About this Blog

This blog is created as a medium to sharing my thought, my life and to write anything i want...
I will try to add some useful information in this blog...
Let's assume this blog as a medium of learning...

I bear witness that there no other God except Allah, and , I bear witness that Muhammad (pbuh) is a servant of Allah and His Messenger...

Sunday, April 3, 2011

Salah Siapa?

Assalamualaikum.....
entri ni ni mungkin entri yang agak simple.....
Hum, kebelakangan ni, banayk pergolakan antara kita berlaku... kes video, kes buku memoir, kes tarian dan kes policy  dan lain2......

isu video..... satu isu yang agk panas sekarang....hum.... tak tahu la apa nak jadi dengan kita..... bukan saya nak sokong kerajaan atau pembangkang, tapi, untuk orang yang terlibat dengan benda tu, sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.... biar dari pihak kerajaan mahupun pembangkang, kedua2 nya nak buktikan sapa yang benar dan sapa yang salah.....

Kemelut politik semasa nampak macam semakin parah, ada ja benda baru yang dipolitikkan.... hum.... saya pun risau juga..... hampir semua isu nak dipolitikkan.... macam mana kita nak jadi negara maju kalau minda kita tertumpu kepada politik????

masing-masing hanya pandai berkata-kata, meluahkan komen, meluahkan rasa tidak puas hati.... menyalahkan pihak2 tertentu.... muslim sesama muslim bergaduh..... tentang isu video saya x nak kupas sangat...sebab saya rasa saya tak patut bagi keadaan yang sedia teruk menjadi lebih teruk... apa yang saya harapkan, marilah kita berdoa agar kebenaran terbongkar.... serahkan kerja menilai dan menganalisa tu kepada pihak yang sepatutnya.... usahla kita menambahkan lagi spekulasi buruk tu.... kita tak bercakap tentang satu individu dalam hal ni..... kita bercakap tentang apa yang akan jadi selepas kebenaran tu terbongkar.... apa reaksi kita??? apa yang akan kita lakukan???? berfikir la selangkah ke hadapan.... cuba la kita berprasangka baik....

saya sedar bahawa, dalam sesetengah organisasi tu, ada orang yang corrupt.... orang tu la yang memburukkan imej organisasi tu... saya pernah melalui keadaan yang sama, di mana hanya kerana mulut seorang, saya dan sekumpulan orang ni disisihkan,...biarlah benda ni rahsia.... tak baik pula memburukkan orang... biar la orang sendiri mengetahuinya....

pagi ni, macam biasa, buka facebook selepas menulis asignmnt 1 perengan....tertengok la berita dekat malaysia kini tu....tentang Dr M punya buku..... saya x baca lagi buat masa sekarang... tapi, saya sedikit terluka dengan sikap segelintir masyarakat yang komen dekat situ.... banyaknya komen tak puas hati..... tapi, saya hormati semua pandangan tu.... ada betulnya juga dan ada yang saya kurang suka..... satu komen yang saya nak nyatakan kat sini:

Mahathir tu mamak....bukan nye melayu..............ingat tu?

 komen tu still ada kalau tak delete.... saya tak tahu la orang yang post coment ni melayu ka x...sory..tapi, nama macam melayu... em, biar saya buat pengandaian ek.... dia cakap Mahathir tu mamak, ayat macam sindir ja kan???? tapi, mamak ni la yang banyak membantu melayu.... ke mana melayu menghilang???? ramai melayu yang berbicara di warung kopi.... memberi pandangan sesama sendiri di warung kopi, ditemani secawan air kopi.... di kesibukkan melayu tu meneguk secawan kopi tu, mamak jualah yang bekerja membancuh air kopi. menjualnya.. sapa yang untung? mamak tu juga.... bila air yang mamak tu buat tak memanuhi citarasa, bukannya nak ditegur cara baik, tapi, dimarahnya mamak tu.... ditengkingnya mamak tu....bila nak dijustifikasikan, melayu menyatakan dia ada hak pengguna...dia bayar untuk secawan kopi... yup.. u are right... tapi, adakah kamu, melayu yang terkenal dengan sikap sopan santun tu berakhlak baik dengan mamak itu???? pernah kita fikir tentang kesan dari keadaan itu??? melayu dan Islam x dapat dipisahkan... sudah tentu secara tidak langsung, kita memburukkan imej Islam..

situasi ni saya pernah alami, ketika melepak bersama kawan2... kedai mamak dan melayu sukar dipisahkan..... macam sinonim pula.... saya agak terkilan dengan sikap melayu sekarang yang mengejar keadilan, kebenaran, tetapi, mereka hanya mampu menyuarakan di warung2 mamak....

macam tu la sedikit contoh dari saya.... harap paham maksud tersembunyi.... Banyakkan membaca wahai melayu.... banayakkan berfikir melayu.... banyakkan menganalisa melayu.... cuba fahami sesuatu dengan bimbingan Islam..... usahlah kita menjatuhkan maruah Islam.... (peringatan khas untuk saya, terutamanya). cuba lah pilih bahan bacaan yang sesuai.... dari pengamatan saya, secara peribadinya, saya kurang suka sedikit dengan malaysiakini..... kerana saya nampak pendedahannya bukan lagi untuk merawat, tetapi semakin memburukkan.... ini pandangan saya sendiri... saya tak kisah kalau kamu berbeza dengan saya...




selain tu, isu tarian poco2 pun mula menarik perhatian ramai pihak.... hum.... saya sebenarnya agak bersetuju dengan keputusan Mufti Perak.... secara peribadinya.... saya sendiri tak suka poco2.... saya x pernah kenal poco2 sampai la saya ke kem latihan(lupa lak nama kem tu), dah bertahun dah...saya pon terfikir juga, kata melayu ni banyak adat, tapi, kebanyakkannya dah dilupakan...isu poco2 ni, nilai la sendiri... 

untuk kes yang pelajar Malaysia perlu ambik exam Arab sebelum ke Al- Azhar, ada yang x setuju... ada yang kata tu agenda kerajaan.... macam2 la....hum...saya pon dah malas nak ulas lebih2 sebab mood saya dah lari....

hum... situasi yang saya sedang hadapi, melayu, mengkritik kerajaan, pihak tertentu.... memberi pandangan tentang isu2 semasa secara bebasnya... x salah cara diorang... agak bagus la juga... at least depa concern.... bagus2... tapi, saya tiba2 agak x suka, bila diorang memperjuangkan Islam, tapi, minda masih terjajah... menghisap rokok.... tengok benda2 x berfaedah.... menghabiskan masa untuk hiburan.....

saya x boleh hidup dengan environment yang mengandungi asap rokok.... cubalah, at least, g hisap dekat tempat lain.... hum, asanya, benda2 ni saya nak coretkan kat private blog ja.. thanks untukyang secara tak langsung merosakkan mood saya...huhuhuhuhu....

cheer up... saya ada asingnmnt and nak kena stdy untuk final exam... pemalas betul saya.... Sila ubah sikap encik Mohd Hafizullah.....

sebelum mengundur diri, marilah kita berfikir, siapakah yang bersalah untuk semua masalah ini? perlukan kita salahkan kerajaan, salahkan pembangkang? sebelum saya salahkan sesiapa, saya ingin dahulu menilai diri saya sama ada saya ada menolong membaikkan maslah ini atau memburukkan lagi? mungkin masalah ni juga adalah salah saya yang masih kurang ilmu....

see u all soon... take care... semoga Allah memberkati kita...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...