About this Blog

This blog is created as a medium to sharing my thought, my life and to write anything i want...
I will try to add some useful information in this blog...
Let's assume this blog as a medium of learning...

I bear witness that there no other God except Allah, and , I bear witness that Muhammad (pbuh) is a servant of Allah and His Messenger...

Saturday, December 4, 2010

Nasib Melayu di Bumi Melayu ( Bahasa Melayu)


Nasib Melayu di Bumi Melayu
Buku ini adalah karya seorang penceramah, seorang ahli akademik dan seorang umat Islam. Beliau berdarah daging keturunan Cina, tetapi semangatnya untuk membela nasib Melayu telah menarik hatiku. Beliau adalah Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Saya membeli buku ini pada 28 November yang lepas. Tertarik dengan ringkasan buku tersebut dan juga kerana kesedaran saya sebagai seorang pemuda berbangsa MELAYU. Mungkin bagi sesetengah orang, first impression apabila membaca tajuk buku ini adalah “tak lain tak bukan nak mengutuk melayu la tu”. Kalau macam ni la persepsi masyarakat melayu sekarang, saya harap kita sama2 berubah dan cuba mencari cara untuk mengubah diri kita.

Walaupun saya baru membaca sehingga Bab 3, tetapi, sudah cukup untuk mengajak saya berfikir sejenak. Isi kandungannya padat, berinformasi dan menyedarkan saya. Bagi pendapat saya sendiri, buku ini harus dimiliki oleh setiap orang tanpa mengira agama, kaum, keturunan dan kerjaya.

Beliau banyak berbicara tentang simpatinya terhadap kaum Melayu. Indahnya pekerti beliau. Itulah Islam.. Akhlak seperti ini yang dianjurkan dalam Islam. Terdetik di hati saya untuk berbicara tentang keadaan Melayu sekarang. Beberapa orang Melayu yang betul-betul melayu??? Melayu yang mengamalkan budaya timur yang indah?? Remaja Melayu sekarang masih bersopan santun????? Remaja melayu sekarang masih sedar akan identity mereka atau mereka sekarang dalam situasi kekeliruan identiti???

Apabila melihat situasi Melayu dan remaja Melayu pada masa kini, saya mula melihat Melayu mulai kehilangan identiti. Masalah kehilangan identiti ini amatlah serius kerana akibatnya mungkin mampu melenyapkan bangsa Melayu dari dunia ini. Lenyap ditelan zaman. Semakin hari semakin dilupai. Cuba berfikir sejenak, apakah yang kita rasai apabila kita tiada lagi identiti untuk dibanggakan????

Melayu mudah lupa. Kata-kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, seringkali bermain di minda saya. Ada ketikanya saya menentang “statement” beliau, ada ketikanya saya menyokong “statement” beliau. Apabila difikirkan, beliau hanya meluahkan kebimbangan beliau terhadap nasib Melayu. Tetapi, majority Melayu masih lagi tidak dapat menangkap maksud itu. Apabila saya semakin matang, menempuhi banyak perkara, saya mula menyokong kata- kata beliau. Kata-kata beliau bukan bermaksud untuk memperlekehkan Bangsa Melayu tetapi sebaliknya cuba memprovokasi mentality Melayu untuk berubah. Untuk membuktikan bahawa kata-kata beliau salah. Tetapi, bangsa Melayu masih lagi leka diulit mimpi.

Sebelum ini hangat dengan isu pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Ada sesetengah pihak menentang usul ini dan memanipulasikan keadaan dengan mengetengahkan hujah untuk mendaulatkan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi suatu alat untuk menentang pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Saya tidak nampak pula relevannya pembelajaran subjek ini dalam bahasa Melayu dan apa kelebihannya dalam Bahasa Melayu. Saya lebih setuju jika subjek itu diajar dalam Bahasa Inggeris kerana mampu meningkatkan daya saing kita. Apakah bahasa yang digunakan di pusat pengajian tinggi untuk mengajar subjek Matematik dan Sains ini??? Majoritinya diajar dalam Bahasa Inggeris. Fikirlah sejenak. Saya bukan hendak mengagung- agungkan bahasa Inggeris, tetapi saya lebih suka memandang jauh ke hadapan berkaitan dengan masalah yang bakal dihadapi oleh para pelajar kita apabila mula melangkah kaki ke pusat pengajian tinggi.

