About this Blog

This blog is created as a medium to sharing my thought, my life and to write anything i want...
I will try to add some useful information in this blog...
Let's assume this blog as a medium of learning...

I bear witness that there no other God except Allah, and , I bear witness that Muhammad (pbuh) is a servant of Allah and His Messenger...

Wednesday, November 23, 2011

Sepetang Bersama Honey Lemon Tea (1)

Tempat : Bookerz Lounge Cafe, IIUM Gombak
Masa    : 5.10 petang sehingga 6.30 petang
Tema    : An Evening with Book and Honey Lemon Tea.
Perbelanjaan: RM 1.80/ a cup of Honey Lemon Tea.


 Hari ini, sekali lagi langkah kaki ini menuju mencari secawan teh untuk mengurai kekusutan di minda dan teknologi ditinggalkan...
Sudah hampir 3 atau 4 hari saya tidur lewat pagi, dalam pukul 3 hingga ke 4 pagi. Menyiapkan tugasan yang tertangguh.... Kemudian, kelas seawal 8 - 9 pagi dan berterusan hingga ke malam.. Padahal, saya dinasihatkan agar berehat... Tetapi, entah kenapa diri ini terasa begitu aktif sekali.. Walaupun saya hanya sempat tidur, 2-3 jam sahaja, namun, saya masih dapat mengharungi hari seharian saya dengan penuh bersemangat... Ya, inilah keadaan saya semasa saya mengambil 21 credit hour sem lepas... walaupun agak banyak dan sibuk dengan meeting dan pelbagai hal lagi. Namun, saya berasa tenang menyedari aset yang tak mungkin saya miliki walaupun berapa tinggi harga yang saya tawarkan, tetapi, aset ini datangnya diketahui, lenyapnya tak disedari... Aset yang saya maksudkan adalah MASA yang dikurniakan oleh ALLAH untuk setiap hambaNya, namun hanya segelintir sahaja yang menyedari... Bahkan, saya juga adakalanya tergolong dalam golongan yang lalai... Moga diteguhkan hati kita untuk menggunakan sebaik-baiknya aset yang telah dikurniakan oleh Pencipta kita..Amin...


Hari ini, saya sekali lagi menyambung pembacaan saya dengan Bab yang ketiga. Apa yang diceritakan oleh penulis adalah tentang penjajahan Jepun di Singapura, dan bagaimana kemakmuran dan kemewahan hilang dalam sekelip mata... Bagaimana suatu kaum yang diagungkan kerana keberaniannya sebenarnya hanya pengecut... Apa yang dimaksudkan adalah tentera British yang hanya manis bermain kata2....

Ketika membaca keadaan pada zaman itu, saya agak tertarik apabila membaca tentang kisah Lee Kuan Yew berganding bahu dengan rakan nya dalam perusahaan membuat gam dan menjualnya ketika beliau menjadi broker.. Pada masa itu, ketika membaca keadaan bagaimana mereka set up bisnes dan akhirnya terpaksa berhenti akbat kekurangan permintaan, saya terpaku sejenak.. Memikirkan sebuah hdis yang sering digunakan yang mengatakan 9/10 dari rezeki datangnya dari perniagaan... Maaf kerana saya tidak tahu tentang kedudukan hadith tersebut.... Lantas saya berfikir kenapa ianya sedemikian???  Apa yang dapat saya fahami, apabila seseorang itu terlibat dalam perniagaan, dia akan sentiasa ditimpa masalah dan sebagainya... Daripada rentetan peristiwa itu, dia akan lebih analytical dalam sesuatu perkara... Dengan menghadapi cabaran dunia yang mencabar, otak seorang peniaga sentiasa berfungsi untuk menyelesaikan masalah... Tambahan pula, peniaga dapat mengenalpasti peluang2 yang tersedia dan secara tidak langsung mendidiknya menjadi seorang yang kreatif.... selain itu, dengan keterlibatan dalam bidang perniagaan dapat melatih sifat sabar dalam diri dan secara tidak langsungya dapat meningkatkan keimanan terhadap Maha Esa.


Namun, hanya segelintir sahaja dari kaum saya yang sanggup hidup susah dan sudi dilanda pelbagai masalah... Mereka lebih kepada risk averse person daripada menjadi risk taker person. Dan sikap mereka agak ketara dari hari ke hari... Namun, masih lagi kurang yang sedar akan nasib anak2 mereka yang mungkin menjadi melukut di tepi gantang... Mereka mungkin tidak lagi memainkan peranan dalam kehidupan bermasyarakat.... Kehadiran dan ketiadaan mereka tidak di ambil kisah...

Setakat ini sahaja coretan saya yang tidak seberapa...Semoga bertemu lagi...


p/s:::::  Alhamdulillah... Berjaya juga saya meluangkan masa untuk apa yang telah saya rangkakan dalam minda kurniaan Illahi.... Namun, seringkali fikiran saya diterjah, dapatkah saya meneruskan aktiviti ini sehingga dapat menjadi hobi saya atau sekadar hangat2 tahi ayam... itulah yang saya takuti..... Moga Allah sentiasa membantu saya...Amin....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...