About this Blog

This blog is created as a medium to sharing my thought, my life and to write anything i want...
I will try to add some useful information in this blog...
Let's assume this blog as a medium of learning...

I bear witness that there no other God except Allah, and , I bear witness that Muhammad (pbuh) is a servant of Allah and His Messenger...

Thursday, June 10, 2010

Betul Ke Khabar ni?????

Assalammualaikum....
Post kali ni maybe macam censored sikit la.....
Harini dengar la ada member cakap tentang berita ni "Payu dara mampu panjangkan usia lelaki.."
Betul ka berita ni???Boleh percaya ka?????Maybe setiap orang ada persepsi sendiri....

Tapi, for me kan....I am doubt bout this thing....Or lebih elok saya katakan saya x berapa nak sokong sangat....tapi ada la sokong sikit2....

Kenapa saya tak sokong?????Macam ni...memang la ada researcher yang dah buat research and buktikan, tapi, cuba kita fikir, siapakah researcher tu???? Western people....kajian yang diketuai oleh Dr Karen Weatherby...

Implikasi dari statement ni kepada orang yang x berfikir or men accept ja statement ni memang la akan banyak keburukan bakal terjadi...kita tahu,dari mata turun ke hati...kat hati tu lak,ada niat....niat yang orang lain x tahu....hanya Allah dan kita sendiri ja tahu...mungkin bila dah pandang tu, lelaki dah teransang..paham ja la apa bakal berlaku kalau dia x dapat tahan...bahaya betul....

situation 1: seorang lelaki (bujang) yang buta fikiran percaya bulat2 statement ni...so dia nak cuba...bayangkan kalau ada kat mana2 tempat laki tu cuba samada teori ni betul ka tak.. and then dia jumpa pompuan and dia men tenung ja "benda " tu, and perempuan(bukan mahram) tu sedar lelaki ni tengok....
result: 1) lau perempuan tu jenis ada maruah mesti dia dah blah dari situ x pon sepak ja laki tu....
2) lau perempuan tu jenis gedik, mesti dia akan lure laki tu.,..pastu jadi la maksiat..kan2????

Kalau jadi result 1 tu, tindakan lelaki tu mesti berdendam ngan pompuan tu, x pon sebab tercabar maybe dia akan rogol perempuan tu kemudian perempuan tu dibunuh atau dia bunuh diri....kalau result 2, maybe akan lahir banyak anak luar nikah, kes pembuangan bayi, bunuh bayi....

situation 2: seorang lelaki(berkahwin) nak cuba juga teori ni...tapi mungkin sebab dia nak cuba dengan perempuan lain lak...dah x tengok yang halal bagi dia....

result: fitnah mula tersebar... institusi kekeluargaan mulai retak....bercerai...anak2 macam diabaikan ja...pastu maybe boleh jadi permusuhan antara keluarga isteri dan suami...anak2 diajar membenci ayah sendiri....(memang patut pun dibenci...tapi kalau boleh,elakkan la....)isteri mana x marah dan x jeles kalau suami dia buat macam ni....

ish2...hanya kerana satu statement ni,banyak orang terpengaruh tanpa fikirkan consequences yang bakal berlaku....banyak lak implikasi buruk tentang info kesihatan ni.....
renungilah ayat ini:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. ( surah al-hujurat ayat ke 6)

sesungguhnya kita ni, sebagai manusia, mudah lupa, jahil, dan mudah dihasut oleh syaitan.....iman kita x lah kuat...iman kita ni bertambah dan berkurang...sebab tu Allah kurniakan akal dan hati....untuk kita berfikir..kadang2 kita x guna nikmat tu....bodohnya kita....dalam khutbah terakhir Rasulullah,baginda perpesan suruh berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah....tapi kita????jarang..(including me,kata kat diri sendiri dulu sebelum kata kat orang lain..coz maybe orang kita kata tu lbih baik dari kita...nasihatku kepada diriku dan sapa2 ja.)

Tapi, ada juga yang saya setuju dengan statement ni...napa saya kata saya setuju?????
Macam ni.....kita ganti situation di atas dengan seorang muslim yang beriman, berfikiran waras.....

situation 3: seorang Muslim beriman terbaca info tentang ni la....pastu dia dah berkahwin...dia maybe akan tengok yang halal bagi dia ja (isteri dia)....kita tahu sebelum ni ada juga researcher yang buat research tentang hubungan sex....resultnya, hubungan sex mampu bagi seseorang tu sihat dan aktiviti tu leh di consider sebagai satu senaman...(sory x leh provide info banyak sangat tentang ni coz malas nak cari artikel tentang ni...ni pun sebab pernah baca dalam paper dulu...tulis yang mana ingat ja..)...em ni ada keratan dari internet tentang hubungan sex....

Dalam beberapa kajian lain yang dilakukan oleh pakar-pakar juga mendapati hubungan seks yang dilakukan secara teratur memberi manfaat yang sama, seperti senaman yang dibuat secara bersistem. Ia mampu meningkatkan peredaran darah, kadar kolestrol baik dalam darah dan ada yang melaporkan bahawa lelaki yang melakukan seks dengan isterinya secara rutin 3 kali seminggu, kemungkinan untuk terkena masalah prostat, kadarnya menjadi lebih kecil.

