About this Blog

This blog is created as a medium to sharing my thought, my life and to write anything i want...
I will try to add some useful information in this blog...
Let's assume this blog as a medium of learning...

I bear witness that there no other God except Allah, and , I bear witness that Muhammad (pbuh) is a servant of Allah and His Messenger...

Monday, December 6, 2010

Isu Tarif Air di Selangor

Tajuk akhbar yang menarik perhatian saya hari ni adalah demonstrasi air yang melibatkan 4000 orang dan ke atas di Selangor..... soalan pertama, wajarkah gejala demonstrasi ini?? soalan kedua, apakah faktor yang menyebabkan gejala ini berlaku?? soalan ketiga, apa rasionalnya gejala demo ni?????

hum....dah semakin pening dengan orang sekarang....dulu tentang ANWAR, ISA dan lain2......asal tak puas hati ja, buat demo.....mogok....macam ni ka mentaliti rakyat kita???? tahu mereka dah buat memorandum untuk tarif air tu.... tapi, kenapa perlu ada demo?????? apa rasionalnya demo tu????? hum..... bukan Malaysia (kerajaan, pembangkang, rakyat, polis dan lain2) tak bagi berdemonstrasi.... tapi, ada syarat-syaratnya..... polis dah tetapkan dah syarat-syarat tu.....

hum.... apa nak jadi dengan kita ni...lama-lama demo tu jadi pula budaya kita..... adoi....ni baru saya yang fikir.... kalau kita jadi Perdana Menteri nanti, bukan benda ni ja kita nak kena fikir... banyak benda lagi... contohnya, ekonomi negara, keadaan rakyat, hubungan dengan negara lain, masalah sosial dalam kalangan rakyat, masalah antara parti, masalah-masalah lain lagi... cuba kita renungkan sebentar... senang tak kerja jadi pemimpin????? payah kan???? kita bukan kena fikir dalam sudut micro, tapi kena fikir dalam sudut macro....


sebelum teruskan lagi, jom kita baca dulu keratan akhbar ni...

Berita Harian 
KUALA LUMPUR: Polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan lebih 4,000 peserta perhimpunan haram yang berkumpul di Masjid Negara semalam bagi membantah pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).
Tindakan itu dilakukan selepas sebahagian besar penunjuk perasaan yang memakai baju merah dikatakan tidak mematuhi arahan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) supaya bersurai pada jam 2 petang.
Keadaan menjadi semakin kecoh apabila ada segelintir penunjuk perasaan bertindak membaling batu ke arah anggota FRU yang membuat sekatan di Jalan Sultan Hishammuddin di depan bangunan Keretapi Tanah Melayu Berhad, di sini sehingga memaksa FRU melepaskan gas pemedih mata.

Perhimpunan yang diketuai oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu bagi membantah pengurusan SYABAS yang dikatakan menaikkan tarif air di Lembah Klang dan meminta supaya pengurusan air Selangor di serahkan kepada kerajaan negeri.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata polis menahan 48 orang termasuk seorang wakil rakyat pembangkang untuk siasatan dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis petang semalam selepas selesai mengambil keterangan.

“Pihak polis sudah berunding dengan Abdul Khalid supaya tidak berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum selepas polis sedia mengiringinya ke istana dan beliau bersetuju, tetapi disebabkan tindakan agresif sebahagian penunjuk perasaan memaksa polis melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan meriam air bagi menyuraikan keadaan,” katanya di sini, semalam.
“Sebelum itu, polis mengarahkan mereka bersurai tetapi mereka enggan bersurai dan ada segelintir penunjuk perasaan yang bertindak membaling batu ke arah anggota kita menyebabkan kita bertindak demikian,

Beliau berkata, satu lagi perhimpunan diadakan di Stadium Merdeka oleh Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) pada jam 11 pagi membabitkan 150 orang, namun tiada sebarang kekecohan yang berlaku.

Abdul Khalid kemudian menyerahkan memorandum itu kepada wakil Istana Negara untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, pada jam 2.15 petang.

Turut mengiringi Abdul Khalid, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali dan beberapa Exco Selangor.

oleh sebab tak nak panjangkan lagi post saya kali ni dengan copy dan paste keratan berita, saya sediakan link untuk isu ni la....

