About this Blog

This blog is created as a medium to sharing my thought, my life and to write anything i want...
I will try to add some useful information in this blog...
Let's assume this blog as a medium of learning...

I bear witness that there no other God except Allah, and , I bear witness that Muhammad (pbuh) is a servant of Allah and His Messenger...

Monday, May 17, 2010

kEinDahAn sEpohoN PokoK

Ciptaan Allah itu amatlah hebat...
dalam perjalanan dari kuala nerang ke alor setar ahad yg lalu,ketika aku melebarkan pandangan ku ke luar jendela bas mara liner....aku melihat pokok dan tumbuh-tumbuhan....lantas aku berfikir...."apa yang specialnya pokok ni ek???"
aku ingin menjadi seperti pokok dan tumbuh-tumbuhan.....yang sanggup bersusah payah untuk kehidupan manusia dan makhluk lain....
aku ingin mencontohi sifat pokok yang tidak mementingkan diri, yang sanggup bersusah untuk makhluk lain....yang memberi tanpa mengharapkan balasan...pokok itu tabah walaupun sering disakiti...
kagum aku bila memikirkan keindahan ciptaan Allah....
kagum memikirkan tentang pokok...

pokok dan tumbuhan mengambil karbon dioksida untuk menghasilkan oksigen....alangkah baiknya pokok itu sanggup menahan terik matahari untuk melengkapkan proses fotosintesis....sanggup berpanaskan matahri untuk menyediakan tempat teduh untuk kita berehat..bersusah payah dan menyeksakan dirinya untuk kebaikan dan keselesaan makhluk lain...tetapi,manusia?????sanggupkah kita untuk berbuat sedemikian?????

tabah sungguh pokok itu.....walaupun keseorangan, namun tetap meneruskan hidupnya....walaupun sering dilukai,namun pokok itu tidak pula membalas dengan keburukkan,bahkan dibalasnya dengan kebaikan...manusia sering melukai pokok dan tumbuhan...(macam kita pi tebang pokok tu,tapi tebang x habis,tebang sekerat ja,pastu biakan or juz saja2 toreh pokok tu.....)walaupun kita buat macam tu, pokok tu masih lagi tabah meneruskan hidupnya....

sungguh setia betul pokok itu...berdiri teguh di situ....ingin ku contohi sikap kesetiaan pokok itu...
seringkali kita melihat manusia mencari pokok sebagai tempat berteduh dari panas terik matahari,kemudian apabila mereka merasa keadaan tidak lagi panas,mereka akan beredar meninggalkan pokok itu keseorangan...begitulah sikap kita...
apabila kita perlukan,kita akan mencari,apabila kita dah dapat apa yg kita nak,kita akan tinggalkan...
tapi,apa yg inginku tekankan,pokok itu sentiasa berada disitu apabila kita memerlukannya....sentiasa setia untuk menolong dan menemani kita walupun kita sering melupakannya....sentiasa ada disaat kita memerlukannya....sebenarnya pokok itu mengingatkan kita kepada pencipta kita (Allah)...
kita sedia maklum bahawa Allah itu sentiasa ada untuk yg mencari-Nya....sentiasa membantu hambaNya...bila kita amati kejadian atau fenomena alam dan berfikir dengan betul,kita akan mennyedari tentang kehadiran ALLAH...

ingin ku didik hati ku dengan sifat dari sepohon pokok....
ingin ku semaikan nilai-nilai murni yg dimiliki oeh sepohon pokok....
ingin ku tabah seperti sepohon pokok....
inginku mengadu kesedihanku kepada Allah...kerana Allah jua mempunyai kuasa ke atas hati manusia...
ingin ku contohi sifat sepohon pokok yg tidak menyimpan dendam dan benci....
inginku balas kekejaman dengan kebaikan...

tetapi,mampukah aku untuk berbuat demikian...
hatiku tidaklah setabah sepohon pokok...
hatiku tidaklah semurni sepohon pokok ...
hatiku tidaklah seindah budi pekerti sepohon pokok....

namun,
apa yang pasti, aku akan mencuba untuk mencontohi sifat sepohon pokok itu...

Ya Allah,
ampunilah dosa kami,kedua ibu bapa kami dan kauim muslimin sekalian,
berkatilah kami...
bukakanlah pintu hati kami ke jalan Mu yg Engkau redhai....
tetapkanlah hati kami dengan kalam-Mu(Al-Quran) dan sunnah Rasul-Mu....
kami bermohon padaMu...hanya Engkau lah tempat kami meminta dan mengadu...
AMIN......




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...