About this Blog

This blog is created as a medium to sharing my thought, my life and to write anything i want...
I will try to add some useful information in this blog...
Let's assume this blog as a medium of learning...

I bear witness that there no other God except Allah, and , I bear witness that Muhammad (pbuh) is a servant of Allah and His Messenger...

Tuesday, June 22, 2010

Wajarkah UPSR dan PMR dimansuhkan???

Assalammualaikum w.b.t…..

Sebelum nak cakap tentang post kali ni, I want to expressed my gratitude towards ALLAH…My creator….The only God….Alhamdulillah coz tonight He makes me smile….malam ni saya happy sikit….hehehehe….malam ni ada something yang buat saya rasa happy…hehehehe…x pa….yang tu nanti saya tulis dalam entry label my life…heheehhehe….

Now, focus on title ni la…..actually, petang tadi buka email and baca la tentang Gov nak mansuh public exam ni….tarikh artikel tu 20 June….huhuhuhu… I mungkin jenis tak buka email coz kat rumah tak ada internet….hum…ni link artikel tu…http://pspbtp.wordpress.com/2010/06/21/upsr-pmr-mungkin-dimansuh/ ….

Bila baca ja artikel ni, saya tak rasa pun perlu mansuh peperiksaan ni…hum….kenapa nak mansuh????ada yang cakap yang system sekarang ni exam oriented…..huhuhuhuhu….ada la proponent yang sokong dan ada yang tak sokong…biasa la benda ni…mesti ada percanggahan pendapat….(sory x dapat cakap banyak tentang kandungan artikel ni coz saya lupa nak save….dah tahu x da internet, tapi still x beringat…ish2….manusia….lupa ja.)

Proponent yang sokong tu cakap, budak2 sekarang juz macam nak dapatkan straight A's ja…..hum….betul ka???betul la juga….sekarang kita tengok banyak parent send their children p tuisyen…..nak bagi pandai…nak bagi dapat result elok….huhuhuhu….tapi saya kadang2 x faham juga kenapa depa cakap kata sistem pembelajaran ni berteraskan peperiksaan…..anyone can explain it to me????

Tanggapan dan pandangan generasi sekarang memang sukar di fahami……sekarang, guru dah tak boleh tegas dah dalam mengajar….nak sentuh pelajar pon tak boleh…japgi tak pasal2 kena saman…ish2….ada ketika juga guru tu boleh sentuh pelajar dan tak boleh…..hum…poning2….saya dulu ada la juga kena cubit, rotan dengan kena sepak(tangan)….hehehehe…balik bagitau mak, mak cakap, padan muka…memang patut pun hang kena…hahahaha…ya la….kena cubit dengan rotan sebab tak buat homework….hehehehhe….

Kita nak salahkan yang sistem yang kita guna pakai selama ni terlampau berteraskan peperiksaan????budak2 belajar hanya untuk dapat keputusan yang cemerlang????they think, matlamat pendidikan sekarang dah menyimpang dari matlamat asalnya???hum…..kenapa sekarang baru nak sedar bila dah lama pakai sistem macam ni????? Bagi saya la, saya tak rasa pun pembelajaran sekarang ni terlampau berteraskan pendidikan….Biasa ja kalau exam tu coz dalam hidup kita penuh dengan exam dari Allah untuk menguji sama ada iman kita kuat ka tak….

Hum…….kalau kita fikirkan, kita sendiri yang buat pembelajaran sekarang ni berteraskan peperiksaan dan keputusan yang cemerlang….kenapa saya berfikiran macam ni?????senang ja jawapan saya…..ibu bapa yang buat sistem pembelajaran ni jadi macam tu…..depa hantar anak p tuisyen, pastu siap cakap lagi suruh bagi dapat keputusan yang bagus, cemerlang…..ibu bapa juga la yang macam memaksa budak2 tu untuk bagi dapat elok dalam exam….kan????betul x????ibu bapa banyak guna masa anak depa kat pusat tuisyen….hum…

