About this Blog

This blog is created as a medium to sharing my thought, my life and to write anything i want...
I will try to add some useful information in this blog...
Let's assume this blog as a medium of learning...

I bear witness that there no other God except Allah, and , I bear witness that Muhammad (pbuh) is a servant of Allah and His Messenger...

Monday, June 7, 2010

Kadang kala aku.....

Kadangkala aku merasakan aku adalah seorang kanak-kanak….

Kanak-kanak yang suci dan tak bersalah…

Kanak-kanak yang tak perlu risau tentang kehidupan….

Kanak-kanak yang boleh bertindak tanpa berfikir…

Kanak-kanak yang selalu dilindungi….

Kanak-kanak yang suci dari dosa seperti kain putih…

Kanak-kanak yang mampu masuk ke syurga…

Kanak-kanak yang tak pernah bersendirian….

Kanak-kanak yang hidupnya penuh dengan kegembiraan….

Kanak-kanak yang umurnya masih panjang…

Apabila aku berfikiran sedmikian,

Aku selalu melakukan kesalahan,kesilapan kerana aku tidak berfikir….

Aku sering melanggar perintah Penciptaku, mengikut hawa nafsuku, selalu bergembira dengan nikmat dunia kerana aku fikir umurku masih muda…

Aku sering melakukan kejahatan, keburukan walaupun aku sedar tindakan aku itu salah kerana aku berfikiran masih sempat lagi untuk bertaubat…..

Sempat lagi untuk memohon keampunan…

Adakalanya, aku fikirkan yang aku ini adalah seorang lelaki dewasa…

Lelaki yang mampu membuat keputusan yang betul…

Lelaki yang mampu membezakan yang mana jahat dan baik….

Lelaki yang boleh berdikari….

Lelaki yang bijak menangani setiap situasi…..

Lelaki yang beranggapan mampu menahan diri dari melakukan dosa…

Lelaki yang luas ilmunya…

Lelaki yang boleh dianggap sebagai ketua....

Lelaki yang dipercayai dan bertanggungjawab…..

Namun, bila aku berfikiran aku seorang lelaki….

Aku sering merasakan aku selalu melakukan benda yang betul…

Aku sering bangga diri….

Aku sering menafikan pendapat orang lain (keras kepala)

Aku selalu keseorangan…

Aku sering pentingkan diri dan mudah marah….

Aku seringkali membiarkan kebencian menguasaiku…

Aku mudah jatuh dalam perangkap Syaitan…

Aku selalu melupakan Penciptaku dan melanggar perintahNya…

Ada ketikanya,aku berfikiran seperti seorang lelaki tua

Seorang lelaki tua yang hampir tiba ajalnya…

Seorang lelaki tua yang sudah hilang minat pada dunia…

Seorang lelaki tua yang mulai ingin mengenali Penciptanya…

Seorang lelaki tua yang penuh dengan kekesalan….

Seorang lelaki tua yang berfikir dengan waras…

Seorang lelaki tua yang ingin menjauhi kejahatan…

Seorang lelaki tua yang merendah diri….

Seorang lelaki tua yang ingin mencari bekalan akhirat….

Indahnya, bila berfikiran sebagai seorang lelaki tua,

Aku mulai mendekatkan diriku dengan Penciptaku…..

Aku mulai mendekati Rumah Penciptaku…

Aku mudah beralah dan mengelakkan diri dari membuat perkara sia-sia…

Aku mulai belajar memaafkan kesilapan orang…

Aku mulai menyedari tujuan hidupku sebagai seorang khalifah….

Akhirnya aku sedar tentang siapa aku….

Aku hanyalah seorang manusia yang sering meminta-minta sedangkan aku tidak berusaha…

Aku adalah seorang kanak-kanak yang hidup sekadar untuk bergembira…

Aku adalah seorang lelaki dewasa yang bangga dengan diriku…

Aku adalah seorang lelaki dewasa yang sering melupakan tujuan kehidupanku…

Jarang sekali aku menjadi seorang lelaki tua yang hatinya pada Penciptanya..

Seorang lelaki tua yang sedar bahawa dunia ini hanyalah satu persinggahan…

Ya Allah….

Ampunilah dosa kedua ibu bapa ku,dosa-dosaku,dosa guru2ku dan dosa kaum muslimin sekalian….

Ya Allah…..

Aku bermohon pada Mu agar tetapkanlah fikiranku kepada 3 fikiran ini iaitu kanak2,lelaki dewasa,dan lelaki tua….

Dalam ketiga-tiga fikiran ku ini ada baik dan buruknya…..Berkatilah ke atas kebaikan ketiga-tiga fikiran ini dan jauhilah aku dari keburukkan ketiga-tiga fikiran ini…

Tetapkanlah fikiran aku sebagai seorang kanak2 yang hidupnya gembira dan umur yang panjang agar aku mampu menyebarkan ajaran MU dan pesanan kekasihMu…

Jadikanlah aku seorang lelaki dewasa yang tinggi ilmunya dan bijak akalnya agar dapat ku mempertahankan agama Mu…

Berilah hidayah Mu kepadaku agar aku lebih banyak berfikiran seperti seorang lelaki tua yang ikhlas menyerahkan diri kepadaMu…

Ya Allah…

Kuatkan dan tabahkanlah hati ku dalam setiap ujian Mu keatas diriku ini…

Tetapkanlah hati ku pada Kitab Mu dan Sunnah RasulMu….

Amin…..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...