopan dalam kalangan mereka sendiri. Pada zaman teknologi ini, telefon bimbit menjadi satu alat komunikasi yang mempengaruhi remaja melalui system pesanan ringkas atau SMS. Para remaja sering mencampurkan bahasa seperti “kita nak pergi mana after this class”. Dan sekarang isu mengenai percakapan yang menggunakan bahasa yang seringkali merka gunakan apabila menghantar sms boleh dianggap satu isu yang boleh mengancam penggunaan bahasa melayu yang sedia ada. Sepertimana kata-kata hilmat yang berbunyi “hilang bahasa, lenyaplah bangsa”.

Gejala ini boleh diatasi jika ibu bapa tidak melepaskan tanggung jawab mendidik anak-anak mereka hanya kepada guru semata-mata. Sebaliknya, ibu bapa perlulah mengawasi kegiatan luar anak-anak secara menyeluruh agar mereka tidak akan terjebak dengan kegiatan yang boleh merosakkan mentaliti dan sikap anak masing-masing. Dalam hal ini, ibu bapa tidak sepatutnya mengharapkan guru sahaja kerana mereka mempunya beberapa tanggungjawab lain yang perlu dijalankan di sekolah. Seelok.eloknya ibu bapa perlu meluangkan masa dengan anak-anak mereka dan sentiasa mengambil berat tentang pelajaran mereka.

Dalam hal ini, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam membendung gejala ini dari berleluasa. Pihak sekolah mestilah menggunakan pendekatan mesra pelajar bagi menarik minat mereka untuk ke sekolah. Peningkatan kes ponteng dan gejala gangterisme dalam kalangan pelajar sekolah adalah disebabkan oleh perubahan psikologi mereka. Daam hal ini, guru hendaklah bersifat terbuka dan tidak terus menghukum pelajar secara terburu-bur. Dan di sini saya ingin mengemukakan penyataan wakil dari University of Oxford yang mengatakan “Teacher is the second person after their parents who very important to set up their live in the future” dalam pertandingan debat yang diadakan di Putra World Trade Centre.

Kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam menghalang gejala ini daripada merebak dengan menapis rancangan yang tidak sesuai dengan keadaan masyarakat di negara ini. Cara ini dapat mengurangkan gejala seperti ini dari merebak. Kerajaan haruslah mempertingkatkan kesedaran melalui kempen kesedaran yang selalu diadakan setiap tahun. Kerajaan tidak seharusnya lepas tangan mengenai isu ini. Kerajaan seharusnya bermula dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah bak kata peribahas kita “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Remaja hari ini merupakan asset yang tidak ternilai kepada negara. Jatuh bangunnya sesebuah negara pada masa hadapan bergantung kepada generasi muda yang dianggap sebagai pemangkin pemerintahan negara pada masa akan dating. Oleh itu, remaja pada hari ini haruslah memperlrngkapkan diri masing-masing dengan ilmu pengetahuan yang tinggi agar dapat bersaing dengan masyarakat luar. Selain itu, pembinaan sahsiah yang tinggi harus juga sentiasa dipupuk dari semasa ke semasa agar apa yang dihasratkan nanti akan dapat dicapai dengan jayanya. Seperti kata-kata orang bijak pandai “umat yang maju bermula dari individu yang berilmu”


Inilah karangan Bahasa Melayu saya semasa berada di tingkatan 4. Bertarikh 17 februari 2005 (khamis). Malam ini, senganja saya cari balik benda-benda lama dan terjumpalah buku latihan saya. Semasa tengah menulis balik karangan ni, ada juga rasa lucu. Ya lah, karangan 5 tahun lepas. Saya pun tak faham sangat apa yang saya tulis. Pandangan saya sendiri terhadap karya saya ni, saya banyak mengulang-ulang ayat, susunan yang kacau-bilau, tatabahasa yang agak salah…hehehehhe…. Em, karangan ni saya senganja nak upload dan harap jangan copy sebiji-biji sebab tak berapa betul sangat. Kalau sekadar nak olah idea yang saya ketengahkan kepada terjemahan yang lebih baik, saya ok ja…hehhehhehhe… ah, dalam karangan ni saya tulis dalam kalangan wlaupun dalam karangan asal (dalam buku) saya tulis di kalangan. Saya ubah sebab nak biasakan diri coz yang betul adalah dalam kalangan, bukan, di kalangan… enjoy urself.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...