Bayangkan: seorang anak ni, darjah 6 atau tingkatan 3…..ibu bapa pula jenis hantar anak p tuisyen, nak bagi anak ni pandai…si anak ni, p sekolah pukul 7 pagi…..duduk kat sekolah tu sampai la petang…kadang2 ada tuisyen sekolah…..lepas balik ja dari sekolah tu, ibu bapa pun suruh siap nak hantar p tuisyen luar pula….hum…pastu, balik malam…malam tu pula, kalau ada parent yang jenis allowed anak dia lepak and tengok tv jap tu ok la….kalau yang jenis x bagi, tapi suruh anak study untuk besok and siapkan homework lak???macam na????kesian budak tu….24/7 keja belajar ja….lama2, budak tu boleh jadi agak tertekan…ya la…kerja belajar ja….kalau tak dapat elok, kena marah, kalau tak belajar kena marah….hum….nasib badan la kalau kena marah tu…..

Pernah tak kita terfikir, dengan memaksa macam tu, kita sendiri yang mengubah sistem tu jadi sistem pembelajaran berteraskan peperiksaan dan keputusan…..macam ni….kita ambil dari perspektif pelajar pula…..bagi budak2 yang darjah enam tu, dari awal lagi depa dah di didik untuk dapat keputusan yang baik…dihantar pergi kelas tambahan, banyak masa digunakan untuk belajar….mesti la budak2 tu fikir, aku ni belajar sebab nak bagi dapat keputusan yang elok ja….coz depa dah diajar macam tu oleh ibu bapa….lepas tu kita pula salahkan yang spembelajaran sekarang ni berteraskan peperiksaan????tak sedarkah kita yang kita sendiri yang mendidik budak2 ni berfikiran yang mereka ni belajar untuk dapatkan keputusan yang cemerlang????pernahkah kita allocate masa untuk mereka bermain????habiskan masa dengan kawan2 sekejap???or hantar pergi mengaji Al-Quran????hum….kita tepuk dada dan tanyalah diri sendiri…..adakah sebab kegagalan kita, kita nak paksa budak2 tu berjaya???? Saya x bermaksud pun nak cakap yang kita tak boleh paksa mereka untuk berjaya sebab tak mahu mereka ni gagal macam kita….. boleh….. tapi, guna lah cara yang berhemah sikit…kalau boleh, cuba guna cara yang boleh buat depa berfikir sendiri….kita memaksa dengan cara yang lembut, tapi dapat tinggalkan kesan yang mendalam….kesan yang mampu buat budak2 tu berfikir sikit…tapi cara ni memang sukar nak buat sebab bergantung dekat budak2 tu sendiri untuk berfikir dan bantuan dari ALLAH….sebab ALLAh yang mampu buka hati seseorang tu….tapi, kadang2, kita x kan mampu buat cara macam tu sebab kita kurang bersabar dan kadang2 mudah marah(macam saya la sikit2 bila dengan budak2 tu coz kadang depa melampau sangat…so saya x salahkan ibu bapa pon....)

Hum…..sepatutnya, masa budak2 ni masih muda, kita kena ajar depa ni apa tujuan menuntut ilmu tu….bagi depa berfikir….bila kita dah nampak depa ni macam dah ok, dah tahu kenapa depa harus belajar, barulah kita cuba influence depa soh dapatkan keputusan yang cemerlang…biar hati depa dah tetap yang depa tuntut ilmu tu hanya untuk mengenali Allah…pada masa yang sama, kalau boleh kita cuba la luangkan masa dengan depa…jangan la sekat sangat masa depa tu juz untuk study ja…kadang2 kita perlu bagi depa rasa macam mana hidup ni….

