About this Blog

This blog is created as a medium to sharing my thought, my life and to write anything i want...
I will try to add some useful information in this blog...
Let's assume this blog as a medium of learning...

I bear witness that there no other God except Allah, and , I bear witness that Muhammad (pbuh) is a servant of Allah and His Messenger...

Monday, November 21, 2011

Sepetang Bersama Honey Lemon Tea....

There will be a time for me with honey lemon tea..hoping i am able to spare that time...#recovering mode#
My FB status on Nov 17 at 11.06 am

Tempat : Bookerz Lounge Cafe, IIUM Gombak
Masa    : 5.10 petang sehingga 6.30 petang
Tema    : An Evening with Book and Honey Lemon Tea.
Perbelanjaan: RM 1.80/ a cup of Honey Lemon Tea.


Assalamualaikum... Sudah tiba masanya untuk saya mengemas kini blog saya ni ek... Seperti mana tertulis diatas, status saya tu, saya berangan la sebelum ni yang saya nak luangkan masa saya bersama buku dan Honey Lemon Tea. Secara ringkasnya, apa yang berbaik difikiran saya ketika itu adalah untuk menangani tekanan dari setiap penjuru. Dengan tugasannya, mesyuaratnya, kelasnya dan saya macam tak memberi perhatian dalam kelas dan lain2. Mungkin sebab letih.. Pada 16 Nov, selepas ja habis kelas econometrics, saya ke HKL untuk check keadaan saya yang selalu sakit kepala kebelakangan ini.. Jumpa doc, doc cakap, saya maybe stress dan dia nasihatkan saya supaya get enough rest and try tangani stress. Saya pun sedar yang saya tak ada masa untuk diri sendiri, lantas, saya memasang azam untuk meluangkan masa untuk diri saya, iaitu setiap hari isnin, selasa dan khamis di lokasi seperti di atas untuk menghirup secawan teh madu berperisa lemon dan ditemani sebuah buku. Dan yang PALING PENTING, SAYA MEMATIKAN TELEFON BIMBIT SAYA PADA WAKTU SEPERTI YANG TELAH DINYATAKAN....

Jadi, kalau ada yang menghubungi saya tetapi saya x dapat dihubungi, pandai2 lah pergi
cari saya dekat tempat di atas. Tanpa membuang masa, saya nak cerita tentang
sepetang di Bookerz Lounge. I am willing to pay a high price for a cup of tea given
the place is not crowded and always in calm situation... Cafe tu memang jarang orang lepak sebab
mahal, tetapi, itu adalah peluang kepada saya untuk merasai ketenangan di dalam hiruk pikuk kampus.
Menemani saya pada waktu itu adalah, secawan teh, dan sebuah buku tulisan Lee Kuan Yew yang bertajuk Kisah Singapura.
Kenapa saya memilih buku ini untuk dibaca? Jawapannya adalah, saya ingin mengetahui kenapa terjadinya perpecahan antara Singapura dan Tanah Melayu. Di samping itu juga, saya ingin mengetahui, bagaimana sebuah pulau yang diberi nama Singapura mampu menjadi sebuah negara yang telah mengejutkan mata dunia dalam pelbagai aspek. Bagaimana sebuah negara yang tidak mempunyai hasil pertanian yang besar bisa mengalahkan Malaysia yang kaya dengan sumber semulajadinya.... Dan saya akui, saya agak tertarik dengan negara Singapura... Selain dari itu, saya juga tertarik dengan Negara Matahari Terbit.

Saya ada membaca sebuah buku, yang mana saya lupa namanya. Di dalam buku itu ada menyatakan yang perpecahan antara Singapura dan Malaysia adalah kerana kesukaran dalam mengukur tahap ekonomi dan sumbangan daripada dua kawasan ini kepada KDNK Tanah Melayu ketika itu. Saya akan cuba cari tentang ini jika ada kelapangan..

Hari ini, saya membaca dari muka awal sehingga penghujung Bab 2. Secara ringkasnya,
menceritakan tentang Singapura secara umumnya dan juga sedikit sebanyak latar belakang
penulis itu sendiri. Dan apa yang saya pelajari, pada zaman kanak-kanaknya, Lee Kuan Yew
tidak tahu bertutur dan membaca bahasa Mandarin. Tentang latar belakang keluarganya.
Bagi saya, latar belakang keluarganya bukan lah agenda utama saya, jadi saya hanya 
membaca sekadar mengetahui. 


Saya menjangkakan saya berhenti menyelak lembaran buku itu pada pukul 6.10, kerana pada pukul 6 lebih2, saya harus berjumpa dengan seseorang untuk memulangkan benda yang saya pinjam... Em, kelas saya habis pukul 5 petang, kecuali pada hari rabu, kelas yang paling last habis, pukul 7 malam. Rasanya, setakat itu sahaja lah update dari saya..

semoga bertemu lagi...



p/s:::::  Alhamdulillah... Berjaya juga saya meluangkan masa untuk apa yang telah saya rangkakan dalam minda kurniaan Illahi.... Namun, seringkali fikiran saya diterjah, dapatkah saya meneruskan aktiviti ini sehingga dapat menjadi hobi saya atau sekadar hangat2 tahi ayam... itulah yang saya takuti..... Moga Allah sentiasa membantu saya...Amin....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...