Sebenarnya kita sendiri yang menjatuhkan Bahasa Melayu itu. Perdebatan tentang pembelajaran Sains dan Matematik adalah sesuatu yang sia-sia. Hujah yang paling selalu diutarakan adalah untuk mendaulatkan Bahasa Melayu. Bagaimana kita hendak mendaulatkan Bahasa Melayu jika bangsa Melayu itu sendiri tidak pernah bangga apabila bercakap bahasa Melayu? Sebagai contoh kenyatan Sharifah Amani suatu ketika dahulu yang secara terang-terang cakap “she looks stupid when speaking Malay”. (In 2006 at the 19th Malaysian Film Festival, when accepting her award as Best Actress she said “I sound, like, stupid, if I speak Malay, so I’ll speak English”.[11] She later claimed that she was misquoted when her statement was translated by the Malay media). Kenyataan ini saya ambil dari Wikipedia. Kita analisa situasi remaja sekarang yang terdedah kepada perkembangan teknologi maklumat dan dunia alam maya. Kebanyakan remaja sekarang lebih suka mencipta tren sendiri contohnya penambahan “w” di hujung ayat seperti jew, kew, lew, taw dan lain-lain lagi. Adakah ini Bahasa Melayu? Ayat seperti itu banyak digunakan dalam SMS. Berapa kerat bangsa Melayu sekarang yang meminati puisi, sajak, pantun dan sastera melayu yang lain? Remaja kita kebanyakan lupa akan keindahan sastera Melayu yang menjadi identiti bangsa Melayu suatu ketika dahulu.

Remaja kita sekarang hanyut dalam buaian keseronokan yang seringkali didendangkan dengan irama dari Barat baik dari segi cara hidup, pakaian, pergaulan social, ekonomi dan mentaliti. Remaja kita dijajah mindanya, disuapkan dengan keseronokan cara hidup yang terbuka, dididik dengan konsep kebebasan yang melampau dari barat. “Freedom has its own limit” adalah kata-kata yang selalu saya fikirkan. Kita terlampau bebas untuk bersuara, bebas untuk menentang dan bebas untuk menyebrkan keburukan. Kebebasan jika disalah guna, padah akibatnya. Tetapi berapa orang saja yang sedar akan hal ini?

Berbalik kepada pengajaran Sains dan Matematik. Mengapakah kita bersusah payah menentang agar diajarkan dalam Bahasa Melayu sedangkan kita tak pernah pula bersusah payah untuk menarik minat generasi muda mencintai bahasa Melayu? Jika kita lihat sekarang ni, ada sahaja pelajar melayu yang masih lagi tak dapat menguasai Bahasa Melayu sedangkan ada pelajar berbangsa India dan Cina Berjaya mendapat A dalam subjek bahasa Melayu dan yang paling memalukan ada pelajar melayu yang gagal subjek bahasa Melayu. Kenapa hal sebegini berlaku? Ego. Banggakan diri. Tidak sedarkan diri. Malas. Mengambil mudah. Inilah antara sebab-sebab mengapa pelajar melayu gagal dalam subjek bahasa melayu. Masyarakat kita menganggap bahasa Melayu itu mudah kerana mereka sendiri melayu dan bagi mereka bahasa melayu itu senang sahaja. Persepsi yang sering bermain di minda masyarakat melayu “Ala, bahasa melayu ja pun. Kalau tak belajar pun boleh dapat A”, “Aku melayu, tak kan aku tak tau bahasa aku sendiri”. 