Let us travel masa zaman sebelum millennium ni…macam mana depa didik anak depa?????orang dulu2 pernah ka suruh anak depa ni p tuisyen selalu????tak sangat kan…..maybe statement saya ni boleh argue…..maybe ada orang akan argue yang masa dulu, sistem pendidikan tak berkembang sangat…mana ada kelas tambahan dan lain2…tapi point saya bukan nak cakap tentang tu….lets make it clear, orang2 dulu hidup susah….so, depa tahu hidup macam mana….depa tahu betapa pentingnya pelajaran tu bagi depa…..depa belajar dengan matlamat nak majukan bangsa, Negara dan agama…tu view golongan old skool tentang pendidikan…..kita sekarang????kita menerapkan yang kita patut belajar untuk berjaya dalam hidup….besaq nanti boleh kerja gaji beribu-ribu….kita belajar sebab kita nak berjaya dalam hidup kita sahaja….kita tak pula terfikir untuk berjaya dalam hidup dan buat hidup orang lain berjaya pula…..hum….ambil kes seorang individu yang berjaya sekarang….berapa orang ja yang bila dah berjaya tu nak tolong bagi orang lain berjaya juga????hum….masing2 pentingkan diri sendiri…..( x slah pentingkan diri sendiri tu…..coz pentingkan diri tu leh bawa kepada kebaikan juga…..ada ketika pentingkan diri tu bawa kepada keburukkan…pandai2 la kita guna sikap pentingkan diri ku….)

Renungkanlah ayat ni…..surah Al-Baqarah ayat no 216

Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu.

Lastly, sebagai conclusion sebab tak nak cakap panjang lagi, bagi saya, x wajar pun peperiksaan ni dimansuhkan…..tapi, kalau nak mansuh juga, I do agree la sikit2 kalau mansuhkan PMR….kalau UPSR tu macam x ok sangat la…..coz UPSR tu boleh mengajar depa…..hum….bawah ni ada la sikit komen dari orang bila saya buat status tentang UPSR dan PMR ni…..em…I do appreciate those yang bagi opinion depa tu….coz ada betul juga dengan opinion depa…..really appreciate their thought…..thanks guys…..


 

COMMENT FROM MY FACEBOOK….

Farena 

wajar.....too exam oriented system buat pelajar stress ja...n study last minute..sometimes,they don even noe pa yg dorang study.its tym to do some changes..kalau study hard only untuk pass in exam,its not dat realistic anymore...and sometimes nak bermegah2 bcos of dpt straight A's...dats crap and pathetic..


 

Lovva Holic 

x ke rase if xd exam dorg akan stat mls2.. g pun its does'nt fair.. org dulu2 punye la ssh nk sekolah.. sume nk blaja betul2.. klu exam sume dmnsuhkn makin naek lemak la dorg t.. klu dorg nk megah dgn A y dorg dpt pn xpe.. tu pmbkr semngt dorg.. ok?? this is my opinion :)


 

Hafizullah Bin Abu Bakar(me)

i do agree wif farena and lovva....in certain points....betul apa yang korang cakap...but, klau mansuhkan exam masa dak2 tu umur 12 tahun....and 15...only masa spm ja depa ambik exam, x ka rasa yang depa maybe macam cultural shock i think....depa macam x penah rasa exam yang big macam tu tiba2 ambik spm yang menentukan hidup depa...if budak2 tu jenis x positif,lau failed, macam na???lau dak2 tu jenis positif x kisah....dah la math ngan science dah tukar ke bm....then, guru lak x macam dulu...x leh nasihat bdak2 macam zaman lama2 ngaji dulu...ajar dengan tegas.....sekarang, nak pukul sikit x boleh...padahal,budak2 sekarang mmg melampau juga....kalau mansuh,budak2 ni lagi la enjoy....


 

Lovva Holic 

yup.. ahahahaha.. tol tu pak lah.. hurm.. kite dpt tgkperbezaan org dulu n sknk.. org dlu ciap mak bpak y sediakn rotan kt ckgu2.. org sknk.. usik sket dh hangin satu bdn.. kn?? lame2 dak2 nie dtelan kemajuan ekonomi.. dh xnk g sekolah.. bkn ade exam pntg.. tbe2 t boleh lak nk stdy kt umah je xya g sek.. mane la kite taw.. kn dunia semakin maju.. :)


 