Kajian dari Royal Edinburgh Hospital bersama kumpulannya telah menemubual dengan lebih daripada tiga ribu orang di Britain, Amerika dan Eropah. Tujuannya adalah untuk membandingkan kehidupan seks dan penampilan fizikal dalam kelompok umur yang sama. Dalam tinjuan itu mereka merumuskan, orang yang menjalani kehidupan seks yang aktif akan lebih awet muda kerana seks mampu memperlambatkan proses penuaan.

Selain itu ia mampu memberikan perasaan aman dan saling terikat dalam hubungan sehingga membawa perasaan bahagia dan automatik menjadi mereka lebih sihat dan kelihatan awet muda.

Dengan kata lain hubungan seksual mempunyai nilai-nilai kesihatan yang positif untuk tubuh. Apa lagi jika anda menikmati dan mencapai orgasme serta memberikan rasa keseronokan yang sama kepada pasangan, ketika melakukan hubungan seksual itu sehingga peningkatan pelepasan hormon-hormon menjadi optimum.

Namun sebagai lelaki, anda harus tahu bukan kuantiti seks yang penting tetapikualiti seks yang anda lakukan bersama isteri itu diambil kira, dalam menjana kesihatan tubuh anda. (baru jumpa)...

daripada petikan artikel ni and statement DR Karen tu, saya nak la komen statement tu secara positif....statement Dr Karen boleh diguna bagi lelaki yang berkahwin tu dengan isteri dia SAHAJA.....oleh sebab saya malas nak ulas panjang dan nak biar sesiapa yang baca ni fikir tentang kebaikan statement ni sendiri, saya juz nak cakap implikasi kalau benda ni diterapkan dalam kehidupan suami isteri yang SAH....juz fikir,tentang keratan artikel di atas....implikasinya, bila si suami dah tengok isterinya (jangan fikir lain), dia akan bertambah sayang...pastu,keluarga harmoni...kesihatan stabil, kalau keluarga tu jenis bersyukur kepada Allah, makin bertambah keimanan depa......

kedua-dua kajian ni memang dilakukan oleh western people, tapi, kadang2 mungkin kita fikir buruk,padahal ada kebaikan yang terselit berdasarkan ayat ni:

........Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu....... (surah al-baqarah ayat 216)

so,moral of the story, walaupun western people ni buat kajian yang merapu2,kita patut juga berfikir tentang kajian depa.....kita fikir berlandaskan syariat islam ya...bukan sekadar minda sahaja...ambik apa yang baik...tinggal apa yang buruk...kadang2 kita kena ambik kajian depa untuk meningkatkan martabat Islam....tu ja...tapi, selalu la bear in mind that our only true sources are Al-Quran and Sunnah.....pastu lau x da dalam A-Quran and Sunnah, kita refer kat secondary sources...macam qiyas,ijtihad dan lain2.....and lastly, berdoa dan put the trust in Allah....Allah yang ada kuasa nak wat keputusan.....hum...banyak lagi nak tulis, tapi masa lak x cukup..nak g solat and bagi slide untuk present besok lagi....kinda rushing juga ni...hehehehe....

before tu, nak minta maaf la coz post kali ni maybe agak terbuka ataupun terlalu sensitif for setengah orang...so,maafkan saya ya.....

Ya Allah...
Ampunkanlah dosa ku,dosa kedua ibu bapa ku,guru2 ku, dan kaum muslimin sekalian...

Aku bermohon pada Mu,
Tetapkanlah hatiku pada KALAM-Mu dan SUNNAH kekasih -Mu....
Cergaskanlah minda ku untuk lebih mengenali-Mu....
Peliharalah aku dari musuhku yang nyata: Syaitan...
Jauhkanlah aku dari fitnah Dajjal....
Aku mohon hidayah dan petunjuk dari Mu....

Amin.....



P/S..
yang saya x sokong tu coz statement ni general sangat...kalau dia specific kata juz for married couple tu ok gak la....tapi statement tu main blindly ja published....tapi bukan salah depa juga...coz benda tu ilmu...x leh sembunyi...cuba last skali terserah kat kita untuk berfikir...harap kita sentiasa berfikir la...jangan ikut orang lain yang juz take it blindly dan praktik tapi berfikir....
xtually saya macam masih pening2 lagi nak tulis persepsi saya tentang benda ni...cukup la persepsi saya yang benda ni ada kebaikan kalau kita gunakan secara betul....benda ni ada keburukan juga.....kalau kita men accept blindly tanpa fikir.....cuba la untuk berfikir ya....kalau sapa2 yang baca post ni tapi x bapa paham, i am sorry coz saya, maybe x reti nak express clearly and saya biarkan kamu fikir sendiri ya...bagi neuron tu bekerja sikit....saya nak praktik situation 3 nanti....insya Allah...
semoga kamu selalu dilindungi Allah...
Assalamualaikum....

4 comments:

~aSHa~ said...

penerangan yg bagus...ada kesan baik dan buruk...teruskan menulis...

hafeez said...

thanks atas sokongan.....

@isHaH@but@lib said...

biasala omputih. kawen tu sape yang nak bazir duit jeh. Bukan soal general tak general, marital status dalam kotak pemikiran dorg, tak penting.
Lain la kita umat Islam kan.
Tapi betul la, kite amek research mereka untuk majukan Islam sendiri.

Ulasan yg mantoop.Tapi lain kali pilih topik kureng hot sket. Hehe

hafeez said...

baik cik aishah...sebab tu la da minta maaf awal2..coz tahu topik ni macam terlampau sangat....tapi,apa2 pun,untuk kesedaran diri sendiri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...