About this Blog

This blog is created as a medium to sharing my thought, my life and to write anything i want...
I will try to add some useful information in this blog...
Let's assume this blog as a medium of learning...

I bear witness that there no other God except Allah, and , I bear witness that Muhammad (pbuh) is a servant of Allah and His Messenger...

Monday, November 29, 2010

Rahsia Mi Segera


Ada macam-macam jenis mi segera dekat pasaran sekarang. Berlambak…bercambah…macam2 ada….bak kata pepatah Astro…hahahhaha…. Mi segera dah pun menjadi makanan kegemaran….apa sebabnya???? Antara sebab-sebabnya adalah kerana kekangan masa, mudah disediakan, cepat lak tu siap, murah, terpikat dengan iklan yang disiarkan, trend golongan zaman sekarang, dan as well as demand from user itself..macam ketagihan lak mi segera ni… mari kita tengok rahsia mi segera tu dulu ek….rahsia ni saya ambik dari Utusan Pengguna, NOV-DIS 2010, Jil 34 Bil 6….

Antara rahsia- rahsia mi segera….



Ada bahan bukan makanan yang dibenarkan dalam mi segera….apakah bahan itu??? Kita tengok 10 ramuan melampau dalam mi segera ek… Ini adalah keratan dalam Utusan Pengguna muka surat 7.

“Membenarkan 136 bahan peambah dalam mi segera menimbulkan persoalan genting: Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauhnya selamat? Berikut adalah beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama mi segera anda.

Kalsium Sulfat = kapur Paris

Asid Tartarik = bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alcohol tulen.

Kalsium oksida = digunakan sebagai rawatan sisa buanan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ) = Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api)

BHT = Risiko karsinogen dan kesannya berbahaya kepada ginjal. (saya pun tak tahu apa Bht ni, kita sama2 google ek)

Propyl Gallate = Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormone). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

Pentasodium triphosphate = Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit, juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol = Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine) : menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak: mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf, mungkin menjadi penyebab kanser

Macam mana???? Sedap tak mi segera????masih tak berubah fikiran???? Mungkin ada readers yang cakap, ala sekali sekala ja makan mi segera.. x da apa-apa la sangat…harap ubah ek mentaliti ni…ingat balik pepatah melayu yang mengatakan “Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”, walaupun kita makan sekali sekala ja, tapi kesannya masih lagi ada… antara penyakit/kesan buruk daripada mi segera adalah, tekanan darah tinggi, aterosklerosis, sindrom Carpal Tunnel, glaucoma, kanser perut dan lain2 lagi. Utuk lebih kanjut lagi, cari la utusan pengguna or just click ja kat sini

saya nak la juga olah sikit kenapa saya senaraikan factor macam atas sekali tu dan akibatnya…. Seperti umum mengetahui, masyarakat sekarang ni makin “busy” sikit…ya la, semua bekerjaya, 24/7 keja ja….sampai x sempat nak fikir tentang makan..last2, sebab nak manage masa elok2, x nak spend masa yang lama untuk memasak, or menunggu order, so the best alternative adalah mi segera… contoh yang dapat saya bagi, sebagai seorang pelajar, masing2 tahu yang time exam period tu, masa memang a crucial aspect la….masing2 takut x dapat nak cover semua chapter untuk exam… ada yang sanggup sacrifices masa makan… diorang trade off kan masa makan tu untuk study, so, diorang juz makan mi segera… kadang2, pelajar ni pula jenis yang tido lewat, so bila sampai tengah malam mula la lapar dan mencari2 makanan dan mi segera la jadi penemannya… akibat daripada perbuatan kita ni menunjukkan kita ni x pandai manage masa..kenapa saya berkata sedemikian rupa??? Kita ingat dengan makan mi segera kita mampu nak manage masa dari buang masa dengan benda tak berfaedah kan???tapi sebenarnya kita silap.. kita x pandai nak manage masa kita elok2… kalau kita kerja makan mi segera ja, memang kita x fikir sangat tentang masa kan????betul x???ya la, umum berpandangan yang mi segera tu juz took 2 minutes ja untuk siap… not a big deal la bagi mereka… 2 minit ja, diorang x rasa rugi apa2 pun.. so, diorang mungkin x kisah sangat, walaupun sesibuk mana seseorang tu, mengambil mi segera sebagai cara untuk jimatkan masa bukan langkah terbaik…apabila kita mula mengambil mi segera tu, kita dah failed in time management… tentang ni fikir la sendiri….kenapa saya bekata sedemikian rupa.

Oleh kerana mi segera ni murah compared to makanan lain, jadi consumer mula demand…masing2 nak jimat ja. Contohnya golongan berpendapatan rendah… macam mana law of demand states that price and quantity demanded have a negative relationship….kalau nak cakap tentang macam mana benda ni berfungsi, saya rasa tak perlu kot coz masing2 dah tahu kan???? Bagi golongan berpendapatan rendah dan sesetengah pihak…ok, kali ni saya tak nak ambik contoh student la…saya nak ambik contoh golongan yang baru menceburi alam pekerjaan, ada golongan yang baru menceburi alam pekerjaan, mungkin x nak duit sangat kan or kewangan tak stabil lagi kan??? So, diorang mungkin makan mi segera ja….saya pernah lepak dengan golongan sebegini dan masa saya lepak tu, sekali dengan saya juga makan mi segera, tapi x selalu la….Kadang2 saya makan roti, bun and yang seangkatan dengannya. Tapi alternative ni orang macam x bapa suka sangat.. x kenyang diorang cakap…hum… Kalau kita ingat balik, Rasulullah ada berpesan supaya kita makan semasa lapar dan berhenti sebelum kenyang…. minta maaf sebab saya x ingat riwayat hadis ni…. Kita sendiri dah salah faham dengan konsep permakanan… Apa tujuan kita makan????? Adakah untuk kenyang??? kita makan untuk hidup, so, memadai lah saya katakana yang kita seharusnya makan untuk mengalas perut. Jangan ikut nafsu sangat.. Alangkah untung nya orang yang berfikir…

 Tu ja kot yang saya mampu nak cakap…agak mengantuk ni..dah pukul3 pagi..hehehe….Hope readers yang baca ni mula la stop kan pengambilan mi segera ek…

2 comments:

~aZiiM~ said...

haha.. aku suka jer makan..
actually aku mkn bkn sbb murah, x der masa or aper2 jelaa tp aku makn coz mee segera (of coz maggi jer ak makn) tu sedap.. x gitu..

sekali sekala x per jer.. sekadar nk rsa sth diffrnt, asyik mkn nasik jek.. huhu..

btw, hr nie aku nak mkn maggi laa..
ngee ngee~~

hafeez said...

mmg sedap gak, tapi selalunya yang sedap tu yang banyak tersembunyi nya....huhuhuhuhu...
aku x sure juga la sekali sekala tu, tapi kalau darurat aku makan juga megi tu..
cuma kalau bleh avoid dari ketagihan la..dari jadi habit..huhuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...