About this Blog

This blog is created as a medium to sharing my thought, my life and to write anything i want...
I will try to add some useful information in this blog...
Let's assume this blog as a medium of learning...

I bear witness that there no other God except Allah, and , I bear witness that Muhammad (pbuh) is a servant of Allah and His Messenger...

Thursday, May 27, 2010

HUjaN Dan Air MAtA...

Petang yang mulanya redup, kini bertukar wajah.....Petang ini terasa amat sejuk dan nyaman sekali.....Langit itu mulai menjatuhkan air matanya .....Air mata yang begitu bermakna....Air mata yang memberi seribu tafsiran yang berbeza mengikut individu...Air mata itu adalah hujan...Hujan yang turun boleh mendamaikan suasana dan juga menciptakan suasana yang kecoh....

Tapi bagiku hujan itu berjaya menenangkan hatiku yang gundah....indahnya suasana ketika hujan itu....Aku mulai mentafsir maksud hujan itu melalui kamus rasional ku sendiri....Bagi ku, hujan itu umpama air mata yang gugur dari wajah seseorang...Air mata yang mencerminkan keadaan seseorang itu...

Hujan itu amat bererti bagiku....Hujan itu telah mengajar aku sesuatu yang baru....Selama ini aku merasa hujan itu ibarat air mata seseorang yang sedang sedih....Namun,hari ini,aku mula mengaitkan kesedihan itu dengan air mata....Dalam fikiran ku,langit itu adalah wajah manusia, awan itu adalah penyebab yang akan membuat seseorang itu sedih...air hujan itu,ku ibaratkan sebagai air mata....segala makhluk di bumi ini ku anggap seperti hati yang gersang dan hampa...

Aku ingin berbicara tentang air mata dan hati.....Air mata gugur kerana hati kesedihan...Air mata juga gugur untuk menenangkan hati....Air mata yang gugur dapat tabahkan hati....air mata yang jatuh sebagai petunjuk untuk hati.....

Air mata itu jatuh kerana hati itu kesedihan...mungkin kerana hati itu kehilangan sesuatu....Air mata itu gugur kerana gembira...mungkin kerana hati itu telah mendapat sesuatu...Air mata itu juga sebagai penasihat kepada hati yg duka....

Hari ini,aku merasakan hujan yang turun itu ibarat penasihat untuk hati ku yang resah...Pendamai kepada hatiku yang gelora....Pengubat kepada hatiku yang sedih.....

Kebelakangan ni aku sering berduka…kadang2 aku hanyut dalam kesedihan….aku sering melayan kesedihan ku…ah….sungguh jahilnya aku….senang sungguh aku jatuh ke dalam perangkap musuh ku….musuh yang hampir membuat aku berputus asa….seperti mana dalam surah al- fathir ayat 6…

Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk Neraka.

Hum…hujan…..air mata….benda ni buat aku berfikir sebentar….hujan pada petang itu aku takrifkan sebagai pembawa rahmat…pembersih….dulu aku mungkin tafsirkan hujan hanya menyusahkan sahaja….

Alhamdulillah….petang ni aku sedar…air mata aku yang jatuh tu sedikit sebanyak menyirami hatiku yang kesedihan….seperti mana dalam Al-Quran

(Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu) dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan).

Surah al anfal ayat 11

Air mata ku yang jatuh itu telah menyedarkan hatiku tentang Pencipta ku….tentang musuhku…air mata yang menyedarkan aku bahawa aku telah termakan hasutan musuh ku…air mata yang menyirami hatiku yang kering dari mengingati Penciptaku…air mata yang menasihati hatiku agar kembali kepada Penciptaku…Sesungguhnya Allah telah berfirman dalam surah al-Nahl ayat 65:

Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Dia menghidupkan dengan air hujan itu akan bumi sesudah matinya; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mendengar (peringatan ini dan memahaminya).

Aku ibaratkan hujan itu air mata yang menghidupkan hatiku yang kering…..dan kalau boleh,mulai hari ini,aku ingin mengalirkan air mata yang boleh menghidupkan hatiku….

Alhamdulillah….dapat juga aku mengambil pengajaran dari peristiwa alam ini….


p/s....

sory la lau x paham...nanti lau dapat olah ayat yang ok sikit,nak edit post ni...hehehhehe...saya tengah belajar...mgkin ni cubaan pertama....hehhehehe...kritikan diterima....


2 comments:

DeLL said...

kesedihan itu satu nikmat...kita kena gak belajar utk menjadi sedih supaya kita tidak sentiasa hanyut dgn kegembiraan...kesedihan gak mengajar kita utk sentiasa beringat yang tidak semua yg kita lalui ni indah......(>_<)....

kesedihan jugak mengajar kita utk berfikiran rasional sekiranya musibah yg lebih teruk menimpa....betul????

hafeez said...

betul tu....kehidupan sungguh mencabar...huhuhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...