About this Blog

This blog is created as a medium to sharing my thought, my life and to write anything i want...
I will try to add some useful information in this blog...
Let's assume this blog as a medium of learning...

I bear witness that there no other God except Allah, and , I bear witness that Muhammad (pbuh) is a servant of Allah and His Messenger...

Thursday, November 11, 2010

~untitled~

Harini,
Saya rasa amat tenang, gembira, sedih, tapi yang pasti, saya masih dapat merasai hembusan angin, menatap indah matahari, mendengar kicauan burung dan melihat daun-daun menari beralunkan muzik dari tiupan angin...

Ada ketikanya saya merasakan saya mengalirkan air mata, menahan telinga dari terus mendengar, menutup mata  dari melihat keindahan,......

Harini,
Hujan seaakan-akan memahami keadaan diriku....Hujan yang pada mulanya jatuh dengan beberapa titisan air, akhirnya bercambah sehingga tidak mampu lagi untuk ku membilang titisan air itu....

Hujan telah menciptakan satu suasana yang tenang, yang dapat mendamaikan hatiku yang tidak keruan.....Titisan air itu telah menciptakan satu alunan muzik yang mampu menlalaikan aku dari dunia nyata...Aku bagaikan dalam suasana yang tenang, umpama dikelilingi oleh bidadari syurga.... Ah,sungguh indah perasaan itu...

Tetapi, tiba-tiba, angin menghembuskan titisan-titisan air itu ke muka ku....Tersentak aku dari lamunan, aku bersyukur kepada Tuhan kerana mengirim hujan kepada ku agar hatiku yang resah bisa tenang.... Aku menghabiskan masa menikmati keindahan hujan,... Apabila semua riuk- pikuk kenderaan, riuh-rendah suara manusia ditelan oleh alunan muzik yang terhasil daripada hujan...

Harini,
Hatiku tenang sekali melihat titisan air itu.....Ianya umpama air mata ku yang tak mampu aku jatuhkan....Pada saat itu, aku ingin kekal dalam dunia khayalan ku...Hanya aku sahaja yang wujud pada masa itu....Kesunyian itu sesuatu seni yang sukar untuk aku tafsirkan...

Adakalanya kesunyian itu lebih indah dari cinta.....Adakalanya kesunyian itu lebih sakit dari benci....Adakalanya kesunyian itu mengajar aku tentang hidup... Adakalanya kesunyian itu membunuh aku....


Juz another feeling of mine that i am trying to put it in an abstract way....

2 comments:

anis najwan nazri said...

aq rasa ang buleh jadi penulis la. jujur aq bagitau kat ang ni.wat la nvel ka cerpen ka, anta kat paper mana2..try r..

hafeez said...

aku nak kena balik belajar dengan cikgu faizah dulu la....hehehehhe...insya Allah klau aku bleh tulis nanti, aku cuba la buat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...