About this Blog

This blog is created as a medium to sharing my thought, my life and to write anything i want...
I will try to add some useful information in this blog...
Let's assume this blog as a medium of learning...

I bear witness that there no other God except Allah, and , I bear witness that Muhammad (pbuh) is a servant of Allah and His Messenger...

Saturday, June 26, 2010

Mawarku

Mawarku…..

Sungguh indah mekarmu sehingga mampu meluluhkan hatiku….

Sungguh ceria tona warnamu sehingga mampu membuat ku mengukir sekuntum senyuman….

Sungguh ayu lentok mu apabila ditiup angin sehingga mampu menciptakan alunan irama yang merdu sehingga ku terleka….

Sungguh wangi haruman mu sehingga mampu menarik perhatian ku dan berjuta ekor kumbang….

Tetapi…

Mawarku berduri….

Sungguh sukar untuk disentuh……

Sungguh sukar untuk dibelai….

Sungguh sukar untuk dimengerti…..

Apatah lagi untuk dimiliki….

Sekuntum mawar……

Yang sering dikaitkan dengan seorang wanita…

Yang melambang rupa paras seorang wanita….

Yang melambangkan keayuan budi seorang wanita….

Yang melambangkan kecerdikan seorang wanita….

Mawarku berkata,

Aku sekuntum mawar yang penuh dengan duri….

Duri ini dapat melindungi aku….

Aku tak akan mudah dipetik oleh sebarangan orang….

Jika seseorang itu ingin memiliki aku, akan ku lukakannya dengan duriku sehingga tangannya berdarah….

Namun,

Mawar mana yang tak didatangi kumbang????

Mawar mana yang tak dirosakkan kumbang????

Mawar mana yang tak tumpas pada tangan seorang pemetik mawar???

Ingatlah wahai mawar ku…

Sungguhpun kau punyai duri, adakah duri mu cukup tajam untuk melindungi mu?????

Sungguhpun kau punyai duri, mampukah kau halang kumbang dengan duri mu????

Sungguhpun kau punyai duri, mampukah durimu melukakan seorang pemetik yang professional???


 

Jawablah wahai mawar ku……

Walaupun kau punyai duri untuk melindungimu, tidak semestinya duri mu itu tajam….

Walaupun kau punyai duri, kau tetap tidak mampu untuk menghalang kumbang daripada menghinggapi dirimu….

Walaupun kau punyai duri yang tajam, kau tetap kalah pada seorang pemetik professional….

Walaupun kau punyai duri yang tajam, kau tetap tidak dapat melukakan pemetik yang professional…..

Ketahuilah wahai mawarku…

Janganlah kau berbangga dengan durimu….

Janganlah kau terlalu gembira dengan duri mu itu…

Janganlah kau berfikiran kau akan selamat……

Janganlah kau berfikiran sebegitu andai kata duri mu tidak setajam lidah yang berbicara….tidak setangkas cahaya yang bergerak dan tidak sekuat dentuman guruh di langit…..

Mawarku tersayang….

Mungkin kau gembira bila ada seseorang mampu memetik mu tanpa melukai tangannya tetapi, waspadalah wahai mawarku kerana mungkin sudah banyak mawar yang pernah dipetiknya….

Mungkin kau gembira bila dikunjungi kumbang, tetapi waspadalah wahai mawarku kerana kumbang itu mungkin akan meninggalkan mu apabila haruman mu berkurang…

Mungkin kau gembira bila duri mu mampu melukai seseorang, tetapi waspadalah wahai mawarku kerana mungkin dia adalah seseorang yang sanggup memetik mu untuk menyelamatkan mu dari kumbang dan pemetik professional yang mampu merosakkan mu…

Maafkan aku wahai mawarku….

Bukanlah niatku untuk menakutkan mu……

Bukan niatku untuk menanam persepsi buruk tentang kumbang dan pemetik itu di dalam minda mu….

Bukan niatku untuk memperlekehkan durimu itu….

Bukanlah niatku untuk menyalahkan kejadian mu…..

Aku tahu setiap makhluk ciptaan Yang Maha Esa itu ada baiknya dan ada buruknya….

Fikirkanlah nasihat ku ini wahai mawarku…..

Duri yang melindungi mu itu adalah keimanan mu…..Jagalah sebaik-baiknya…

Mekar mu itu adalah perwatakan mu…….Didiklah perwatakan mu itu seelok-eloknya….

Haruman mu itu adalah akhlakmu….semaikanlah akhlak yang terpuji dalam dirimu……

Jika kau mampu untuk menjaga durimu, mekar mu, dan haruman mu, usahlah kau takut lagi dengan kumbang dan pemetik bunga itu kerana boleh jadi kumbang dan pemetik bunga itu yang terbaik untukmu….kurniaan dari PenciptaMu….Janganlah kau bermegah-megah dengan duri mu, mekar mu dan keharuman mu itu, kerana kamu akan menyesal…. Maafkan aku wahai mawarku andai kata-kata ku ini melukakan perasaan mu….

Written by Dual Mind/hafeez……my thought on rose….
Alhamdulillah….Praise be to Allah, the Cherisher and Sustainer of the worlds….He gave me an inspiration to write this….i don't know napa saya terfikir tentang ni….walaupun, ada benda tentang mawar ni yang tak dapat saya luahkan melalui tulisan ini, tapi, saya bersyukur sebab mampu tulis walaupun sedikit….ada idea tentang mawar yang bermain di minda tapi tak dapat diluahkan melalui tulisan ini…akan saya biarkan idea itu bermain di ruang minda saya…..dah berapa hari dah saya mencari idea….Alhamdulillah….akhirnya dapat juga disiapkan pada 26 June 2010..pada pukul 2.20 pagi walaupun ideanya macam tak terorganize ja….ni juz idea saya ja…boleh ja kalau nak ambik…hehehe…saya benarkan….walaupun masa saya tengah tulis tentang mawar ni, saya ada idea tentang kumbang, tapi, nak KIV dulu kot…coz my head sakit….hehehehehe…Alhamdulillah…..segala idea ini hak milik Allah…sebab tu saya tak kisah kalau ada orang nak ambik isi2 sikit….

Assalammualaikum……. Have a nice day…. May Allah bless you……

4 comments:

DeLL said...

haha...bunga mawar cantik tp byk duri....aritu tercucuk duri die..sakit ooo..hehehe

sekuntum mawar merah..sebuah puisi...hehe

hafeez said...

hahahaha..sapa soh x tengok masa pegang tu....huhuhuhuhu.....
yang tu lagu allycat...hahahaha...peminat alycat ka???

DeLL said...

haha...minat gilerr alleycat..dgr je lagu terus mata layu..haha

hafeez said...

ya ka?????so maksudnya, selalu dengar masa nak tido la ni...hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...