About this Blog

This blog is created as a medium to sharing my thought, my life and to write anything i want...
I will try to add some useful information in this blog...
Let's assume this blog as a medium of learning...

I bear witness that there no other God except Allah, and , I bear witness that Muhammad (pbuh) is a servant of Allah and His Messenger...

Thursday, December 16, 2010

ERTI CINTA




Cinta.

Ada ketikanya manis….
Ada ketikanya masam….
Ada ketikanya suka….
Ada ketikanya benci…..

Cinta

Kadangkala dianggap anugerah paling berharga
Kadangkala dianggap perangkap yang paling berbahaya
Kadangkala ditafsirkan sebagai pendorong hidup
Kadangkala ditafsirkan sebagai  pembawa penyakit

Cinta.

Cinta itu buta
Cinta itu suci
Cinta itu anugerah daripada Illahi
Cinta itu ikhlas
Cinta itu selamanya abadi
Cinta itu pemberian sekeping hati

Cinta.

Inginku mencoretkan maksud cinta yang mampu mengoyahkan hati seorang wanita….
Inginku memberikan pengalaman cinta yang tak mampu dilupuskan dari ingatan seorang wanita
Inginku ucapkan madah cinta yang mampu menghantui fikiran seorang wanita….
Inginku berikan sepenuh cintaku hanya untuk seorang wanita yang aku cintai…
Agar wanita itu menjadi pemilik kekal hatiku….

Tetapi,

Cintaku bukan untuk kebahagiaan seorang wanita
Cintaku bukan untuk kegembiraan seorang wanita…
Cintaku bukan milik seorang wanita…..
Cintaku sukar dimiliki….

Kerana..

Cintaku telah ku berikan kepada Pencipta-Ku…
Cintaku telah ku berikan kepada kekasih Pencipta-ku….
Cintaku telah ku wariskan untuk kedua ibu bapa ku….
Cintaku telah ku simpankan untuk keluargaku….



Maafkan aku wahai wanita,

Kerana aku tidak mampu menyayangi mu sepenuh hati ku
Kerana kau terpaksa berkongsi cintaku…
Kerana kau tidak dapat melalui pengalaman manisnya bercinta….
Kerana kau tak mungkin menduduki takhta hatiku….

Jika kau ingin merasai cintaku,

sudilah kau berkongsi cintaku,
sudilah engkau bersusah payah dengan ku,
sudilah engkau bertoleransi dengan cemburu mu,
sudilah engkau mencintai ku hanya kerana Pencipta kita,
sudilah engkau mencintai aku seperti mana aku mencintai mu,
sudilah engkau membelanjakan hartamu ke jalan yang diredhai,
sudilah engkau menjaga keindahan rupa paras dan akhlak mu,
sudilah engkau berpegang teguh dan saling menasihati antara satu sama lain agar kita sentiasa di jalan yang lurus,
sudilah engkau menjadi sebahagian diriku dan sama-sama dengan ku mencintai Pencipta dan kekasih Pencipta kita, Ibu bapa dan keluarga kita.

Andai engkau menjadi isteri ku, Ingatlah bahawa,

Bukan aku tidak mampu mencintai mu sepenuh hatiku,
Bukan niatku untuk berkongsi cinta ku,
Bukan niatku untuk merampas kebahagiaan cinta mu,
Bukan niat ku untuk menghalang mu dari menjadi permaisuri hati ku….

Namun, ingatlah.

Cintaku bukan cinta buta….
Cintaku bukan hanya manis di bibir…
Cintaku bukan sekadar untuk kegembiraan mu seorang….
Cintaku adalah untuk Pencipta dan kekasih Pencipta ku…..

Ku harap kau mengerti apa yang ingin ku sampaikan….
Ku harap kau bersependapat dengan ku…
Ku harap kau mencintai Pencipta-mu sepenuh hati mu….
Aku tidak mengharapkan kau mecintai ku sepenuh hatimu…


Bersyukurlah wahai kasihku,

Aku akan menyimpan satu ruang yang penting untukmu andai kau menjadi isteri ku..
Ruang yang mampu memberimu manisnya cinta bersyariat
Ruang yang mampu memberi mu kebahagiaan hidup bersyariat
Ruang yang ku khususkan kepada mu sebagai penasihat hatiku
Ruang yang mampu melengkapkan kekurangan ku
Ruang yang mampu menyokong ku di kala ku memerlukan sokongan
Ruang untuk ku meluahkan kesedihanku
Ruang untuk ku berkongsi kegembiraanku
Ruang untuk ku terhibur dengan gelagatmu
Ruang untuk ku menyayangi mu
Secara konklusinya, aku ingin kau memenuhi setiap ruang kosong dalam kehidupanku….
Dan izinkan juga aku untuk memenuhi setiap ruang kosong dalam kehidupanmu…
Engkaulah teman hidupku, dan aku adalah teman hidupmu…..






Definisi cinta dari perspektif ku… definisi cinta yang rumit dari benak minda ku… definisi cintaku yang ku harapkan….nukilan Erti Cinta ini adalah nukilan ku di kala aku keseorangan…nukilan ini telah ku hasilkan pada 15 Disember 2010 dalam pukul 11.50 pm sehingga pukul 1 pagi…. Nukilan ku ini idea dari fikiran ku tentang manisnya gula pada petangnya…. Pada mulanya inginku nukilkan suatu erti cinta yang lucu yang berkaitan dengan gula dan diabetes..... Namun, kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan segalanya…. Untuk mengkritik tulisan ku sendiri, aku merasakan aku masih lagi belum bijak untuk menghuraikan erti cinta….idea yang ingin ku ketengahkan adalah cinta pada Allah, Rasulullah, ibu bapa dan seterusnya cinta yang ku simpan untuk keluarga yang bakal aku dirikan… aku cuba untuk menyampaikan bahawa, seorang wanita mampu untuk memperoleh cinta yang setanding cinta Romeo dan Juliet, Shah Jahan dan Mumtaz, Beauty and the beast dan kisah-kisah cinta lain yang acapkali bermain di mulut remaja….aku ingin menerapkan idea cintakan Allah dan Rasullullah mampu memberikan cinta yang suci…cinta yang mampu mengalahkan kisah cinta Barat dan mengagungkan kisah cinta antara Muhammad dan Khadijah, kisah cinta antara Sulaiman dan Puteri Balqis. Aku cuba mencipta suatu definisi cinta yang rumit, tetapi mudah difahami remaja sekarang….tetapi, aku masih lagi belum mampu untuk berbuat sedemikian…

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...