Suara KeADILan
Harakah
the Star

baca lah kenyataan dari akhbar ni...kemudian, ambil la masa sejenak untuk berfikir......patutkah gejala ini menjadi budaya rakyat Malaysia?????

ok, post saya kali ni bukan nak mempolitikkan isu air ni....sory ya....kalau boleh, saya nak neutral..... x nak berpihak kepada mana-mana pihak...mungkin apabila pembaca sekalian membaca pandangan saya nanti ingat saya ni pro kerajaan.... saya cuma bimbang dengan sikap kita.....

jawapan untuk 3 soalan saya di atas tu...

bagi saya, saya rasa tak wajar sangat gejala demo ni.....akan bawa banyak masalah....contohnya, kesesakan lalu lintas, memberi imej buruk kepada pelancong asing, memberi contoh yang tak baik kepada kanak-kanak.....terfikirkah kita????? bila kita buat demonstrasi tu, dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas kan?????? masa kesesakan tu berlaku, mungkin ada pengguna jalan raya yang lewat untuk pergi temujanji, mungkin ada yang tengah sakit dan nak pergi hospital, mungkin ada yang nak catch flight, mungkin ada yang nak ambil exam....dan macam2 kemungkinan lagi..... tentang imej pula....bila buat demo kat tempat macam tu, mungkin banyak pelancong asing sedang melihat telatah kita kan????? mungkin mereka mampu tersenyum melihat rakyat malaysia buat macam tu.....fikirlah sendiri tentang ni.... gejala ini juga menjadi contoh yang tidak baik bagi anak- anak kita (walaupun saya masih lagi belum berkahwin), bila anak- anak kita tengok kita buat demo, dalam minda mereka dah wujud dah pemikiran yang menganggap demo ni jalan penyelesaian bagi isu-isu tertentu....mereka mungkin terpengaruh dengan tindakan kita dan tidak menggalakkan anak-anak kita berfikir alternatif lain untuk selesaikan masalah tu... fikir lah sendiri....


faktor yang menyebabkan gejala ni berlaku mungkin kerana lemahnya mentaliti kita dalam menganalisa isu, suka bertindak terburu-buru, suka mencari publisiti murahan, tak suka nak cari alternatif lain dan mudah mengikut orang....ada sesetengah orang yang suka mengambil kesempatan, kenaikan secara mendadak dan lain-lain...ni ja faktor yang mampu saya fikir sekarang....mungkin ada banyak faktor lain lagi... tapi, kalau naik secara berperingkat pun , orang kita mungkin demo juga,..ni tak masuk lagi faktor luaran dari isu ni....masalah kontraktor kita yang x amanah, yang tak buat kerja dengan betul, ada yang mencuri besi dan jual dan lain2..huhuhuhuhu.... kita fikirlah sendiri tentang nasib bangsa kita....


bukan kita tak boleh berdemonstrasi tu, boleh, tapi, demo la cara elok2..... demo la secara aman....polis dah buat sekatan kat situ coz x bagi lebih dari had yang polis buat sekatan tu...polis buat sekatan tu mungkin ada sebab, mungkin kalau lebih dari sekatan tu jalan akan sesak teruk, tak pun tengah ada program penting ke apa ke, dan lain2.... yang kita nak pi rempuh tu buat apa????? sebab tu la polis guna gas pemedih mata dan lain-lain.... kita sendiri yang cari pasal....hum...lepas tu salahkan polis... kalau polis tak buat macam tu, rasa-rasanya, sampai la kat istana negara tu.....ntah2, x pasal- pasal, teruk lak keadaan....tak pasal-pasal istana negara jadi kecoh... lepas tu, jadi pula tajuk panas akhbar esok..... paper asing pun turut ada juga berita tu...tak ke malukan diri sendiri?????


hum, banyak lagi ni nak cakap...ada pula sesetengah orang tu puji gejala ni...buat apa nak dipuji?????kalau puji macam kita menggalakkan depa buat gejala ni selalu ja..saya nak buat contoh la, ada la seorang tu mencuri dari orang yang kedekut, ala-ala robin hood macam tu la....pastu kita lak asyik sokong dia....kita tahu yang mencuri tu salah, tapi sebab dia mencuri tu untuk tolong orang miskin, kita tolong dia.....ni lah matlamat menghalalkan cara....tanpa kita sedar, kita sendiri lakukannya......hum... bukan nak mengata, tapi tu la pandangan saya.... reminder untuk saya juga....


marilah kita sama-sama fikir untuk bangsa kita....rakyat kita...jatuh naiknya sesebuah negara kerana akhlak....
em, harap berkongsi pandangan....Thanks...


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...