Tambahan pula, Bahasa Melayu tidak diajar setiap hari di sekolah-sekolah. Maksud saya adalah dalam seminggu, hanya beberapa hari sahaja guru Bahasa Melayu mengajar Bahasa Melayu. Betul tak???tegur saya kalau saya salah. Macam mana nak memartabatkan Bahasa Melayu kalau macam ini lah situasinya??? Siapa yang patut dipersalahkan???? Tapi, lain pula situasi kalau kita menyarankan agar Bahasa Melayu diajar setiap hari. Antara reaksi yang dapat saya jangkakan, mungkin ada tentangan dari pelajar sendiri, ibu bapa dan mungkin juga guru. Kenapa saya berkata sedmikian??? Kalau kita ajar Bahasa Melayu setiap hari, bermaksud, kita kena tambah waktu pembelajaran dan waktu persekolah mungkin dilanjutkan sehingga pukul 2. Ini pendapat saya lah. Daripada situasi ni, pelajar mungkin akan merungut “letih”, “tak larat”, dan macam-macam lagi. Apabila keadaan ini berlaku, secara tidak langsung, ibu bapa turut merasai tempiasnya. Kemudian, pada mesyuarat tahunan sekolah, ibu bapa akan membantah tindakan ini. 

Siapa yang ingin berkorban untuk mendaulatkan Bahasa Melayu???? Bukan niat saya untuk mengatakan semua bangsa Melayu tak sanggup berkorban. Ada segelintir yang berkorban untuk mendaulatkan bahasa Melayu, tetapi, mentaliti masyarakat melayu masih lagi di tahap yang membimbangkan. Renungkanlah bagaimana corak pemikiran masyarakat melayu sekarang. 

Melayu sendiri yang memandang rendah Bahasa Melayu itu sendiri. Ada pelajar melayu sendiri yang tak tahu menulis dalam melayu. Kadang-kadang pelajar melayu ni main tulis ja tanpa ambil kisah tentang tatabahasa.(terasa pula kat diri sendiri)…. Ada juga Bangsa Melayu sendiri yang terbiasa dengan perkataan sebegini “ambik, ambek,” sedangkan perkataan yang betul adalah “ambil”. Saya tak kisah kalau bahasa tu digunakan dalam SMS sahaja, tetapi kalau dah sampai terbawa-bawa ke dalam penulisan… hum…kadang-kadang saya pun terbiasa macam apa yang saya kata kan di atas tu…huhuhuhuhu…

Entri kali ni lebih kurang untuk mengingati saya sendiri la…. Ini sahaja lah coretan saya.. sebagai peringatan kepada saya dan pembaca lain… merenungi kesalahan kita sebelum menuding jari ke arah orang lain adalah sesuatu yang patut kita praktiskan. Minta maaf jikalau luahan minda saya ini seperti mengutuk bangsa sendiri…ada juga contoh-contoh yang saya bagi adalah dari sudut negatif, tetapi saya terpaksa member yang negatif sebagai bahan untuk menyedarkan kita. Antara contoh-contoh tersebut adalah pengalaman saya, pemikiran saya dan juga hasil pemahaman daripada karya-karya orang lain.

Sumber-sumber rujukan
Pemerhatian terhadap situasi semasa dan sekeliling.
Pengalaman sendiri.
Nasib Melayu di Bumi Melayu karya Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Utusan Malaysia, Blog-Blog, facebook.wikipedia....

2 comments:

entah sape2 said...

assalamualaikum....
mintak maaf ....sekadar komentar dari ntah sape2....
melayu memang macam nie dari dlu lg...x menghargai bahasa sendiri...
kalau kita baca balik dalam "Hikayat Abdullah"....melayu memang perangainya macam ni...aku rasa ko kene baca jugak buku y aku sebutkan ni....

hafeez said...

thanks for the coment.....ok, saya mungkin akan cuba cari juga buku yang anda syorkan tu...thanks 4 da info ek....:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...