Hafizullah Bin Abu Bakar 

ok..kalau kita kata patut mansuh sebab bukan cara nak tuntut ilmu kan.....kita belajar untuk faham and not for exam....tapi have we evaluate ourselves????selama kita belajar ni, kita ada ka praktikkan ilmu yang kita belajar????adakah kita belajar untuk ilmu????kalau kita belajar untuk ilmu, kita kan memilih bidang apa kita nak belajar sangat kan...kalau kita betul nak belajar, kalau kita dapat ja bidang2 mana pon,kita men blajaq ja...x kisah tntang exam, pointer and anything....tapi sekarang, kita, as student, i admitted that i seek knowledge juz for my understanding...tapi saya ikut mana yang pleased hati saya....kadang2 saya rasa nak study about IRK....but i know that i am not good enough in hafal2 ni....ada juga nak blaja psycho....coz macam bez...but i know that saya x la rajin baca...ada nak blaja bio engin, tapi i know that i am not capable....so, saya blajar untuk faham and blajar bnda yang saya mampu dan saya minat....


 

Hafizullah Bin Abu Bakar 

but i strongly disagree la kalau nak dimansuhkan upsr dengan pmr....kalau pmr ja tu x kisah.....tapi upsr tu perlu sikit coz nak bagi budak2 tu experience awal macam mana exam tu...as we know la kan, kita bleh learn dari experience.....everyone has his/her own opinions and i really appreciate that...hehehehee...coz semua betul.....


 

Hifni Humaidi Bin Ismail 

betul tu pak lah...kalu kite blajar sbb exam ni,walupun pandai,sie2 je...sbb tu la aku blajar je walaupun aku x reti,x minat,xpaham,xlulus...asalkan ilmu yg sedikit yg aku dapat tu bermanfaat dan diamalkan...betul x pak lah??
hahaha..ya..ha!!


 

Farena 

hehe...yeah..len org len pndapat kan...smua pun bijak menilai...hm...back to the 60's to 90's....and when we compared to these days...there's huge diffrnce...dulu lagi susah...skg kita dpermudahkan...buku teks ada..x pyh buat research sndiri..dulu,its not easy for someone to get into form 6..tap policy skg,as long as u got credit in bm and math..u ble msuk form 6...and the marking scheme...juga terlalu jauh prbezaannya..its more easier..kalu too exam oriented,there's no way student can learn holistically...x ada msa nak go through all topics...sbb nak kejar masa exam tu..its like a cliche,"study hard,get gud grades,n find a secure job"..and dats it...kalau kita nak ukur pncapain ,penilaian pelajar or watsoever,there's a way...bkn hny depends 100% on the exam...kalau dpt straight A's tap skills x develop pun susa juga...mcm mn nak cari keja?yg pelajar taw..baca,ingat,lupa..kalau yg ingat tu..Alhamdulillah...lagi satu...bkn smua org blessed with bright brains..kdg2 org terlepas pndang..as if yg gagal dlm periksa ni x ble majukan diri n ekonomi..itu pemikiran yg negatif...kita ptut lakukan satu perubahan ...bkn drastik,tetapi berperingkat dan ada transisi yg mantap..

Dalila

yup...tp ikut logik kat universiti pn kena pakai exam2 ni...kalo xblaja dr awal mau giler budak2 zaman skrang kalo nak amik pekse...kita masuk u pn bila nak pekse berdebar tahap gaban...tu da penah amik upsr n pmr tu...kalo xamik cmane la yer..wakakakakaka


 


 


 


 

p/s: post ni untuk renungan saya sendiri dan pembaca sekalian….mungkin saya dapat baca post ni bila saya dah ada family nanti….supaya saya beringat dengan kata2 saya…amin….


 

2 comments:

DeLL said...

wah..komen i ade gak...hehe...fyi..budak skrang ni manja..kena marah ckit ngadu kat mak ayah..pastu mak ayah dtg sek marah2 plak cikgu tu...sbb tu budak sekarang ni kuang ajar...xhormat org tua..(not all certain2 je la)

hafeez said...

heheheehhe....betul tu...x semua....komen miss dalilah mesti la ada...sapa yang bagi opinion mesti ada...cuba yang atie atikah tu ja x sempat...huhuhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...