About this Blog

This blog is created as a medium to sharing my thought, my life and to write anything i want...
I will try to add some useful information in this blog...
Let's assume this blog as a medium of learning...

I bear witness that there no other God except Allah, and , I bear witness that Muhammad (pbuh) is a servant of Allah and His Messenger...

Saturday, January 29, 2011

Aku Kolot.......

Kolot...... Berfikiran sempit.... Orang kampung.... Tidak mengikut arus kemodenan.. Ketinggalan zaman.... kuno..


Kolot dalam kamus dewan edisi ke empat membawa maksud sedemikian:
kuno, cara lama (tidak moden), ke­tinggalan zaman: cara ~ yg digunakan oleh petani-petani menyebabkan hasil pertanian mereka tidak memuaskan; adat ~ adat kuno; kaum ~ golongan yg ber­pegang kuat pd adat resam kuno; kekolotan 1. sifat (cara, adat resam, dll) yg kolot (ketinggalan zaman), kekunoan: menghapuskan ataupun setidak-tidaknya mengurangkan ~ dlm masyarakat; 2. perihal kolot (kuno), sifat tidak moden atau ketinggalan zaman (bkn pemikiran, adat resam, dll): pelajaran dan pengalamannya telah dapat menghapuskan ~ fikirannya.

manakala konservatif pula menurut kamus dewan edisi ke empat membawa maksud:
1. bersikap mempertahankan adat, nilai, dll yg telah menjadi kelaziman atau tradisi, tidak mudah menerima per­ubahan: usul supaya sistem pelajaran dirombak telah ditentang hebat oleh pihak ~; 2. kolot, tidak moden.

Dalam term english nya pula, conservative, narrow minded, orthodox, old fashioned, old school...

Ya...aku mungkin kolot... aku mungkin tidak mengikut arus kemodenan.... aku mungkin juga ketinggalan zaman... Biarlah aku dilabel sedemikian... Aku tidak kisah andai aku dilabel sedemikian... Kerana aku sedar bahawa "kolot" itu bagus....

Kadang-kadang, ada sesetengah orang merasa tercabar apabila dia dilabel sebagai kolot, ketinggalan zaman dan yang sinonim dengannya... Mereka kemudian mula mengikuti perubahan zaman yang semakin parah ibarat kanser yang menyerang tanpa kita ketahui... Sesudah parah baru kita mulai menyesal....

Perlukah kita merasa tercabar apabila dilabel sedemikian????? Perlukah kita berubah dan mulai hanyut dalam arus kemodenan??? Perlukah kita mula mengikis sikap konservatif????? Perlukah kita memenuhi tuntutan mereka yang inginkan kita berubah dari berfikiran kolot ke berfikiran moden????? Perlukah kita mengadaikan maruah kita, jati diri kita dan juga AGAMA kita sebagai tukaran untuk tidak lagi menjadi orang konservatif, kolot, kampung, dan ketinggalan zaman?????

Adakah kita sanggup menjual AGAMA kita yang tidak ternilai harganya kerana malu digelar KOLOT????? Jawapannya ada pada diri kita sendiri.....

Kita mungkin perlu kolot apabila ia menyentuh hal-hal berkaitan agama.... Tetapkan pemikiran kita bahawa AGAMA adalah "Top Priority"....

Sekadar tazkirah untuk diriku yang hina lagi berdosa...

2 comments:

Anonymous said...

sometimes people judge us like they do know us better than we are. btw, great post~ ^^

hafeez said...

Alhamdulilah...thanks...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...